Yakult (Jepun: ヤクルト, Hepburn: Yakuruto) merupakan produk susu berasaskan probiotik dari Jepun yang dibuat melalui proses penapaian campuran susu skim dengan satu strain bakteria khas Lactobacillus casei Shirota. Ia dicipta oleh Minoru Shirota yang bergraduat dari Sekolah Perubatan Universiti Kyoto pada tahun 1930. Pada tahun 1935, beliau mula mengeluarkan Yakult serta menjualnya. Sumber rasmi mengatakan nama tersebut berasal daripada perkataan jahurto, sebutan lama bagi jogurto, iaitu istilah bahasa Esperanto untuk "yogurt".[1][2] Sejak itu, Yakult juga telah memperkenalkan barisan minuman bagi pasaran Jepun yang mengandungi bakteria Bifidobacterium breve, serta menggunakan penyelidikannya mengenai lactobacillium untuk membangunkan produk kosmetik. Baru-baru ini, Yakult Honsha memainkan peranan utama dalam membagunkan ubat kemoterapi irinotecan (Camptosar, CPT-11).[3]

Fail:Yakult (Yakult Honsha).jpg
Yakult Jepun.
Yakult Malaysia.
4 perisa Yakult dari Singapura.

Selepas pengenalannya di Jepun dan Taiwan, Yakult kemudian mula dijual di Brazil pada tahun 1966, berikutan jumlah pendatang Jepun yang ramai di negara tersebut, sebelum ia dijual di negara-negara lain.[4] Hari ini, Yakult dijual di lebih 31 negara,[5] walaupun kultur bakterianya dibekalkan daripada strain induk dari Jepun tanpa mengira lokasi pengeluaran.

Yakult dijual dalam pelbagai saiz berbeza mengikut negara. Di Australia, Eropah, India, dan Indonesia, Yakult dijual dalam botol 65mL. Di Amerika, Jepun, Filipina, Malaysia dan Korea Selatan (di mana ia dikenali sebagai 야쿠르트), ia dijual dalam botol 80; saiz yang sama turut digunakan untuk pasaran Mexico yang merupakan salah satu pasaran terbesar Yakult. Ia juga boleh didapati di Thailand (di mana ia dikenali sebagai ยาคูลท์), Singapura (di mana ia dikenali sebagai 益多 yì duō dalam Bahasa Mandarin dan 'Yakult' dalam Bahasa Melayu dan Inggeris), Taiwan dan Tanah Besar China (di mana ia dikenali sebagai 養樂多 yǎng lè duō), dan Amerika Syarikat. Ia juga boleh didapati di Hong Kong (di mana ia dikenali sebagai 益力多 yik lik dō) dalam botol 100 ml.[6][7][8]

Produk ini dibuat oleh Yakult Honsha Co., Ltd. (Jepun: 株式会社ヤクルト本社, Hepburn: Kabushiki-gaisha Yakuruto Honsha) (TYO: 2267 ). Syarikat ini turut memiliki pasukan besbol utama Jepun, Tokyo Yakult Swallows.

Ramuan sunting

Yakult biasa (kecuali varian seperti Yakult Light) mengandungi[9]:

  • Gula (sukrosa, dekstrosa) untuk menyeimbangkan rasa masam dengan rasa manis.
  • Susu tepung skim
  • Perisa asli
  • Lactobacillus casei shirota strain hidup, 30 bilion bagi setiap botol 80 mL (pasaran Malaysia)[10]
  • Air

Maklumat pemakanan sunting

Setiap botol 80 ml Yakult Ace bagi pasaran Malaysia mengandungi:[11]

  • Tenaga: 63 kcal
  • Protein: 1.0 g
  • Lemak: 0 g
  • Kolesterol: 0 g
  • Karbohidrat: 14.6 g
  • Jumlah gula: 14.6 g
  • Kalsium: 58.8 mg
  • Niasin: 17.0 mg
  • Vitamin B6: 1.2 mg
  • Vitamin B12: 2.5 µg
  • Vitamin D: 1.0 µg
  • Lebih 30 billion Lactobacillus casei strain Shirota aktif

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "What is the origin of Yakult's name?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-20. Dicapai pada 2010-09-07.
  2. ^ Reta Vortaro - jogurto
  3. ^ "Yakult company profile: Pharmaceutical Division". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-25. Dicapai pada 2010-09-07.
  4. ^ Yakult page in Portuguese
  5. ^ "Yakult Europe - Yakult worldwide". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-05. Dicapai pada 2007-01-16.
  6. ^ "Yakult USA". Dicapai pada 2007-01-16.
  7. ^ "Yakult Australia - What is Yakult?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-01. Dicapai pada 2007-01-16.
  8. ^ "Yakult Taiwan". Dicapai pada 2007-01-16.
  9. ^ "Yakult Australia - Nutritional Information". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-15. Dicapai pada 2007-01-16.
  10. ^ Yakult Malaysia: General - dari laman web rasmi Yakult Malaysia.
  11. ^ FAQs - dari laman web rasmi Yakult Malaysia.

Pautan luar sunting