William D. Leahy

United States admiral

William Daniel Leahy (6 Mei 1875 - 20 Julai 1959) ialah seorang pegawai tentera laut Amerika yang berkhidmat sebagai pegawai tentera Amerika Syarikat yang paling kanan dan aktif bertugas dalam Perang Dunia II. Beliau memegang pelbagai jawatan dan mempunyai pengaruh yang besar ke atas dasar luar dan ketenteraan. Selaku Laksamana Armada, beliau merupakan pegawai berbendera pertama yang pernah memegang pangkat lima bintang dalam Angkatan Tentera AS. Kapal kruiser USS  Leahy  (DLG-16) telah diberi penghormatan sempena namanya.

William D. Leahy
Laksamana Armada William D. Leahy, tahun 1945
Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi
Dalam jawatan
20 Julai 1942 – 21 Mac 1949
PresidenFranklin D. Roosevelt
Harry S. Truman
Didahului olehPosisi baru
Digantikan olehOmar Bradley sebagai Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama
Duta A.S. ke Perancis
Dalam jawatan
1941–1942
PresidenFranklin D. Roosevelt
Didahului olehWilliam Christian Bullitt, Jr.
Digantikan olehJefferson Caffery
Gabenor Puerto Rico
Dalam jawatan
September 1939 – November 1940
PresidenFranklin D. Roosevelt
Didahului olehBlanton Winship
Digantikan olehGuy J. Swope
Ketua Operasi Tentera Laut
Dalam jawatan
1937–1939
PresidenFranklin D. Roosevelt
Didahului olehWilliam Harrison Standley
Digantikan olehHarold Rainsford Stark
Butiran peribadi
LahirWilliam Daniel Leahy
(1875-05-06)6 Mei 1875
Hampton, Iowa
Meninggal dunia20 Julai 1959(1959-07-20) (umur 84)
Bethesda, Maryland
AnugerahSee below
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanAmerika Syarikat Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
 Tentera Laut Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1897–1939, 1942–1959[1]
Pangkat Laksamana Armada
PerkhidmatanKetua Turus kepada Panglima Tertinggi
Ketua Operasi Tentera Laut
PertempuranPerang Sepanyol-Amerika
Pemberontakan Boxer
Perang Dunia I
Perang Greece-Turki
Perang Dunia II

Graduan dari Annapolis tahun 1897, Leahy menyaksikan perkhidmatan aktif dalam Perang Amerika Syarikat–Sepanyol, Perang Filipina-Amerika, Pemberontakan Boxer di China, Peperangan Pisang di Amerika Tengah, dan Perang Dunia I. Beliau merupakan anggota pertama dari kelas kadetnya yang mencapai pangkat laksamana, sebagai Ketua Biro Ordnans dari tahun 1927 hingga 1931. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Ketua Biro Navigasi dari tahun 1933 hingga 1936, dan memerintah Armada Tempur dari tahun 1936 hingga 1937. Selaku Ketua Operasi Tentera Laut dari tahun 1937 hingga 1939, beliau merupakan pegawai paling kanan dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, yang menyelia pengembangan armada dan persiapan perang.

Selepas bersara dari Tentera Laut, Leahy dilantik sebagai Gabenor Puerto Rico pada 1939 oleh Presiden Franklin D. Roosevelt. Dalam peranannya yang paling kontroversi, beliau bertugas sebagai Duta ke Perancis dari tahun 1940 hingga 1942. Dasar utama Amerika ialah mengekalkan kerajaan Perancis Vichy bebas dari kawalan Jerman, tetapi Leahy mendapat kejayaan yang terhad. Beliau percaya Amerika Syarikat harus menyokong Tentera Perancis Bebas dan bukannya Perancis Vichy, dan memohon dipanggil semula selepas serangan Pearl Harbor Jepun membawa Amerika Syarikat ke kancah peperangan.

Leahy telah dipanggil bertugas aktif semula sebagai Ketua Turus kepada Presiden pada tahun 1942 dan berkhidmat dalam jawatan itu untuk sepanjang peperangan. Beliau adalah pegawai aktif tertinggi dalam angkatan bersenjata. Selaku de facto pertama Pengerusi Ketua Turus Bersama, beliau menyelia seluruh angkatan tentera Amerika. Beliau juga mengetuai delegasi Amerika ke Ketua Turus Gabungan. Beliau adalah pembuat keputusan utama semasa peperangan dan merupakan orang kedua paling berkuasa dan berpengaruh selepas Presiden. Leahy telah dinaikkan ke pangkat lima bintang pada Disember 1944. Beliau bertugas dengan pengganti Roosevelt Harry S. Truman, membantu membentuk dasar luar selepas perang sehingga beliau bersara pada 1949. Walaupun beliau tidak menentang penggunaan senjata nuklear semasa peperangan, dalam tempoh selepas perang beliau menolak rancangan perang yang memberi terlalu banyak penekanan pada penggunaan pertama senjata nuklear.

Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi sunting

Selepas Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, Presiden Roosevelt memutuskan yang beliau memerlukan seorang pegawai kanan tentera sebagai penasihat peribadi dan penghubung antara ketiga-tiga ketua cabang perkhidmatannya, Laksamana Ernest King daripada Tentera Laut, Jeneral George Marshall daripada Tentera Darat dan Jeneral Henry H. Arnold daripada Angkatan Udara Tentera Darat. Ketua-ketua cabang perkhidmatan menentang langkah ini sehinggalah Marshall mencadangkan bahawa hanya Leahy akan diterima bagi jawatan ini. Pada 6 Julai 1942, Leahy telah dilantik sebagai Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut AS, iaitu Presiden Amerika Syarikat.

Leahy menghabiskan masa D-Day, 6 Jun 1944, di kampung halamannya di Hampton, Iowa. Publisiti baik "perjalanan sentimental" ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha tipu daya di sekitar pencerobohan Bersekutu di Eropah. Idea ini adalah untuk melalaikan sebarang ejen Jerman di Washington, DC, atau di tempat lain di Amerika Syarikat agar mempercayai bahawa operasi ini tidak akan berlaku kerana seorang pegawai yang penting berada diluar ibukota.

Leahy telah dilantik sebagai Laksamana Armada Tentera Laut A.S. yang pertama pada 15 Disember, 1944 dan sekaligus menjadi pegawai lima bintang pertama dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

  Kadet Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat - Kelas tahun 1897, 15th of class of 47

Ensain Leftenan Madya Leftenan Leftenan Komander Komander Kepten
O-1 O-2 O-3 O-4 O-5 O-6
           
1 Julai 1899 1 Julai 1902 31 Disember 1903 15 September 1909 29 Ogos 1916 1 Julai 1918
Laksamana Muda Laksamana Muda Laksamana Madya Laksamana Laksamana Armada
O-7 O-8 O-9 O-10 O-11
         
Tidak disandang 14 Oktober 1927 13 Julai 1935 2 Januari 1937 15 Disember 1944

Darjah kebesaran dan pingat sunting

     
     
     
     
     
     
Navy Cross Navy Distinguished Service Medal
berserta dua bintang emas
Sampson Medal
Spanish Campaign Medal Philippine Campaign Medal Nicaraguan Campaign Medal
(1912)
Mexican Service Medal Dominican Campaign Medal World War I Victory Medal
berserta klasp "TRANSPORT"
American Campaign Medal Asiatic-Pacific Campaign Medal European-African-Middle Eastern
Campaign Medal
World War II Victory Medal Navy Occupation Medal National Defense Service Medal
Order of Aviz, Pegawai Order of Abdon Calderón, Kelas 1 Navy Rifle Marksmanship Ribbon

Nota: Leahy tidak layak menerima pingat American Defense Service Medal kerana beliau bersara dari Tentera Laut pada Ogos 1939 dan telah dipanggil bertugas semula pada Mei 1942. Pingat tersebut hanya untuk yang aktif bertugas dari 8 September 1939 hingga 7 Disember 1941.

Bibliografi sunting

Nota sunting

  1. ^ U.S. officers holding five-star rank never retire; they draw full active duty pay for life.Spencer C. Tucker (2011). The Encyclopedia of the Vietnam War: A Political, Social, and Military History. ABC-CLIO. m/s. 1685. ISBN 978-1-85109-961-0.

Pautan luar sunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
Laks. William H. Standley
Ketua Operasi Tentera Laut
1937-1939
Diikuti oleh:
Laks. Harold R. Stark
Didahului oleh
Tiada
Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi
1942–1949
Diikuti oleh:
Omar Bradley
(Pengerusi Ketua Turus Bersama)
Jawatan politik
Didahului oleh
José E. Colón
Gabenor Puerto Rico
1939-1940
Diikuti oleh:
José Miguel Gallardo
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
William C. Bullitt
Duta Amerika Syarikat ke Perancis
1941–1942
Diikuti oleh:
Jefferson Caffery (tahun 1944)