William Pitt yang Muda

(Dilencongkan dari William Pitt (Muda))

William Pitt, Earl Kedua Chatham (28 Mei 1759 - 23 Januari 1806) ialah seorang negarawan British terkenal pada abad kelapan belas dan awal abad kesembilan belas. Beliau menjadi Perdana Menteri United Kingdom termuda mewakili puak Tory pada 1783 ketika berusia 24 tahun. Beliau meninggalkan jawatannya pada 1801, namun kembali ke jawatan tersebut dari 1804 sehingga kematiannya pada tahun 1806. Beliau turut memegang jawatan Canselor Exchequer untuk sepanjang tempohnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau diberi jolokan "William Pitt yang Muda" sebagai pembeza dengan bapanya, William Pitt, Earl Pertama Chatham, (turut diberi nama William Pitt yang Tua), yang juga pernah menjadi Perdana Menteri.

Awal hidup sunting

William Pitt dilahirkan di Hayes Place di kampung Hayes, Kentl beliau anak kedua kepada William Pitt, Earl Pertama Chatham, Perdana Menteri Great Britain dari Julai 1766 hingga Oktober 1768. [1] manakala ibunya, Hester Grenville, ialah adik kepada George Grenville, mantan Perdana Menteri dari 1763 hingga 1765. [2]  

Pemerintahan sunting

Tempoh Pitt di bawah pemerintahan Raja George III, berlaku saat adanya peristiwa utama di Eropah yang menggegarkan keadaan politik di benua tersebut termasuk Revolusi Perancis dan Perang Napoleon.

Penggal pertama (1783–1801) sunting

Pergolakan yang segera mengubah politik Perancis ini mendorong puak nasionalis di negeri Ireland mencetuskan suatu percubaan memberontak pada tahun 1798 dengan harapan mereka akan mendapat bantuan Perancis itu sendiri[3] Namun, pemberontakan tersebut segera dihentikan pihak British dengan bantuan Perancis; Pitt mula merancang suatu kesatuan politik Great Britain dan Ireland untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaannya meluluskan Akta Kesatuan 1800, Kerajaan Great Britain dan Kerajaan Ireland akhirnya dsatukan secara rasmi menjadi satu kerajaan gabungan pada 1 Januari 1801 sambil membubarkan Parlimen Ireland.[4]

Pitt berusaha memenangkan warga Ireland yang berpenganut mazhab Katolik (majoriti sebanyak 75% di negeri itu) yang berada dalam kerajaan baru dengan melaksanakan suatu pemberikan kebebasan atau emansipasi mendapatkan hak pendidikan, memasuki tentera dan berkhidmat dalam badan kehakiman Walau bagaimanapun, Raja George III sangat tidak bersetuju dengan memberikan hujah bahawa pemberian emansipasi sebegini akan melanggar sumpah takhtanya di mana baginda berjanji melindungi Gereja England sebagai agama rasmi kerajaan. Pitt tidak mampu mengubah pandangan kuat baginda mahupun menderhaka maka beliau meletakkan jawatan pada 16 Februari 1801[5] untuk diserahkan kepada rakan seperjuangannya, Henry Addington bagi membentuk pentadbiran baru.

Penggal kedua (1804–1806) sunting

Akhir usia sunting

Beliau pada hujung usianya mengalami masalah gout, keadaan tersebut lebih diburukkan lagi dengan kekerapannya meminum wain port yang dipercayai boleh mengubati penyakit kroniknya. [6] Pada 23 Januari 1806, Pitt meninggal dunia di Bowling Green House di Putney Heath, mungkin dari ulser peptik perut atau duodenumnya.[7][8] Hutang Pitt bertunggak meninggi sehingga mencecah £40,000 pada ketika ini, namun tetapi Parlimen bersetuju untuk melangsaikan hutang tersebut bagi pihaknya.[9][10]

Mayat Pitt telah dikebumikan di Westminster Abbey pada 22 Februari, dengan keadaan lain selama dua hari sebelumnya di Istana Westminster . [11]

Rujukan sunting

  1. ^ Hague 2005, p.14
  2. ^ Hague 2005, p.19
  3. ^ Empty citation (bantuan)
  4. ^ J. Holland Rose, William Pitt and the Great War (1911) pp 339–64 online
  5. ^ Hague 2005, p.479
  6. ^ Empty citation (bantuan)
  7. ^ Hague 2005, p.578
  8. ^ "Bowling Green House on Putney Heath". The Private Life of Pitt. Dicapai pada 31 August 2014.
  9. ^ Empty citation (bantuan)
  10. ^ Empty citation (bantuan)
  11. ^ Cambridge Portraits from Lely to Hockney, Cambridge University Press, 1978, No. 86.

Pautan luar sunting