Wisteria (juga dieja Wistaria atau Wysteria) ialah satu genus tumbuhan berbunga dalam famili kacang pis, Fabaceae, yang merangkumi 10 spesies pokok menjalar berkayu yang berasal dari timur Amerika Syarikat, China, Korea, dan Jepun. Sesetengah spesies merupakan tumbuhan hiasan yang diminati ramai, terutamanya di China dan Jepun.

Wisteria
Wisteria sinensis berbunga
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Wisteria

Spesies

Rujuk teks.

Taksonomi sunting

Ahli botani, Thomas Nuttall berkata beliau menamai genus Wisteria sempena mengenang Dr. Caspar Wistar (1761–1818).[1][2] Apabila ditanya mengenai ejaannya, Nuttall menjadikan "eufoni" sebagai sebab, tetapi penulis biografinya mendakwa bahawa ini mungkin berkaitan dengan seorang sahabat kepada Nuttall, iaitu Charles Jones Wister, Sr., dari Grumblethorpe, cucu kepada saudagar John Wister.[3] (Sesetengah sumber Philadelphia menyatakan bahawa tumbuhan ini dinamai sempena Wister.)[4] Oleh sebab ejaan tersebut nampaknya disengajakan, maka tiadanya alasan untuk menukar nama genus menurut Kod Antarabangsa Tatanama Botani.[5] Namun demikian, masih ada yang mengeja nama am tumbuhan ini sebagai "wistaria".[6][7]

Analisa genetik membuktikan betapa rapatnya Callerya dan Wisteria sebagai saudara tetapi agak jauh dari ahli-ahli lain dalam puak Millettieae. Kedua-dua genus tersebut ada lapan kromosom.[8]

Spesies sunting


Rujukan sunting

  1. ^ Nuttall, Thomas (1818). The Genera of North American Plants and a Catalogue of the Species, to the Year 1817. I. D. Heartt. m/s. 115. Dicapai pada 2011-05-15.
  2. ^ Ohio State University, Wisteria. Accessed 2009.06.02.
  3. ^ Graustein, Jeannette E. (1967). Thomas Nuttall, Naturalist: Explorations in America, 1808–1841. Harvard University Press. m/s. 123. line feed character in |title= at position 28 (bantuan)
  4. ^ Cotter, John L. Daniel Roberts, Michael Parrington. The Buried Past: An Archaeological History of Philadelphia (Philadelphia: University of Pennsylvania Press, 1994), 339. Edwin C. Jellett Germantown Old and New: Its Rare and Notable Plants, Germantown, PA: Germantown Independent Gazette 1904, 83.
  5. ^ Charters, Michael L. "Page W". California Plant Names: Latin and Greek Meanings and Derivations. Dicapai pada 2011-05-15.
  6. ^ Bryson, Bill (2003). "Ch. 6 — Science Red in Tooth and Claw". A Short History of Nearly Everything (ed. 1st). New York, NY: Broadway Books. ISBN 0-375-43200-0.
  7. ^ Dixon, Richard (June 5, 2009). "Wisteria? Wistaria? Let's call the whole thing off". The Times. London. Dicapai pada 2011-05-16. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ Hu, Jer-Ming; Lavin, Matt; Wojciechowski, Martin F.; Sanderson, Michael J. (2000). American Journal of Botany (PDF). 87 (3): 418–30 http://www.amjbot.org/content/87/3/418.full.pdf. Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)