Wojciech Szczęsny

Pemain bola sepak

Wojciech Tomasz Szczęsny atau juga dikenali sebagai Wojciech Szczęsny (lahir 19 April 1990) merupakan seorang penjaga gol Juventus yang berasal dari Poland. Wojciech Szczęsny juga bermain untuk pasukan negaranya, Poland.

Wojciech Szczęsny
Szczęsny pada tahun 2011.
Maklumat peribadi
Nama penuh Wojciech Tomasz Szczęsny
Ketinggian 1.96 m (6 ka 5 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor 23
Kerjaya remaja
2004–2005 Agrykola Warsaw
2005–2006 Legia Warsaw
2006–2009 Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2017 Arsenal 132 (0)
2009–2010Brentford (pinjam) 28 (0)
2015–2017Roma (pinjam) 72 (0)
2017– Juventus 104 (0)
Pasukan kebangsaan
2007–2010 Poland B20 4 (0)
2009– Poland B21 7 (0)
2009– Poland 54 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Jun 2021 (UTC)

Szczęsny telah mendapat lebih daripada 20 kaps untuk Poland sejak penampilan pertamanya pada tahun 2009, dan dimasukkan ke dalam skuad negaranya ketika mereka menjadi tuan rumah UEFA Euro 2012.

Kehidupan awal sunting

Sebelum beralih kepada bola sepak, Szczęsny pertama kali belajar menari tarian dan kemudiannya cemerlang dalam rejam lembing. Ayahnya, Maciej, merupakan bekas penjaga gol antarabangsa Poland, dan abangnya, Jan, juga seorang penjaga gol, sekarang ini bermain untuk Gwardia Warsaw dalam peringkat ketujuh liga Poland, kelab dimana ayah mereka pernah bermain.

Karier kelab sunting

Legia Warsaw sunting

Szczęsny berlatih di Agrykola Warsaw sebagai pemain muda; tidak lama selepas itu, jurulatih penjaga gol Legia Warsaw, Krzysztof Dowhań,sangat kagum dengan penjaga gol muda itu, beliau membenarkan dia untuk mengambil bahagian dalam kem latihan dengan pasukan pertama Legia pada usia 15 tahun, menyertai pasukan mereka selepas itu.

Arsenal sunting

Pada tahun 2006, Szczęsny menyertai pasukan belia Arsenal, dan maju ke pasukan simpanan ketika musim 2008–09. Pada bulan November 2008, dia kehilangan keseimbangan ketika mengangkat beban berat dan kedua-dua lengan bawahnya patah, menyebabkan dia terlepas lima bulan. Szczesny muncul di bangku simpanan pasukan utama buat pertama kali ketika perlawanan Liga Perdana menentang Stoke City pada 24 Mei 2009.

Ketika permulaan musim 2009–10, Szczęsny telah dinaikkan pangkat ke skuad senior dan diberi nombor 53. Dia menerima panggilan untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Standard Liège pada 16 September 2009, duduk di bangku simpanan. Pada 22 September 2009, Szczęsny membuat penampilan sulung pertamanya untuk pasukan ketika perlawanan Piala Liga Inggeris, tidak melepaskan gol ketika menentang West Bromwich Albion. Pada bulan Disember 2009, Arsène Wenger mendedahkan bahawa beliau dan seluruh kakitangan kejurulatihan Arsenal mempunyai harapan tinggi kepada Szczęsny, berkata, "Kami telah mengenal pasti Wojciech sebagai sebagai penjaga gol hebat pada masa hadapan." Pada bulan Januari 2010, Wenger berkata: "Saya begitu percaya kepada dia bahawa satu hari nanti dia akan menjadi nombor satu Arsenal. Dia mempunyai semua kualiti yang anda mahukan dari seorang penjaga gol."

Brentford (pinjam) sunting

Pada 20 November 2009, Szczęsny menyertai pasukan League One, Brentford secara pinjaman sebulan. Dia menyelematkan penalti pasa separuh masa kedua perlawanan keduanya, kalah 1–0 kepada Wycombe Wanderers. Szczęsny menyelesaikan perlawanan kelimannya untuk Brentford pada 12 Disember 2009, dimana dia menyelamatkan beberapa percubaan ketika menentang Leeds United dan diberikan anugerah Pemain Terbaik Perlawanan. Pada 22 Disember, Arsenal bersetuju untuk menyambung pinjaman untuk bulan kedua sehingga 17 Januari 2010, dan kemudiannya sehingga 31 Januari. Akhir sekali, ia disambung sehingga 31 Mei. Pada bulan April, pengurus Brentford Andy Scott berkata: "Persembahan beliau menunjukkan bahawa dia bukan datang dari Championship mahupun Liga Perdana, ianya telah mencapai tahap dimana ketika dia melepaskan gol kami tertanya-tanya kenapa dia gagal menyelamatkannya." Setahun kemudian selepas Scott dipecat sebagai pengurus Brentford, Szczęsny mengkritik kelab itu kerana mmemecat Scott di Twitter dengan menyatakan "“What a joke! Andy Scott dipecat?! Dia merupakan pengurus hebat dan Brentford akan membayar harga mereka. Mereka berjuang dalam League Two ketika AS mengambil alih! Dia merupakan satu-satunya sebab mengapa Brentford berada dalam League One.”[2]

2010–11 sunting

Pada 27 Oktober 2010, Szczęsny membuat penampilan kedua untuk Arsenal dalam Piala Liga, mengekalkan jersi bersih ketika menentang Newcastle United di St James' Park dan menyelamatkan beberapa percubaan dari pemain Newcastle. Dia menandatangani kontrak baru jangka panjang pada 11 November 2010, berterima kasih kepada jurulatih penjaga gol Josh Phelan dan ayahnya Maciej Szczęsny (yang juga seorang penjaga gol untuk pasukan kebangsaan Poland), kerana membantunya. Szczęsny membuat penampilan sulung Liga Perdana ketika kekalahan 1–0 kepada Manchester United di Old Trafford pada 13 Disember 2010, mengambil alih dari Łukasz Fabiański dan Manuel Almunia, kedua-duanya terlepas perlawanan itu akibat kecederaan. Pada 8 Januari 2011, dia bermula dalam kesebelasan utama dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds United. Pada minggu berikutnya, Szczęsny mengekalkan jersi bersih pertama liga ketika kemenangan 3–0 ke atas West Ham United di Upton Park.

 
Szczęsny bersama Arsenal pada tahun 2012

Selepas aksi cemerlang Szczęsny dalam perlawanan berturut-turut liga, Wenger mengesahkan bahawa Szczęsny akan kekal sebagai penjaga gol utama Arsenal, berkata "dia tidak berbuat apa-apa untuk saya mengeluarkannya." Pada 16 Februari, Szczęsny membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Stadium Emirates. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2–1 untuk Arsenal dengan Szczęsny menyelamatkan beberapa percubaan. Pada 27 Februari, Szczęsny membenarkan gol memberikan kemenangan lewat kepada Birmingham City dalam perlawanan akhir Piala Liga. Pada minit ke 89, satu tandukan menyebabkan kekeliruan antara Szczęsny dan pertahanan Laurent Koscielny sebelum Obafemi Martins menjaringkan gol.

2011–12 sunting

Szczęsny bermain separuh masa dalam kedua-dua perlawanan pra-musim Arsenal ketika jelajah mereka ke Malaysia dan China. Szczęsny diberikan jersi bernombor 13 , sebelum ini dipakai Alexander Hleb, kemudiannya Jens Lehmann. Ketika musim 2011–12, dia menjadi penjag gol pilihan utama Arsenal, bermain dalam setiap minit perlawanan Liga Perdana. Pada 24 Ogos, Szczęsny menyelamatkan penalti pada minit ke 59 dari Antonio Di Natale ketika perlawanan kedua pusingan kelayakan Liga Juara-Juara. Arsenal terikat 1–1 (2–1 secara agregat) menentang Udinese dan penalti yang diselamatkan Szczęsny membantu Arsenal mengesahkan tempat dalam pertandingan untuk musim ke-14 berturut-turut. Arsenal kemudiannya menang 2–1 (3–1 secara agregat) dengan gol datang dari Robin van Persie dan Theo Walcott. Pada 28 Ogos, dia bermain ketika kekalahan 8–2 kepada Manchester United di Old Trafford yang merupakan kekalahan terbesar Arsenal dalam Liga Perdana dan buat pertama kali mereka bolos lapan gol dalam 115 tahun. Pada 26 Februari 2012, Szczęsny bermain dalam perlawanan Derby London Utara, Arsenal ketinggalan 0–2 sebelum kembali untuk menang 5–2 di tempat sendiri Tottenham Hotspur.[3] Pada 3 Mac 2012, Szczęsny menyelamatkan beberapa percubaan penting dan menyelamatkan penalti untuk membantu Arsenal menang ke atas Liverpool di Anfield.

2012–13 sunting

Selepas Manuel Almunia dilepaskan oleh kelab, Szczęsny diberi jersi nombor 1.[4] Selepas beberapa bulan keluar akibat kecederaan, Szczęsny kembali ketika kemenangan 5–2 ke atas Tottenham Hotspur.[5]

Pada 13 Mac 2013, Szczęsny telah digugurkan daripada pasukan Arsenal untuk bermain menentang Bayern München dalam Liga Juara-Juara.[6] Dalam perlawanan Liga Perdana Arsenal yang seterusnya menentang Swansea City, Szczęsny kembali ke skuad Arsenal tetapi hanya dinamakan sebagai pemain gantian, dan Łukasz Fabiański dipilih dalam kesebelasan utama oleh Arsène Wenger.

Pada 20 April 2013, Szczęsny kembali ke pasukan dalam perlawanan Liga Perdana di tempat sendiri menentang Everton kerana kecederaan tulang rusuk yang dialami oleh Fabiański.[7] Dalam dua perlawanannya selepas kembali, dia mengekalkan jersi bersih ketika menentang Everton dan Fulham.

2013–14 sunting

 
Szczęsny memanaskan badan ketika Piala Emirates 2013.

Szczęsny telah diuji ketika perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2013-14, selepas Arsenal kalah 1–3 kepada Aston Villa. Tetapi, Szczęsny berjaya mengekalkan tiga jersi bersih dalam empat perlawanan Arsenal selepas itu. Dia juga menyelamatkan dua percubaan penting untuk membantu Arsenal menang 1–0 ke atas Crystal Palace pada bulan Oktober,[8] dan mengekalkan jeri bersih dua kali berturut-turut ketika kemenangan ke atas Liverpool[9] dan Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara.[10] Pada bulan November 2013 perlawanan menentang Manchester United, Szczęsny menerima rawatan yang panjang selepas mengalami kecederaan di kepala dengan Phil Jones, tetapi menghabiskan perlawanan itu selepas pengurus Arsenal Arsène Wenger membenarkan dia meneruskan perlawanan. Wenger berkata dia akan menggantikan Szczęsny jika diarahkan doktor pasukan, tetapi menambah, "Tidak, tiada sesiapa bercakap dengan saya tentang dia," ketika ditanya sama ada kakitangan perubatan telah membenarkan dia bermain.[11] Pengurus Tottenham Hotspur André Villas-Boas telah dikritik pada minggu sebelumnya selepas mmengekalkan penjaga gol yang mengalami kegegaran Hugo Lloris dalam perlawanan menentang Everton.[12]

Pada 16 November 2013, Arsenal mengumumkan bahawa Szczęsny telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab itu.[13] Aksi cemerlangnya berterusan sepanjang bulan November, bulan dimana dia hanya melepaskan satu gol dan mengekalkan jersi bersih lima kali dalam enam perlawanan. Dia juga merekodkan jersi bersih ke 50 untuk Arsenal pada 26 November, dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Olympique de Marseille dimana Arsenal menang 2-0.[14] Szczęsny melepaskan penalti dan dibuang padang ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada bulan Februari 2014 selepas kekasaran ke atas Arjen Robben. Ketika dia meninggalkan padang dia membuat isyarat tangan ofensif. David Alaba terlepas penalti, tetapi Arsenal kalah 2–0.[15] Dalam proses itu Szczęsny menjadi pemain ke 100 dibuang padang ketika Arsène Wenger menjadi pengurus Arsenal.[16]

Ketika akhir musim Szczęsny merupakan pemenang bersama anugerah Sarung Tangan Emas Liga Perdana bersama Petr Cech dari Chelsea, kedua-dua pemain mengekalkan 16 jersi bersih.[17] Dia juga mengakhiri musim itu dengan memenangi trofi senior pertama dengan Arsenal, Piala FA Inggeris 2013-14.

2014-15 sunting

Szczęsny melepaskan gol penalti dan dibuang padang dalam perlawanan Liga Juara-Juara di tempat sendiri ketika menentang Galatasaray pada 1 Oktober 2014 kerana kekasaran profesional ke atas Burak Yılmaz; walau bagaimanapun Arsenal menang 4-1.[18]

Karier antarabangsa sunting

 
Szczęsny (kiri) bersama Jakub Błaszczykowski sebelum perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland.

Szczęsny bermain untuk pasukan Poland B-21 dan berada dalam kesebelasan utama dalam tiga perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah 2011. Beliau juga telah diletakkan sebagai stand-by untuk pasukan kebangsaan Poland oleh pengurus Leo Beenhakker untuk kelayakan Piala Dunia menentang Ireland Utara dan Slovenia pada awal bulan September 2009. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada tiga penjaga gol Poland yang dikeluarkan, dia tidak dipanggil dan sebaliknya bermain dalam kelayakan B-21 menentang Sepanyol dan Finland. Dia mempunyai enam kaps untuk skuad B-21.

Pada bulan Oktober 2009, pengurus baru Franciszek Smuda memberi Szczęsny panggilan pertamanya pasukan kebangsaan Poland, untuk perlawanan persahabatan menentang Romania dan Kanada. Szczęsny membuat penampilan sulungnya ketika menentang Kanada pada 18 November, masuk pada minit ke 46 menggantikan Tomasz Kuszczak. Dia mendapat kap keduanya dan kap penuh pertamanya pada bulan Februari 2011 ketika perlawanan persahabatan menentang Norway.

Szczęsny beraksi dengan baik ketika pasukan kebangsaan Jerman pada 6 September 2011. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 2–2, walaubagaimanapun Szczęsny menyelamatkan lapan percubaan penting dan membantu Poland daripada bolos lebih banyak gol. Aksinya dalam perlawanan itu dipuji bekas penjaga gol Jerman, Oliver Kahn. Dia dibuang padang ketika perlawanan pembukaan UEFA Euro 2012 menentang Greece. Ini menyebabkan dia terlepas perlawanan seterusnya menentang Rusia.

Kejayaan sunting

Arsenal

Akademi/Belia

  • Liga Perdana Akedemi Inggeris: 2008–09
  • Piala Remaja FA Inggeris: 2008–09

Senior

Individu

  • Sarung emas Liga Perdana Inggeris: 2013–14 (kongsi)

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 18 Oktober 2014[19]
Kelab Musim Liga Piala FA Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Apps Gol Apps Gol Apps Gol Apps Gol Apps Gol Apps Gol
Arsenal 2009–10 Liga Perdana 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0
Brentford (pinjam) 2009–10 Liga Satu 28 0 0 0 0 0 0 0 0 0 28 0
Arsenal 2010–11 Liga Perdana 15 0 2 0 5 0 2 0 0 0 24 0
2011–12 38 0 1 0 0 0 9 0 0 0 48 0
2012–13 25 0 4 0 1 0 3 0 0 0 33 0
2013–14 37 0 0 0 0 0 9 0 0 0 46 0
2014–15 8 0 0 0 0 0 3 0 1 0 12 0
Jumlah 123 0 7 0 7 0 26 0 1 0 164 0
Jumlah Karier 151 0 7 0 7 0 26 0 1 0 191 0

Antarabangsa sunting

Sehingga 19 November 2013
Pasukan negara Tahun Apps Gol Clean sheets
Poland 2009 1 0 1
2010 0 0 0
2011 6 0 2
2012 5 0 3
2013 4 0 0
Jumlah 16 0 6

Rujukan sunting

  1. ^ "Player Profile: Wojciech Szczęsny". Sky Sports. Dicapai pada 31 January 2012.
  2. ^ "Gunner Szczesny hot over Scott sacking". Mirror Football. 3 February 2011. Dicapai pada 15 April 2012.
  3. ^ Wojciech Szczesny says Arsenal can overhaul Tottenham in the table | Football. The Guardian. Retrieved 21 April 2012.
  4. ^ "Arsenal confirm 2012/13 squad numbers". Arsenal.com. 25 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-01. Dicapai pada 25 July 2012.
  5. ^ Ornstein, David (17 November 2012). "Arsenal 5–2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 17 November 2012.
  6. ^ "Bayern Munich v Arsenal: Wojciech Szczesny talent not in question, but mistakes cannot be ignored". The Independent. 14 March 2013.
  7. ^ "Lukasz Fabianski's cracked rib gives Wojciech Szczesny chance of a run". The Guardian. 18 April 2012.
  8. ^ "Crystal Palace 0-2 Arsenal". BBC Sport. 26 October 2013. Dicapai pada 7 November 2013.
  9. ^ "Arsenal 2-0 Liverpool". BBC Sport. 2 November 2013. Dicapai pada 7 November 2013.
  10. ^ "Borussia Dortmund 0-1 Arsenal". BBC Sport. 6 November 2013. Dicapai pada 7 November 2013.
  11. ^ "Wenger clear on Szczesny concussion". Fox Sports. 10 November 2013. Dicapai pada 11 November 2013.
  12. ^ "André Villas-Boas blasts 'incompetent critics' in Hugo Lloris concussion row". The Guardian. 6 November 2013. Dicapai pada 11 November 2013.
  13. ^ "Szczesny signs new long-term contract". Arsenal F.C. 16 November 2013. Dicapai pada 16 November 2013.
  14. ^ "Wenger: Szczesny can be an Arsenal great". Arsenal F.C. 28 November 2013.
  15. ^ Wallace, Sam (20 February 2014). "Arsenal 0 Bayern Munich 2 match report". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-19. Dicapai pada 25 February 2014.
  16. ^ View, Barrie's (19 February 2014). "Arsenal's 100 red cards during Arsène Wenger's reign". Dicapai pada 19 February 2014.
  17. ^ "Petr Cech & Wojciech Szczesny share the Barclays Golden Glove". Premierleague via Twitter. 12 May 2014. Dicapai pada 12 May 2014.
  18. ^ "Arsenal 4-1 Galatasaray". BBC Sport. 1 October 2014. Dicapai pada 1 October 2014.
  19. ^ "Wojciech Szczesny". ESPN. Dicapai pada 10 September 2013.

Pautan luar sunting