Wonder Woman 1984 adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat berdasarkan watak pada DC Comics, Wonder Woman. Filem ini diedarkan oleh Warner Bros Pictures. Merupakan sekuel daripada filem Wonder Woman pada tahun 2017 dan merupakan kelangsungan filem ke-9 dalam francais DC Extended Universe (DCEU). Filem ini diarahkan oleh Patty Jenkins, penulis skrip Geoff Johns dan David Callaham siri komik yang ditulis oleh Johns dan Jenkins. Dibintangi oleh Gal Gadot sebagai peranan utama, bersama-sama dengan Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal, Connie Nielsen, dan Robin Wright sebagai pelakon sampingan. Merupakan kelangsungan dari lanjutan filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016), Wonder Woman dan Justice League (kedua-duanya 2017).

Wonder Woman 1984
PengarahPatty Jenkins
Lakon layar
Cerita oleh
  • Patty Jenkins
  • Geoff Johns
BerdasarkanWonder Woman oleh
William Moulton Marston
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiMatthew Jensen
Disunting olehRichard Pearson
Muzik olehHans Zimmer
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 25 Disember 2020 (2020-12-25) (Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$200 juta

Sekuel filem kedua akan dijadualkan sejurus selepas pengeluaran filem pertama pada bulan Jun 2017, dan keputusan untuk meneruskannya telah disahkan pada bulan berikutnya. Sesi pengambaran utama bermula pada 13 Jun 2018 - sesi penggambaran di studio Warner Bros., di Leavesden, England, di Washington DC, Amerika Syarikat dan di Northern Virginia, Amerika Syarikat, di Duxford, England, di Tenerife serta Fuerteventura, Kepulauan Canary, dan juga di Almeria, Andalusia, Sepanyol - sehingga selesai keseluruhannya pada 22 Disember 2018, dengan memakan masa selama enam bulan. Penggambaran tambahan berlangsung pada bulan Julai 2019.

Wonder Woman 1984 dijadualkan akan ditayangkan di Amerika Syarikat oleh Warner Bros Pictures dalam paparan RealD 3D, Dolby Cinema dan IMAX 3D pada 25 Disember 2020.

Plot sunting

Pelakon sunting

Selain itu, Natasha Rothwell, Ravi Patel, Gabriella Wilde dan Kristoffer Polaha juga berlakon tanpa diberikan peranan yang penting.[4][5][6][7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Film – Mad Ghost Productions". www.madghostproductions.com. Dicapai pada Jun 13, 2018.
  2. ^ Sharf, Zack (June 13, 2018). "Wonder Woman 1984 First Look: Gal Gadot and Patty Jenkins Reunite, While Chris Pine Makes Surprise Return". IndieWire. Dicapai pada June 13, 2018.
  3. ^ Newby, Richard (June 8, 2018). "The Bad Guys Are Inheriting the DC Universe". Dicapai pada June 11, 2018.
  4. ^ Galuppo, Mia (July 24, 2018). "Insecure Star Natasha Rothwell Joins Wonder Woman Sequel". TheHollywoodReporter. Dicapai pada July 29, 2018.
  5. ^ D'Alessandro, Anthony (July 27, 2018). "Ravi Patel & Gabriella Wilde Boarding Wonder Woman 1984". Deadline. Dicapai pada July 29, 2018.
  6. ^ Polaha, Kristoffer (November 21, 2018). "Why I Love Doing Hallmark Movies, an Actor's Confession (Guest Column)". TheHollywoodReporter. Dicapai pada November 21, 2018.
  7. ^ Messiano, Marissa (October 19, 2018). "Beautiful Boy's Oakley Bull cast in Wonder Woman 1984". Hidden Remote. Dicapai pada October 23, 2018.

Pautan luar sunting