Wuhan

bandar raya dan ibu kota wilayah Hubei, China

Wuhan (Hanzi: 武漢 (tradisional), 武汉 (ringkas)) ialah bandar yang terletak di provinsi Hubei dan merupakan bandar raya terbesar di China Tengah serta ibu kota provinsi Hubei.

Wuhan
武汉市
Bandar subwilayah
Pemandangan bandar Wuhan
Pemandangan bandar Wuhan
Cogan kata: 武汉, 每天不一样  
("Wuhan, Berbeza Setiap Hari!")
Kedudukan Wuhan di Hubei
Kedudukan Wuhan di Hubei
Koordinat: 30°35′14″N 114°17′17″E / 30.58722°N 114.28806°E / 30.58722; 114.28806Koordinat: 30°35′14″N 114°17′17″E / 30.58722°N 114.28806°E / 30.58722; 114.28806
NegaraChina
ProvinsiHubei
Kerajaan
 • Setiausaha PartiMa Guoqiang (Muslim)
 • Datuk BandarZhou Xianwang[1]
Keluasan
 • Bandar subwilayah8,494.41 km2 (3,279.71 batu persegi)
 • Urban
 (2018)[3]
1,528 km2 (590 batu persegi)
Penduduk
 (2011)[4]
 • Bandar subwilayah11,895,000
Zon waktuUTC+8
Laman sesawanghttp://www.wuhan.gov.cn/

Sungai Yangtze dan Sungai Han mengalir ke dalam bandar, dan terdapat tiga daerah di Wuhan: Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Kawasan air sungai merupakan satu perempat daripada keluasan bandar Wuhan ini.

Penamaan sunting

Nama Wuhan berasal daripada nama dua buah petempatan utama yang membentuk bandar ini. Perkataan "Wu" berasal daripada petempatan Wuchang (Hanzi: 武昌) yang terletak di kawasan selatan Sungai Yangtze manakala perkataan "Han" berasal daripada petempatan Hankou (Hanzi: 汉口) yang terletak di kawasan utara sungai itu. Nama Wuhan mula digunakan secara rasmi pada 1 Januari 1927.[5]

Sejarah sunting

Hankou dan Wuchang wujud sejak era akhir Dinasti Ming sudah menjadi bandaraya yang tersusun pembangunannya. Pada akhir Dinasti Qing dan era awal Republik Rakyat China, Wuhan muncul sebagai bandar raya terbesar di China, serta bandar raya yang paling maju dan makmur daripada segi ekonomi. Ini kerana bandaraya ini terletak di sepanjang pantai Yangtze, dan pusat pengangkutan jalan raya dan kereta api di samping mempunyai pembangunan perindustrian yang pesat. Revolusi Wuhan berlaku di bandar raya ini pada tahun 1911.

Pada tahun 1927, Kerajaan Pusat pada waktu itu memindahkan ibu negara ke Wuhan, dan buat pertama kalinya mencantumkan Wuchang, Hankou, dan Hanyang kepada satu daerah besar yang bernama Jingzhao.

Ketika banjir China pada 1931, Wuhan dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa-mangsa banjir yang muncul sejak lewat musim bunga. Namun begitu, bandar Wuhan sendiri mula dibanjiri air apabila memasuki musim panas, dan peristiwa ban pecah pada 27 Julai menyebabkan hampir 800 ribu orang kehilangan tempat tinggal, manakala bandar Wuhan tenggelam selama hampir tiga bulan.[6] Pada Julai 1954, kawasan Hubei mengalami sebuah lagi banjir pada skala besar-besaran akibat Sungai Yangtze yang melimpah melebihi paras biasa disebabkan oleh musim hujan yang begitu lama pada musim bunga sebelumnya.

Insiden Wuhan, sebuah rusuhan awam berlaku pada Julai 1967 akibat pertelingkahan dua puak yang ingin mendapatkan kawalan terhadap pentadibiran bandar, dan berlaku pada kemuncak Revolusi Kebudayaan.[7]

Pada 3 Julai 2010, Wuhan mengalami gelombang panas yang berlaku di kawasan Hemisfera Utara secara amnya.[8] Keitka banjir selatan China 2010, Sungai Han di Wuhan mengalami banjir yang terburuk sejak 20 tahun lalu.[9] Wuhan sekali lagi mengalami banjir pada tahun berikutnya. Sebuah lagi banjir besar berlaku di Wuhan pada Julai 2016, menyebakan sekurang-kurangnya 14 orang mangsa terkorban, dan lebih daripada 80 ribu orang penduduk dipindahkan.[10]

Pada Disember 2019, Wuhan menjadi pusat permulaan sebuah wabak koronavirus jenis baharu, sejenis virus seperti SARS.[11] Wabak ini dipercayai oleh beberapa pihak bermula dari sebuah pasar laut di Wuhan, Pasar Borong Makanan Laut Huanan.[12] Pada Januari 2020, bandar Wuhan dikurung oleh pihak kerajaan China untuk memperlahankan wabak tersebut. Tindakan ini menyebabkan sistem pengangkutan awam bandar tergantung.[13]

Geografi sunting

 
Kawasan Wuhan yang dilitupi lapisan ais nipis ketika musim sejuk.

Wuhan terletak di kawasan pertengahan timur Hubei, yakni di kuala Sungai Han yang mengalir ke Sungai Yangtze. Keluasan Wuhan ialah sebanyak 8,494.41 kilometer persegi, kebanyakannya ialah tanah pamah dengan bukit dan tasik yang banyak seperti Tasik Timur dan Tasik Tangxun. Gunung Yunwu di barat laut Wuhan ialah gunung tertinggi di Wuhan dengan ketinggian mencecah 709 meter atas paras laut.[14]

Iklim sunting

Wuhan memiliki iklim subtropika lembap, dengan jumlah taburan hujan yang banyak serta memiliki empat musim yang ketara. Bandar ini memiliki musim panas yang lembap serta bersuhu tinggi.[15][16]

Data iklim untuk Wuhan (1981–2010, ekstrem 1951–kini)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 25.4
(77.7)
29.1
(84.4)
32.4
(90.3)
35.1
(95.2)
36.1
(97.0)
37.8
(100.0)
39.7
(103.5)
39.6
(103.3)
37.6
(99.7)
34.4
(93.9)
30.4
(86.7)
23.3
(73.9)
39.7
(103.5)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 8.1
(46.6)
10.7
(51.3)
15.2
(59.4)
22.1
(71.8)
27.1
(80.8)
30.2
(86.4)
32.9
(91.2)
32.5
(90.5)
28.5
(83.3)
23.0
(73.4)
16.8
(62.2)
10.8
(51.4)
21.5
(70.7)
Purata suhu harian, °C (°F) 4.0
(39.2)
6.6
(43.9)
10.9
(51.6)
17.4
(63.3)
22.6
(72.7)
26.2
(79.2)
29.1
(84.4)
28.4
(83.1)
24.1
(75.4)
18.2
(64.8)
11.9
(53.4)
6.2
(43.2)
17.1
(62.9)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 1.0
(33.8)
3.5
(38.3)
7.4
(45.3)
13.6
(56.5)
18.9
(66.0)
22.9
(73.2)
26.0
(78.8)
25.3
(77.5)
20.7
(69.3)
14.7
(58.5)
8.4
(47.1)
2.9
(37.2)
13.8
(56.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −18.1
(−0.6)
−14.8
(5.4)
−5.0
(23.0)
−0.3
(31.5)
7.2
(45.0)
13.0
(55.4)
17.3
(63.1)
16.4
(61.5)
10.1
(50.2)
1.3
(34.3)
−7.1
(19.2)
−10.1
(13.8)
−18.1
(−0.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 48.7
(1.92)
65.5
(2.58)
91.0
(3.58)
135.7
(5.34)
166.8
(6.57)
218.2
(8.59)
228.1
(8.98)
117.5
(4.63)
74.0
(2.91)
80.9
(3.19)
60.0
(2.36)
29.6
(1.17)
1,316
(51.82)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 0.1 mm) 9.5 9.8 13.1 12.5 12.2 11.8 11.6 9.6 7.5 9.0 8.0 6.9 121.5
Purata kelembapan relatif (%) 76 75 76 75 74 77 77 77 75 76 75 73 76
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 101.9 97.0 121.8 152.8 181.0 170.9 220.2 226.4 175.8 151.9 139.3 126.5 1,865.5
Peratus mungkin sinaran matahari 33 33 31 39 43 43 54 59 48 46 45 43 43
Sumber: Pentadbiran Meteorologi China[17][18]

Politik sunting

Pemimpin kini sunting

Pemimpin semasa lima institusi utama di Wuhan
Institusi Parti Komunis China
Jawatankuasa Perbandaran Wuhan
Setiausaha
Kongres Rakyat Perbandaran Wuhan
Pengarah
Jawatankuasa Tetap
Kerajaan Rakyat Bandaraya Wuhan
Datuk Bandar
Persidangan Perundingan Politik Rakyat China
Jawatankuasa Wuhan
Pengerusi
Suruhanjaya Penyelia Wuhan
Pengarah
Nama Wang Zhonglin[19] Hu Lishan[20] Zhou Xianwang[21] Hu Shuguang[22] Zhang Shu[23]
Etnik Cina Cina Tujia Cina Cina
Dari Daerah Fei, Shandong Xianning, Hubei Daerah Jianshi, Hubei Wuhan Daerah Yingshan, Hubei
Tarikh Lahir Ogos 1962 (umur 61) Jun 1963 (umur 60) November 1962 (umur 61) Julai 1957 (umur 66) September 1962 (umur 61)
Tarikh Pelantikan Feb 2020 Jan 2020 Sep 2018 Jan 2016 Jan 2018

Pentadbiran sunting

 
Peta Wuhan

Wuhan adalah salah satu daripada 15 bandar subwilayah di seluruh negara China, dengan 13 daerah di bawah pentadbirannya, di mana 7 daerah pusat bandar dan 6 daerah kawasan baharu.

Selain itu, terdapat 1 Zon berteknologi tinggi baharu (hi-tech) peringkat kebangsaan, 2 Zon Ekonomi dan Teknologi peringkat kebangsaan, 1 kawasan pelancongan dan 1 pelabuhan baharu yang diuruskan secara langsung oleh Kerajaan Bandaraya Wuhan:

Demografi sunting

Wuhan ialah bandar dengan jumlah penduduk terbanyak di provinsi Hubei, serta salah satu bandar terbesar di China daripada segi jumlah penduduk.

Agama sunting

Menurut sebuah tinjauan pada 2017, 79.2% penduduk Wuhan adalah tidak beragama atau mengamalkan keagamaan tradisional Cina; 0.9% daripada peratusan ini mengamalkan Taoisme. Selain itu, dalam kalangan penduduk Wuhan, 14.7% penduduk adalah beragama Buddha, 2.9% pula menuruti Protestan, 0.3% menuruti Kristian Katolik, 1.6% beragama Islam dan selebihnya menuruti agama-agama yang tidak dinyatakan secara khusus.[24]

Pengangkutan sunting

Kereta api sunting

Wuhan memiliki tiga buah stesen kereta api utama, iaitu stesen kereta api Hankou, Wuchang dan Wuhan. Wuhan juga mempunyai stesen kereta api Wuhan Utara bagi tujuan kereta api kargo serta kawasan susun atur kereta api. Stesen ini memiliki 112 batang landasan.

Fail:WUH-panorama.jpg
Pandangan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Udara sunting

Pengangkutan udara Wuhan dikawal oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe yang dibuka pada April 1995 bagi menggantikan lapangan-lapangan terbang Hankou Wangjiadun dan Nanhu.[25][26] Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Perbandaran Hannan, lapangan terbang terbesar China yang hanya menyeliakan penerbangan awam. Kini, sebuah lagi lapangan terbang, Lapangan Terbang Perbandaran Caidian, sedang dibina sejak Disember 2017.[27]

Pendidikan sunting

Wuhan berada dalam tempat ketiga dalam kalangan bandar-bandar China berkenaan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi.[28] Setakat 2017, terdapat 1,391 buah tadika dengan 302 ribu orang kanak-kanak berdaftar, 968 buah sekolah demgan jumlah pelajar sebanyak kira-kira 851 ribu orang, 105 buah sekolah teknik dan 84 buah institut pengajian tinggi dengan kira-kira 1.075 juta orang pelajar. Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di Wuhan.[29]

Universiti-universiti utama Wuhan termasuklah Universiti Sains dan Teknologi Huazhong (HUST) dan Universiti Wuhan; kedua-dua universiti menerima galakan daripada Projek 985, suatu galakan oleh kerajaan China bagi mendorong kemajuan institut pengajian tinggi China. HUST mengendalikan salah satu makmal kebangsaan China.

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy" 武汉市信息公开. Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2018. Dicapai pada April 5, 2018. 2017年2月19日,在武汉市第十四届人民代表大会第一次会议上当选为武汉市政府市长。CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ "Wuhan Statistical Yearbook 2010" (PDF). Wuhan Statistics Bureau. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 5, 2011. Dicapai pada Julai 31, 2011.p. 15
  3. ^ Cox, W (2018). Demographia World Urban Areas. 14th Annual Edition (PDF). St. Louis: Demographia. m/s. 22. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada Mei 3, 2018. Dicapai pada Jun 15, 2018.
  4. ^ "Demographia World Urban Areas" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). April 2019. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  5. ^ "Archived copy" 武汉市历史沿革. XZQH.org (dalam bahasa Cina). 行政区划网站xzqh.org. Ogos 6, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 11, 2017. Dicapai pada April 6, 2018. 1927年1月1日,中央临时联席会议宣布,国民政府在汉口开始办公。国民政府命令将武昌、汉口、汉阳三镇合为京兆区,定名"武汉",作为临时首都。4月16日,武汉市政委员会成立,武昌市政厅撤销;三镇首次统一行政建制。CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ William Graves (1982). The Torrent of Life (Journey into China) (ed. 5th). National Geographic Society. ISBN 978-0-87044-437-1.
  7. ^ Thomas W. Robinson (1971). "The Wuhan Incident: Local Strife and Provincial Rebellion During the Cultural Revolution". The China Quarterly (47): 413–18. JSTOR 652320.
  8. ^ "Heat wave sweeps parts of China - China News". SINA English. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2010. Dicapai pada 2010-07-28.
  9. ^ Associated Press, Guardian (Julai 28, 2010). "China's Three Gorges dam close to limit as heavy rains persist". guardian.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 22, 2018. Dicapai pada Ogos 6, 2010.
  10. ^ Huang, Zheping. "China's devastating floods can be traced back to corruption and overbuilding". Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 18, 2018. Dicapai pada Februari 18, 2018.
  11. ^ Nectar Gan (9 January 2020). "A new virus related to SARS is the culprit in China's mysterious pneumonia outbreak, scientists say". CNN. Dicapai pada 9 January 2020.
  12. ^ "Here's what Wuhan, China looks like under quarantine for coronavirus". Global News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-01-28.
  13. ^ "China Quarantines Wuhan to Prevent Spread of Coronavirus". National Review (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-22. Dicapai pada 2020-01-22.
  14. ^ "Archived copy" 在武汉——武汉最高峰云雾山. Baidu Baijiahao. Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2018. Dicapai pada November 30, 2018. 云雾山地处黄陂区西北部,{...},主峰海拔709米,属武汉市最高峰。CS1 maint: archived copy as title (link)
  15. ^ Wunderground Archives (Januari 9, 2008). "Temperatures in Wuhan". Wunderground. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 21, 2007. Dicapai pada Januari 9, 2008.
  16. ^ 为什么重庆、武汉、南京有"三大火炉"之称? (dalam bahasa Cina). Guangzhou Popular Science News Net (广州科普资讯网). 2007-09-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
  17. ^ 中国气象数据网 - WeatherBk Data. Pentadbiran Meteorologi China. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2017. Dicapai pada November 9, 2018.
  18. ^ 中国气象局 国家气象信息中心(1981-2010年) (dalam bahasa Cina). China Meteorological Administration. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 10, 2014. Dicapai pada Disember 28, 2017.
  19. ^ "王忠林任湖北省委委员、常委和武汉市委书记". 新华网. 2020-02-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 2020-02-13. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  20. ^ "升副部,武汉市委副书记胡立山当选市人大常委会主任". 新京报. 2020-01-10. Dicapai pada 2020-02-03.
  21. ^ "武汉市委书记空缺两个月后 换市长了". 新京报. 2018-05-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  22. ^ "武汉市十三届政协主席、副主席简历(主席胡曙光)". 中国经济网. 2017-02-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ "张曙当选武汉市监察委员会主任". 长江日报. 2018-01-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  24. ^ Han, Junqiang; Meng, Yingying; Xu, Chengcheng; Qin, Siqi (2017). "Urban Residents' Religious Beliefs and Influencing Factors on Christianity in Wuhan, China". Religions. 8 (244). doi:10.3390/rel8110244. p. 4.
  25. ^ 1995年4月15日武汉天河机场投入营运. 荆楚网. April 17, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada November 7, 2017. Dicapai pada Jun 30, 2011.
  26. ^ 中國空軍漢口機場歷經10年竣工. 大公網. 2007-06-08. Dicapai pada 2008-02-11.[pautan mati kekal]
  27. ^ 武汉开建第二座通用机场 预计2018年底竣工. finance.sina.com.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 3, 2017. Dicapai pada Disember 2, 2017.
  28. ^ 大汉网络 (September 3, 2004). "The Thoroughfare to Nine Provinces-Wuhan City". Cnhubei.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 3, 2009. Dicapai pada Februari 4, 2010.
  29. ^ "2017年武漢市国民経済と社会発展統計公報". 武漢市人民政府. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-02. Dicapai pada 2018年4月2日. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Wuhan di Wikimedia Commons
  •   Panduan pelancongan Wuhan dari Wikivoyage