Xbox (digayakan sebagai XBOX) merupakan jenama permainan video yang dibangunkan dan dimiliki oleh Microsoft. Ia mewakili satu siri konsol permainan video di mana konsol–konsol tersebut dilancarkan dalam generasi keenam, ketujuh dan kelapan masing–masing. Jenama ini juga merangkumi perisian penggunaan (permainan), perkhidmatan penstriman dan perkhidmatan dalam talian yang dikenali sebagai Xbox Live. Ia pertama kali diperkenalkan adalah pada 15 November 2001 di Amerika Syarikat dengan pelancaran konsol yang turut dikenali sebagai Xbox.

Tanda perkataan XBOX

Peranti pertama Xbox tersebut merupakan konsol yang pertama ditawarkan oleh sebuah syarikat Amerika selepas Atari Jaguar menghentikan jualan pada 1996. Ia berjaya dijual melebihi 24 juta unit sehingga 10 Mei 2006.[1] Konsol kedua Microsoft, Xbox 360 dikeluarkan pada 2005 dan telah terjual melebihi 77.2 juta unit di seluruh dunia setakat 18 April 2013.[2] Seterusnya, konsol ketiga dan terkini Microsoft, Xbox One[3] telah didedahkan pada 21 Mei 2013.[4] Secara keseluruhannya, Xbox One telah dilancarkan di 21 buah pasaran. Ketua bahagian Xbox, Phil Spencer telah menggantikan Marc Whitten pada lewat Mac 2014.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) "Gamers Catch Their Breath as Xbox 360 and Xbox Live Reinvent Next-Generation Gaming". Microsoft. 10 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada June 21, 2008. Dicapai pada 30 Mac 2009.
  2. ^ (Inggeris) "77 million Xbox 360s sold". Gamespot. Dicapai pada April 24, 2013.
  3. ^ (Inggeris) "EXCLUSIVE: Xbox One Confirmed as Name of Microsoft's New Console". Dicapai pada 7 Mei 2013.
  4. ^ (Inggeris) "Microsoft Confirms Next-Gen Xbox Announcement". IGN. 24 April 2013. Dicapai pada 24 April 2013.
  5. ^ (Inggeris) Gilbert, Ben (10 April 2014). "Getting to know Microsoft's new Xbox lead, Phil Spencer". Engadget. Dicapai pada 9 Mei 2014.
  6. ^ (Inggeris) "Satya Nadella email to employees on tuning our organization". Microsoft. 31 Mac 2014. Dicapai pada 6 April 2014.

Pautan luar sunting