Wisteria Lane merupakan sebuah jalan kediaman rekaan terletak di Fairview, sebuah bandar rekaan, Eagle State, Amerika Syarikat dan merupakan kediaman bagi watak-watak utama ABC siri rancangan televisyen Desperate Housewives. Ia mirip seperti jalan-jalan dikawasan suburbia di Amerika dengan laman yang dijaga rapi, sebarisan rumah-rumah cantik yang selesa dan dihiasi pagar-pagar kayu berwarna putih.

Sejarah Wisteria Lane sunting

Jalan ini telah mengalami banyak perubahan bagi sepanjang tiga episod pertama Desperate Housewives.Dalam episod permulaan, rumah Edie Britt telah terbakar oleh Susan Mayer. Sepanjang musim pertama, rumah Edie itu dibina semula, kemudiannya dipaparkan dalam episode pertama musim kedua. Juga dalam musim kedua, terlihat sebuah taman di hujung jalan diwujudkan.Taman ini digunakan oleh penghuni sekitarnya untuk menenangkan fikiran atau berjumpa di malam hari seperti antara Danielle Van De Kamp dan Matthew Applewhite. Musim ketiga membawa kepada perubahan besar pada kawasan kejiranan ini termasuklah rumah baru untuk Susan Mayer ( walaupun kelihatan sama sahaja seperti rumah lamanya yang dibakar oleh Edie), laman kecil dan kawasan parkir untuk keluarga Lynette Scavo.

Peta Wisteria Lane sunting

Ini adalah peta mudah bagi menerangkan kedudukan rumah-rumah di sepanjang Wisteria Lane sejak permulaan siri ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------
| #4347        | #4349        | #4351        | #4353        | #4355        | #4357        |
|Ida Greenberg | Gabrielle    | the Mullins  | Susan        | Lynette      | Edie         |
|              |              | Betty        | Mike         |              |              |
|              |              | Alma         |              |              |              |
|              |              |              |              |              |              |
-------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                                           
 <--- Ke Bandar                       -WISTERIA LANE-                     Ke Taman ---> 
                                                                                           
-------------------------------------------------------------------------------------------
| #4348        | #4350        | #4352        | #4354        | #4356        | #4358        |
|              | Mrs Huber    | the Youngs   | the Hodges   | Mike         |Mrs. McCluskey|
|              | Felicia      | Art Shephard |              | Carlos       |              |
|              |              |              |              |              |              |
|              |              |              |              |              |              |
-------------------------------------------------------------------------------------------

Wisteria Lane yang Sebenar sunting

Set jalan ini yang terbina dengan beberapa buah rumah terletak di lot belakang Universal Studios. Krew pengambaran merujuknya sebagai Colonial Street, dan sebelum Desperate Housewives digunakan dalam beberapa buah filem terdahulu, bermula di era 50-an; Leave it to Beaver (rumah Mary Alice), Harvey (rumah Gabrielle), The 'Burbs (rumah Bree). Deep Impact (rumah Susan) dan Bedtime for Bonzo dan The Thrill of It All (kedua-duanya menggunakan rumah Lynette).

Banyak siri rancangan televisyen yang memaparkan rumah-rumah Desperate Housewives. Dragnet (rumah Mrs. Huber), The Munsters (rumah Alma), The Hardy Boys (rumah Susan), Providence (rumah Bree), Reba ( rumah Bree and Lynette), Animal House dan Weird Science. Rumah Mary Alice juga pernah digunakan untuk satu episode Malcolm in the Middle.

Kawasan sebenar wujud bernama Wisteria Lane Lodging

Tahukah Anda? sunting

  • Walaupun dalam satu siri menyatakan Alberta Fromme tinggal di Wisteria Lane, alamatnya tidak diketahui.
  • Ada dinyatakan dalam siri ini bahawa #4351 mempunyai pemandangan yang terbaik untuk Wisteria Lane.
  • Di akhir jalan Wisteria Lane, berhampiran taman, merupakan jalan mati. Namun, sehingga kini, kelihatan watak-watak keluar masuk menggunakan jalan ini.
  • Di episod pengenalan, Gabrielle dan Carlos menggunakan katil lain (kemudiannya digantikan dengan katil 4-tiang-besi) meja makan berlainan, dimana menurut Gabrielle meja tersebut diimport dari Italy.
  • Bree menggunakan meja makan berlainan di episode pengenalan, terletak di sayap timur rumahnya, dan kemudiannya di episode seterusnya terletak di bahagian tenggara tingkat satu rumahnya.
  • In the pilot episode, Susan memiliki kereta Volvo station wagon model lama. Di episod kemudiannya, dia memiliki kereta model baru.
  • Sheila Bukowski, dan anak perempuannya, Ashley (dihadiahkan basikal oleh Gabrielle sebagai rasuah) berpindah ke rumah bersebelahan dengan pasangan Solis, walaupun selepas itu mereka tidak lagi kelihatan dalam episod seterusnya.
  • Di dalam peta Mike,lot 4351 merupakan kediaman milik keluarga Nelson (Trent and Debra). (Mereka mungkin merupakan keluarga yang tinggal sebelum Mullins.)
  • Tumbuhan Wisteria merupakan tanaman beracun yang memudaratkan. Fitting considering the hijinks experienced on the show.

Templat:Desperate Housewives