Yang Muda Yang Bercinta

Yang Muda Yang Bercinta 2 merupakan sebuah sinetron yang ditayang di TV9 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 5:30 petang. Watak utamanya ialah Alyssa Soebandono dan Christian Sugiono. Sinetron ini menggantikan sinetron Putri number Satu yang telah tamat.

Yang Muda Yang Bercinta 2
FormatSinetron
PenciptaSinemart
Ditulis olehHilman Hariwijaya
PengarahDesiana Larasati
Bobby Moeryawan
Dibintangi oleh
Alyssa Soebandono
Christian Sugiono
Steven William
Michella Putri
Cut Keke
Samuel Rizal
Kevin Julio
Chrisssie Vanessa
Yasmine Wildblood
Anna Pinem
Omaswati
Lagu pembukaanHidup Untukmu Mati Tanpamu, Noah
Lagu penutupHidup Untukmu Mati Tanpamu, Noah
Negara asalIndonesia

Bilangan Episode episod 60

Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Penerbitan
Penerbit eksekutifElly Yanti Noor
PenerbitLeo Sutento
Syarikat penerbitan
Sinemart
Penyiaran
Saluran asalIndonesia RCTI (2013)
Malaysia TV9 (2015)
Siaran asal11 Februari 2013 – 17 Mei 2013

Pelakon sunting

  1. Alyssa Soebandono Sebagai Aliya
  2. Christian Sugiono Sebagai Adit
  3. Mieke Wijaya Sebagai Nenek Pratiwi
  4. Samuel Rizal Sebagai Nathan
  5. Kevin Julio Sebagai Ronzy
  6. Yasmine Wildblood Sebagai Stella
  7. Michella Putri Sebagai Vicky
  8. Steven William Sebagai Justin
  9. Chrisssie Vanessa Sebagai Canthy
  10. Cut Keke Sebagai Juleha
  11. Omaswati Sebagai Ipeh
  12. Ana Pinem Sebagai Anna

Sinopsis sunting

Aliya seorang perempuan yang tomboi, jadi sering membuat ibunya Juleha marah kerana Aliya langsung tidak pernah membuat kerja rumah. Semua sering dilakukan oleh Makciknya Ipeh yang masih belum kahwin dan tinggal bersama mereka. Pada suatu hari ia hampir membahayakan nyawa lelaki yang sedang memandu kerana membuang kertas peperiksaan di tepi jalan sehingga membuatkan Adit terlanggar lalu kereta kesayangannya rosak. Adit marah dengan sikap Aliya yang tidak peduli langsung. Itulah pertemuan pertama Adit dan Aliya. Memang bukan pertemuan yang berkesan positif, cenderung negatif. Tetapi setelah itu, seperti sudah berjodoh mereka sering kebetulan bertemu. Tapi sayang, masing-masing merasakn pertemuan mereka membawa satu sial satu sama lain. Adit tinggal bersama neneknya pratiwi yang terobsesi untuk menikahkan Adit cucu satu-satunya dengan cucu sahabatnya bernama Aliya. Nenek pratiwi ingin menunaikan janjinya. Ia pun mula mencari Aliya melalui foto masa kecil Aliya dan memori saat Aliya masih kecil sering bermain Adit di rumah mereka. Tanpa sengaja nenek Pratiwi bertemu Aliya, ia sangat yakin bahawa Aliya adalah cucu sahabatnya yang dicari-carinya. nenek Pratiwi pun menghampiri Aliya dan langsung meminta Aliya daripada keluarganya. Juleha yang memang ingin sekali mempunyai menantu kaya pun sangat gembira dengan idea tersebut, walaupun ia sama sekali tidak faham cerita nenek Pratiwi. Mereka berdua pun bersemangat untuk mempercepatkan perkahwinan Adit dan Aliya. Padahal Adit sudah mempunyai kekasih stella yang ia sangat sayang. Tetapi Adit belum mempunyai cara untuk memperkenalkan Stella kepada neneknya.

Pautan Luar sunting