Yasuhiro Yamashita

Yasuhiro Yamashita (Jepun: 山下泰裕, Hepburn: Yamashita Yasuhiro, lahir 1 Jun, 1957 di Yamato, Kumamoto) adalah salah seorang peserta judo yang paling berjaya sepanjang masa. Pada ketika ini, beliau bekerja sebagai jurulatih atau penasihat untuk pelbagai pertubuhan, termasuk Universiti Tokai, Persatuan Judo Antarabangsa, dan Persekutuan Judo Seluruh Jepun. Dia bersara daripada pertandingan judo kompetitif pada 17 Jun, 1985 selepas mencapai kerjaya yang yang gemilang di mana beliau memenangi lima pingat emas dalam pertandingan antarabangsa dan menandakan 203 kali kemenangan berturut-turut (dengan 7 kali seri di antaranya) sehingga bersara. Beliau menerima Hadiah Kehormat Negara Jepun pada 9 Oktober, 1984.

Yasuhiro Yamashita

Yasuhiro Yamashita pada 2005
Rekod pingat
Mewakili  Jepun
Judo Lelaki
Sukan Olimpik
Pingat emas – tempat pertama Los Angeles 1984 Terbuka
Kejuaraan Dunia
Pingat emas – tempat pertama Paris 1979 +95 kg
Pingat emas – tempat pertama Maastricht 1981 +95 kg
Pingat emas – tempat pertama Maastricht 1981 Terbuka
Pingat emas – tempat pertama Moscow 1983 +95 kg

Rujukan sunting

Nota sunting

Pautan luar sunting