William Tecumseh Sherman

William Tecumseh Sherman (8 Februari 1820 – 14 Februari 1891) ialah seorang soldadu, ahli perniagaan, pendidik dan penulis Amerika. Beliau berkhidmat sebagai seorang Jeneral dalam Tentera Union semasa Perang Saudara Amerika (1861–65). Dalam kempen tersebut, Sherman mendapat pengiktirafan buat keterampilannya dengan strategi ketenteraan dan juga cemuhan kerana kekerasan polisi "bumi hangus" yang dilaksanakannya semasa menjalankan perang total terhadap Negeri-negeri Gabungan.[1] Ahli sejarah ketenteraan, B. H. Liddell Hart mengatakan bahawa Sherman "jeneral moden pertama".[2]

William S Sherman sebagai mejar jeneral, Mei 1865. Reben hitam pada lengan kiri adalah untuk memperingati kematian Presiden Abraham Lincoln. Lukisan oleh Mathew Brady.

Sherman berkhidmat di bawah Jeneral Ulysses S. Grant pada tahun 1862 dan 1863 semasa kempen-kempen yang membawa kepada kejatuhan kubu kuat Gabungan di Vicksburg di Sungai Mississippi dan berkesudahan dengan kekalahan tentera Gabungan di negeri Tennessee. Pada tahun 1864, Sherman menggantikan Grant sebagai panglima Tentera Kesatuan di kancah barat peperangan. Beliau seterusnya memimpin tentera menawan bandar Atlanta, suatu kemenangan yang membantu kejayaan pemilihan semula Abraham Lincoln sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1864. Kemaraan Sherman merentasi Georgia dan Carolina melemahkan lagi keupayaan Gabungan untuk terus berperang. Beliau menerima penyerahan kalah tentera-tentera Gabungan di negeri-negeri Carolina, Georgia dan Florida pada bulan April 1865.

Rujukan sunting

  1. ^ One historian has written that Sherman's "genius" for "strategy and logistics ... made him one of the foremost architects of Union victory." Steven E. Woodworth, Nothing but Victory: The Army of the Tennessee, 1861–1865 (New York: Alfred A. Knopf, 2005), 631.For a very critical study of Sherman, see John B. Walters, Merchant of Terror: General Sherman and Total War (Indianapolis: Bobbs-Merrill, 1973).
  2. ^ Liddell Hart, p. 430.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.