Datuk Willie anak Mongin adalah ahli politik Malaysia. Beliau adalah Ahli Parlimen 198 Puncak Borneo, Sarawak, Malaysia

Yang Berhormat Datuk

Willie Mongin

PMW (Wilayah Persekutuan); AP; MBA (UPM)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Puncak Borneo, Sarawak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehJames Dawos Mamit
Majoriti4,005 (2018)
Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi II
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat dengan
Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng
Timbalan I
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriZuraida Kamaruddin
Digantikan olehSiti Aminah Aching
Kawasan pilihan rayaPuncak Borneo, Sarawak
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng
Timbalan I
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Didahului olehYang Berhormat Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin
Industri Utama
Kawasan pilihan rayaPuncak Borneo, Sarawak
Butiran peribadi
LahirWillie anak Mongin
Sarawak, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik PKR (2010-2020)
PPBM (2020-2022)
PBB (2022-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
PH (2016-2020)
PN (2020-2022)
Sarawak GPS (2022-kini)
PasanganDatin Yee Chooi Ling
Anak-anakAngeli
Aveena
Alma materUniversiti Putra Malaysia (MBA)
PekerjaanAhli politik, Usahawan Teknologi Maklumat
ProfesionJurutera Perisian
GajiRM38,097.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM2.5 ke 5 juta[1]

Kerjaya politik sunting

2011 pilihan raya negeri Sarawak sunting

Pada pilihan pilihan raya negeri Sarawak 2011, Willie di bawah partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadapi Datuk Dr. Jerip Susil dari Barisan Nasional dan kalah dalam majoriti 3,646 undi melibatkan pertandingan 4 penjuru kerusi N16 Bengoh. [2]

Pilihan raya umum 2013 sunting

Pada pilihan raya 2013, Willie telah menghadapi Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit di kerusi Mambong (sekarang dikenali sebagai Puncak Borneo) dari PBB, tetapi kalah lagi kerusi Parlimen.

2016 pilihan raya negeri Sarawak sunting

Pada pilihan raya 2016, Willie menghadapi Datuk Dr. Jerip Susil lagi di kerusi DUN Mambong dan hilang majoriti besar.

Pilihan raya umum 2018 sunting

Pada pilihan raya 2018, parti PKR membantunya untuk bertanding di kerusi Parlimen Puncak Borneo sekali lagi, [3] mengalahkan calon penyandang Genot Sinel (memberi PBB kekalahan pertama dalam kerusi parlimen sejak tahun 1974).


Pilihanraya umum ke 2022 (PRU-15)

Pada Pilihanraya umum 2022, Datuk Willie Mongin iaitu calon Gabungan Parti Sarawak mewakili kawasan Parlimen Puncak Borneo, menang dengan memperoleh 13,338 undi majoriti.

Hubungan dengan masyarakat setempat. sunting

Datuk Willie Mongin adalah seorang yang berjiwa rakyat dan aktif dalam menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat tak kira bangsa mahupun agama. Beliau sering hadir memberikan sumbangan kepada waris penduduk kampung yang meninggal dunia. Bahkan mewakilkan kakitangan beliau jika beliau sibuk dan tidak dapat hadir. Laman rasmi facebook beliau https://www.facebook.com/williemongin/

Insiden Parlimen sunting

Pada tahun 2018, semasa perbahasan mengenai usul untuk memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Bung Moktar Radin menceritakan semula harga barangan di pasaran dan Willie mengucapkan 'Bukankah kasino, Kinabatangan?' yang merujuk kepada gambar-gambar terkini yang menjadi viral online, yang kononnya menunjukkan seseorang yang menyerupai Bung Moktar duduk di meja di kasino. [4]

Bung Moktar kemudian menuding jari kepada Willie dan menuduh Willie bersikap kasar, menuntut kenyataan itu ditarik balik dan mengarahkan kemarahannya di Willie dan kemudiannya menjerit "Fxck You". [4]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan pilihan raya Undian % Lawan Undian % Jumlah undian Majoriti Peratus undian
2013 Mambong Willie Mongin ( PKR ) 10,740 33.66% James Dawos Mamit ( PBB ) 20,461 64.13% 32,695 9,721 77.21%
Dripin Sakoi ( STAR ) 704 2.21%
2018 Puncak Borneo Willie Mongin ( PKR ) 18,865 54.65% Genot Sinel ( PBB ) 14,860 43.05% 35,142 4,005 76.10%
Buln Patrick Ribos ( STAR ) 795 2.30%
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Tahun Kawasan pilihan raya Undian % Lawan Undian % Jumlah undian Majoriti Peratus undian
2011 Bengoh Willie Mongin ( PKR ) 4,447 30.72% Jerip Susil ( SUPP ) 8,093 55.91% 14,830 3,646 67.55%
Wejok Tomik ( IND ) 1,007 6.96%
Richard @ Peter Margaret ( SNAP ) 928 6.41%
2016 Mambong Willie Mongin ( PKR ) 2,645 22.74% Jerip Susil ( PSB ) 6,161 52.96% 11,904 3,333 68.15%
Sanjan Daik ( DAP ) 2,828 24.31%

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 26 May 2018.
  3. ^ "Don't call me Yang Berhormat, says Puncak Borneo winner - Metro News - The Star Online". www.thestar.com.my.
  4. ^ a b https://www.nst.com.my/news/politics/2018/08/398939/f-you-shouts-bung-moktar-parliament-nsttv