Wolfram Alpha (juga dikenali sebagai WolframAlpha dan Wolfram|Alpha) ialah sebuah enjin jawapan yang dibangunkan Wolfram Research. Ia perkhidmatan dalam talian yang menjawab soalan fakta secara langsung dengan menggunakan pengkomputan jawapan daripada data berstruktur berbanding cara enjin gelintar yang memberi jawapan dalam bentuk senarai dokumen ataupun laman sesawang yang mungkin mengandungi jawapan yang dikehendaki.[2]

Wolfram|Alpha
200px
Maklumat umum
URLwww.wolframalpha.com
JenisEnjin jawapan
Tersedia dalamBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
DitubuhkanMei 2009 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikWolfram Alpha LLC
PenciptaStephen Wolfram (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PengasasWolfram Research
Kandungan dan sokongan
KomersialYa
PendaftaranPilihan
Ditulis dalamAngularJS (en) Terjemah dan Wolfram Language (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Pembangun webWolfram Research (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexapositive decrease 3839 (October 2012)[1]
Lokasi
Negara asalAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Blog rasmi
Pautan lainFacebook: OfficialWolframAlpha Twitter: Wolfram_Alpha LinkedIn: wolfram-alpha-llc Youtube: UCFiBi0w38G4XLwm3sYO_TqA Youtube: WolframAlpha Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wolfram Alpha berlandaskan Mathematica, pelantar pengkomputan yang ditulis saintis British, Stephen Wolfram pada tahun 1988.[3] Wolfram Alpha was announced in March 2009 and subsequently released on 15 May 2009.[4]

Gambaran keseluruhan sunting

Para pengguna memajukan soalan dan pemintaan pengiraan melalui medan teks. Wolfram|Alpha kemudiannya menghitung jawapan dan penggambaran berkaitan daripada pangkalan pengetahuan yang terdapat dalam data berstruktur yang dijaga dan diurus. Dengan ini Alpha berbeza daripada enjin gelintar semantik yang menyusun sebilangan besar jawapan dan kemudiannya cuba memadankan jawapan dengan soalan.

Wolfram|Alpha dibina di atas produk perdanan Wolfram, Mathematica yang merangkumi algebra komputer, pengkomputan simbolik dan berangka, penggambaran, dan kebolehan penggunaan statistik. Jawapan lazimnya disampaikan dalam bentuk yang dapat dibaca manusia. Wolfram berkata tentang enjin:

"Apa yang diperlukan bagi seseorang untuk melakukannya ialah dengan mengambil soalan dalam bentuk soalan yang ditanya dengan bahasa alami, dan mewakilkannya dalam bentuk persis yang dapat dimuatkan dalam pengkomputan yang boleh dilakukan,"[3]

Wolfram|Alpha berkeupayaan menjawab jawapan yang ditanya secara fakta dalam ungkapan yang menggunakan bahasa alami seperti "Di mana tempat lahir Mahathir bin Mohamad" ataupun soalan yang lebih kompleks seperti, "Berapa umur Ratu Elizabeth II pada tahun 1974?" Ia memaparkan "Input interpretation" (pentafsiran input) soalan sebegini, dengan menggunakan frasa yang diseragamkan, contoh, "Nelson Mandela |tempat lahir" atau "umur | Ratu Elizabeth II (raja) | pada tahun 1974". (Jawapan bagi Mahathir bin Mohamad termasuk "Alor Star" dan maklumat konteks seperti peta Kedah dan cuaca, laut terdekat, bandar-bandar bedekatan dan sebagainya).

Enjin ini juga berkebolehan melakukan pengiraan data yang datang dari beberapa sumber:

  • Contoh: "Apakah negara yang memiliki KDNK yang ke-52 terbesar? akan memberi Nicaragua sebagai jawapan dengan $1160 setahun.

Wolfram|Alpha mentaabir daripada set maklumat teras yang lebih kecil. Dalam cara ini, ia mempunyai banyak persamaan dengan Cyc, sebuah projek yang bermatlamat untuk membangunkan sebuah enjin pentaabiran akal.

Wolfram Alpha tidak menjawab pertanyaan yang memerlukan jawapan berkarangan seperti "What is the difference between the Julian and the Gregorian calendars?" ("Apakah perbezaan antara kalendar Julian dan Gregorian?") tetapi akan menjawab soalan-soalan bersifat fakta atau pengiraan seperti "1 June in Julian calendar" ("1 Jun dalam kalendar Julian").

Rakan perlesenan sunting

Wolfram Alpha digunakan bagi menggerakkan beberapa gelintaran enjin gelintar Bing kepunyaan Microsoft dan DuckDuckGo.[5][6] Ia juga digunakan perisian Siri milik Apple dan klon Dexetra Iris Android.

Rujukan sunting

  1. ^ "Wolframalpha.com Site Info". Alexa Internet. Dicapai pada 2012-10-17.
  2. ^ Johnson, Bobbie (9 March 2009). "British search engine 'could rival Google'". The Guardian. UK. Dicapai pada 9 March 2009.
  3. ^ a b "Wolfram Alpha:Next major search breakthrough?".
  4. ^ Posted by (2009-05-08). "Wolfram|Alpha Blog : So Much for A Quiet Launch". Blog.wolframalpha.com. Dicapai pada 2012-02-28.
  5. ^ Bing and Wolfram Alpha agree on licensing deal ZDNet
  6. ^ Wolfram|Alpha and DuckDuckGo Partner on API Binding and Search Integration Wolfram|Alpha Blog

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting