Xilofon (daripada bahasa Yunani ξύλον - xilon, "kayu" + φωνή - fon, "suara", bererti "bunyi kayu") ialah alat muzik yang merupakan sebahagian keluarga perkakasan mengenderang atau "perkusi". Ia termasuk dalam kumpulan yang dikenali sebagai genderang tala (tuned percussion) kerana ia boleh memainkan nota yang berlainan tinggi rendahnya. Xilofon mempunyai palang yang dibuat daripada kayu. Xilofon dimainkan dengan memukul palang dengan pemukul (seperti tukul). Setiap kepingan kayu mempunyai panjang berbeza, dengan itu setiap satu memainkan nota berlainan apabila dipukul. Palang diatur seperti kekunci piano. Di bawah palang terdapat tiub panjang, dikenali sebagai penyalun, yang menguatkan bunyi.

Xilofon daripada Filipina dipanggil "Kulintang a Kayo"

Xilofon orkestra moden dikembangkan dari xilofon yang datang dari Afrika dan Asia. Ia digunakan sebagai peralatan muzik orang kebanyakan bagi negara di tengah Eropah. Ia pertama kali digunakan dalam orkestra oleh Engelbert Humperdinck dalam muzik opera Hansel dan Gretel gubahan beliau. Ia juga digunakan oleh Saint-Saëns bagi Danse macabre di mana ia sepatutnya berbunyi seperti rangka, dan dalam Carnival of the Animals di mana ia sepatutnya berbunyi seperti fosil.

Xilofon biasanya dimainkan supaya bunyi muzik satu oktaf lebih tinggi dari yang ditulis. Kerana bunyinya agak pendek, xilofon biasanya digunakan bagi nada solo pendek yang pantas dan kering.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • The Illustrated Encyclopedia of Musical Instruments, Könemann ISBN-10 3-8331-2195-5