Yahya Ayyash (Arab: يحيى عياش, lahir di Rafat, Tebing Barat, Palestine, 6 Mac 1966 – meninggal 5 Januari 1996 pada umur 29 tahun) di Beit Lahia , Genting Gaza seorang anggota Hamas dan pemimpin Briged Izzuddin Al-Qassam cawangan Tebing Barat sebelum kematiannya.

Yahya Ayyash

Ketua dan pengasas Briged Izzuddin Al-Qassam
يحيى عياش
Kelahiran
Yahya Abdel Latif Ayyash

6 Mac 1966
Meninggal dunia6 Januari 1996
Sebab kematianDibunuh
Warganegara Palestin
PekerjaanJurutera
OrganisasiBriged Izzuddin Al-Qassam
Parti politik Hamas

Latar Belakang sunting

Kelahiran dan zaman kanak-kanak sunting

Menurut laman web rasmi Briged al-Qassam, Yahya Ayyash dilahirkan pada 3 Mac 1966, walaupun ada yang berpendapat bahawa tarikh lahirnya yang sebenar adalah 22 Februari tahun yang sama. Beliau dilahirkan di Rafah, sebuah bandar Palestin. Nama Yahya bermaksud 'hidup' manakala Ayyash bermaksud 'orang yang panjang umur'.[1]

Semasa zaman kanak-kanaknya, Ayyash telah menerima anugerah daripada badan 'Islamic Trust' kerana kebolehannya menghafal Al-Quran. Dia juga menampakkan bakat dalam kerja-kerja elektrik dan mekanikal seperti membaiki radio dan televisyen.

Pendidikan sunting

Ayyash menamatkan persekolahannya di Rafah pada 1985 yang membolehkannya memenuhi syarat belajar kejuruteraan di Universiti Bir Zeit pada 1987. Seterusnya dia menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan elektrik pada 1988.

Ayyash bercita-cita untuk belajar di luar negara untuk mendapatkan darjah Sarjana di Jordan, tetapi dia dihalang oleh Zionis.

Peribadi sunting

Ayyash dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan mempunyai dua orang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya. Salah seorang daripada anak lelakinya bernama Baraa[2]. Walaupun berasal daripada susur-galur orang berada, namun dia digambarkan oleh orang yang mengenalinya sebagai individu sederhana yang amat menyayangi keluarga, jiran tetangga dan tanah airnya. Dia juga mempunyai peribadi rendah diri dan bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kegiatan dalam Hamas sunting

Dia mula aktif dalam barisan Briged Izzuddin Al-Qassam pada awal 1992. Dia terkenal dengan sebagai pemaju teknik bom berani mati dalam konflik Israel-Palestin. Ayyash menjadi salah satu ketua pembuat bom di Hamas. Dalam kapasiti itu, ia menerima gelaran “Sang Jurutera” (Arab: المهندس, trans. Al-Muhandis). Gelaran yang diperoleh Ayyash ini bukan diberi oleh Hamas ataupun rakyat Palestin, tetapi oleh pihak Israel sendiri. Pengeboman yang dirancangnya menyebabkan kematian sekitar 90 orang Israel.[3]

Disebabkan TNT serta bahan-bahan letupan berkuasa tinggi lain sukar untuk diperoleh di wilayah Palestin (Tebing Barat dan Genting Gaza),Ayyash mengkhususkan pada pembuatan bahan peledak daripada bahan mentah yang tersedia di daerah Palestin. Dia menggunakan kombinasi aseton dan bahan peluntur, kedua-duanya bahan yang mudah didapati di rumah. Selepas dicampurkan, kedua-duanya bertindak balas menjadi aseton peroksida, sejenis bahan letupan.

Yahya mula mendapat perhatian pasukan keselamatan Israel selepas kegagalan suatu operasi pengeboman di Ramat Ef'al. Namanya diperoleh daripada tiga orang yang ditahan dalam operasi yang gagal itu. Hal ini menyebabkan Yahya menjadi orang yang paling dikehendaki oleh pihak keselamatan Israel.

Sepanjang masa dia menjadi buruan pihak Israel, Ayyash berusaha melatih sebanyak mungkin jurutera baru untuk meneruskan kerjanya. Dia menjadi buruan selama lebih tiga tahun dan berpindah-randah sebelum akhirnya dibunuh di Gaza.

Pembunuhan sunting

Susulan pembunuhan Perdana Menteri ke-5 Israel, Yitzhak Rabin, Pihak Berkuasa Palestin mula bekerjasama dengan Shin Beit atau Agensi Keselamatan Israel secara lebih erat. Shin Beit mendapati (melalui kaedah yang masih tidak diketahui sehingga kini) bahawa Ayyash sering kali bermalam di rumah rakan karibnya dari zaman kanak-kanak, Osama Hamad di Gaza. Shin Beit pula sebelum itu telah beberapa kali berurusan dengan ayah saudara Osama, Kamil Hamad.

Pada Oktober 1995, ejen Shin Beit mendekati Kamil untuk membantu mereka membunuh Yahya. Kamil meminta wang dan kad pengenalan Israel untuk dia dan isterinya sebagai bayaran. Kamil bagaimanapun terpaksa bersekongkol dengan Shin Beit selepas diugut untuk mendedahkan pengkhianatannya. Ejen Shin Beit memberikan Kamil sebuah telefon bimbit yang telah dipasang dengan pepijat untuk mendengar perbualan Yahya. Kamil tidak dimaklumkan bahawa telefon bimbit itu juga mengandungi 15 gram bahan peledak RDX.

Kamil menyerahkan telefon bimbit itu kepada Osama yang tidak mengetahui pengkhianatan ayah saudaranya. Kamil sudah sedia maklum bahawa Ayyash biasa menggunakan telefon bimbit anak saudaranya itu. Pada pukul 8:00 am, 5 Januari 1996, ayah Yahya menghubunginya. Yahya menjawab panggilan itu. Dari jauh sebuah pesawat Israel mendengar perbualan tersebut dan menghantarnya ke pos arahan Israel. Setelah memastikan bahawa Yahya yang sedang berbual atas talian, Shin Beit dengan segera meledakkan telefon itu dari jauh. Sebuah akhbar mingguan antarabangsa melaporkan bahawa 100,000 orang Palestin menghadiri pengkebumiannya.[4]

Penghormatan sunting

Yahya Ayyash dianggap sebagai seorang wira kepada rakyat Palestin yang menyebabakan Pihak Berkuasa Palestin menamakan sebatang jalan di Ramallah bersempena dengan namanya pada April 2010.

Sebagai respon, Israel, Amerika Syarikat dan Kanada mengecam penamaan itu. Jabatan Perdana Menteri Israel mengeluarkan kenyataan tindakan itu sebagai "pengagungan melampau oleh Pihak Berkuasa Palestin terhadap keganasan". Jurucakap Amerika Syarikat pula menyatakan "kami amat mengecam pengangungan terhadap pengganas itu, memberikan penghormatan kepada pengganas yang membunuh orang awam yang tidak bersalah sama ada melalui kenyataan rasmi atau mendedikasikannya pada tempat-tempat awam menyusahkan usaha perdamaian dan mesti dihentikan."

Sebelum itu, Pihak Berkuasa Palestin juga telah menamakan jalan-jalan di Jenin dan Beit Lahiya dan juga sebuah dataran di Jericho sebagai penghormatan kepada Yahya Ayyash.

Pada tahun 2021 , nama Yahya Ayyash telah dijadikan Roket Qassam yang bernama Ayyash 250 , roket ini mampu terbang sehingga lebih 250KM.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting