Wong Choong Hann

pemain dan jurulatih badminton Malaysia

Wong Choong Hann (Cina Tradisional: 黃綜翰, Cina Ringkas: 黄综翰) (lahir 17 Februari 1977) merupakan seorang pemain dan jurulatih badminton Malaysia.

Wong Choong Hann
Maklumat peribadi
Nama kelahiranWong Choon Hann
Negara Malaysia
Lahir (1977-02-17) 17 Februari 1977 (umur 47)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi1.83 m (6 ka 0 in)
Cakat tanganKiri
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi1 (15 August 2002)
Profil BWF

Biografi sunting

Kerjaya Wong Choong Hann bermula dengan Kejohanan Terbuka Malaysia 1991, namun beliau gagal untuk mara ke peringkat utama pertandingan.

Beliau julung kali menjuarai pertandingan di Terbuka Belanda 1997. Sehingga kini setelah 14 tahun di persada badminton, beliau merangkul 7 kejuaraan. Beliau mewakili Malaysia pada tahun 2002, apabila Malaysia menjadi naib juara sementara Indonesia(juara) di kejohanan Piala Thomas.

Wong menyertai acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 2004 di mana beliau mencapai pusingan kedua sebelum ditewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia.

Detik paling mengaibkan dalam kerjaya Wong berlaku ketika Kejohanan Piala Thomas 2006 apabila beliau tercedera di tendon tumit beliau ketika bermain di pusingan suku akhir menentang Korea Selatan. Selepas itu beliau terpaksa berehat selama enam bulan. Beliau kembali beraksi pada Sukan Asia 2006.

Pencapaian sunting

Kejohanan Tahap Keputusan
1997
Terbuka Belanda Juara
1998
Sukan Komanwel Juara
2002
Terbuka Holland Juara
Terbuka China Juara
2003
Kejohanan Dunia IBF Naib juara
Terbuka Taipei Cina Juara
Terbuka China Naib juara
Copenhagen Masters Juara
2007
Terbuka New Zealand 3B Naib juara
Super Series China Masters 2 Naib juara

Pautan luar sunting