X.25 ialah sejenis set protokol jaringan yang mematuhi piawaian ITU-T. Rangkaian X.25 memerlukan talian ISDN atau telefon.

Ia menjelaskan banyak piawai berkenaan dengan keadaan fizikal jaringan, Pautan Data serta lapisan Jaringan OSI(Open Systems Interconnection) yang menyamai Lapisan Capaian Jaringan (Network Access Layer) berasaskan model protokol DOD.

X.25 diberi nama umum, Packet switched network yang diberikan kepada kelompok pembekal X.25 sedunia yang biasanya terdiri dari syarikat telefon nasional. Gabungan jaringan-jaringan mereka pada tahun-tahun 1980an hingga '90an merangkumi satu jaringan global yang luas dan masih lagi digunakan terutamanya dalam sistem-sistem transaksi.

Sejarah sunting

X.25 telah dibangunkan oleh ITU Study Group VII berasaskan beberapa projek jaringan data yang muncul pada waktu itu. Beberapa ubahsuai dan tambahan dalam piawaian telah akhirnya dicatatkan dalam siri-siri buku teknikal ITU yang menerangkan pelbagai sistem telekom. Buku-buku ini diterbitkan setiap tahun keempat dengan menggunakan warna-warna kulit buku yang berbeza.

Senibina sunting

 
Terminal Televideo model 925 dikilang sekitar 1982

Konsep umum X.25 adalah untuk menghasilkan satu jaringan packet-switching yang universal serta global pada ketika sistem telefon analog mudah membuat kesilapan-bit.