Yakushi Kabuto (Jepun: 薬師カブト, Hepburn: Kabuto Yakushi) ialah satu watak fiksyen dalam siri anime dan manga Naruto.

Yakushi Kabuto

Latar Belakang sunting

Templat:Spoiler Asal usul Kabuto adalah tidak diketahui. Semasa dia seorang budak, Kabuto dijumpai dalam kalangan mayat musuh selepas pertempuran Kikyo Pass oleh seorang ketua pegawai perubatan dari Pasukan Perubatan Konoha. Pegawai itu membawa Kabuto bersama-samanya ke Konoha dan menganggapnya seperti darah daging sendiri malah mengajarnya jurus perubatan apabila Kabuto lebih besar. Setelah itu, Kabuto menjadi orang bawahan Sasori dari Akatsuki dan dihantar untuk mengintip gerak-geri Orochimaru. Orochimaru menyedari hal ini dan membebaskan Kabuto daripada jurus kawalan minda Sasori. Kabuto kemudiannya bersetuju untuk menjadi pengikut Orochimaru.

Kabuto kini merupakan doktor peribadi, pembantu dan general utama bagi Orochimaru. Dia juga berfungsi sebagai pengintip untuk Orochimaru - Kabuto memainkan peranan asalnya sebagai pengintip Sasori untuk mendapat maklumat berkenaan Akatsuki. Oleh sebab Kabuto merupakan ninja Konoha, dia dapat memperoleh pangkat Genin dan menyertai Ujian Chunin. Motif sebenarnya dalam menyertai ujian tersebut ialah mengumpul data peserta-peserta lain untuk kegunaan Orochimaru. Kabuto yang mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan juga mampu menjalankan eksperimen-eksperimen ke atas badan manusia seperti yang dikehendaki oleh Orochimaru.

Kabuto adalah seorang ninja yang berbakat dan pernah dikatakan sehebat dengan Hatake Kakashi beberapa kali. Dia juga mampu mengalahkan beberapa ahli ANBU dengan mudah. Dengan pengetahuan yang luas tentang anatomi manusia, Kabuto berupaya menghidupkan sel-sel mati dan memanjangkan hayat subjek uji kajinya. Dalam pertarungannya dengan Tsunade, dia mengakui bahawa keupayaan kombat dan kemahiran perubatannya jauh melampaui keupayaan Tsunade pada peringkat umur yang sama.

Kesetiaan sunting

Kesetiaan dan personaliti Kabuto sukar untuk ditentukan kerana dia selalu bertukar daripada seorang remaja yang sopan dan beradab kepada seorang sadis yang zalim. Orochimaru sendiri berasa sukar untuk mengagak fikiran Kabuto; apabila dia mengarahkan Kabuto untuk menculik Uchiha Sasuke, dia berasa was-was sama ada Kabuto akan melaksanakan arahannya atau terus membunuh Sasuke. Walaupun begitu, Orochimaru yakin bahawa Kabuto berdiri di pihaknya.

Kadang kala, Kabuto akan mematuhi suruhan Orochimaru, malah sanggup menyelamatkan nyawanya. Tetapi, Kabuto juga pernah membantu pihak musuh; dialah yang memulihkan kecederaan Hyuga Hinata dan Haruno Sakura. Apabila sedang merawat luka Sakura, Kabuto mengatakan bahawa Akatsuki ialah musuh sebenar. Kabuto nampaknya puas berkhidmat untuk Orochimaru dan selalu meminta tubuh manusia tertentu daripada tuannya untuk membantu kajiannya. Templat:Endspoiler

Sumber-sumber sunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.