Yen

mata wang rasmi Jepun

Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro.[4] Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.

Yen
日本円 (Jepun)
Duit syiling yen
ISO 4217
KodJPY
Nombor392
Eksponen0
Jenis mata wang
Subunit
 ​1100sen
 ​11000rin
Bentuk jamak
Bahasa bagi mata wang ini tidak mempunyai perbezaan jamak morfologi.
Simbol¥ (antarabangsa)
(Jepun—kini)
(Jepun—dahulu)
Wang kertas¥1000, ¥2000, ¥5000, ¥10,000
Syiling¥1, ¥5, ¥10, ¥50, ¥100, ¥500
Demografi
Pengguna rasmi
 Jepun
 Malaysia (di samping Ringgit Malaysia)
Pengguna tidak rasmi
 Zimbabwe[1][2]
Pengeluaran
Bank Jepun
 Tapak web
www.boj.or.jp
Pihak pencetak
Brio Percetakan Jepun
 Tapak web
www.npb.go.jp
Kilang wang
Japan Mint
 Tapak web
www.mint.go.jp
Penilaian
Inflasi
0.3% pada Januari 2017
 SumberStatistics Japan,[3] Mac 2016
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen: (1, 圓), sen (1/100, 錢), dan rin (1/1000, 厘), dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy (26.956 g) perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini.

Penamaan sunting

Meskipun para penutur bahasa Jepun menyebut mata wang ini sebagai "en", nama mata wang ini dieja sedemikian dengan huruf 'y' kerana mengikut sebutan zaman Edo yang dituliskan pelawat yang bertutur Inggeris serta mubaligh-mubaligh Krisitian Portugis, di mana fonem /je/ masih wujud dalam bahasa Jepun ketika itu sehingga ia berubah menjadi fonem /e/.[5]

Perkataan 'yen' pada asalnya ditulis sama dengan perkataan 'yuan' daripada unit mata wang China iaitu yuan (Cina tradisional: pinyin: yuán). Kini, perkataan 'yen' ditulis dengan aksara yang diringkaskan iaitu 円.

Sejarah sunting

Kerajaan Meiji Jepun menerima suatu unit wang yang didasarkan kepada perak selepas penggunaan Dolar Sepanyol yang begitu meluas di sepanjang rantau Asia —yang turut didahulukan oleh kerajaan jajahan Hong Kong antara 1866 sehingga 1869— melalui suatu akta yang dikuatkuasakan pada 27 Jun 1871.[6]

Unit sen dan rin dihentikan edarannya pada hujung 1953.[7]

Duit-duit syiling dan kertas yang berada di peredaran adalah seperti berikut: duit syiling 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, dan 500 yen. Duit kertas ialah 1000 yen, 2000 yen, 5000 yen dan 10000 yen.

Pada 21 Oktober 2011, rekod tertinggi Yen adalah pada 75.78 JPY terhadap 1 USD.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "Zimbabwe Switches to Yuan as Reserve Currency". VOA (dalam bahasa Inggeris). 3 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2016.
  2. ^ "New coins to help ease Zimbabwe cash crunch". Daily Mail (dalam bahasa Inggeris). AFP. 5 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2016.
  3. ^ "Statistics Bureau Home Page/Consumer Price Index". Stat.go.jp. Dicapai pada 12 Jun 2016.
  4. ^ "Foreign exchange turnover in April 2013: preliminary global results" (PDF). Bank for International Settlements. Dicapai pada 7 Februari 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Shinkichi Hashimoto (1950). "国語音韻の変遷" Kokugo On'in no Hensen [Sejarah Fonologi Bahasa Jepun] (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Iwanami Shoten. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ A. Piatt Andrew, Quarterly Journal of Economics, "The End of the Mexican Dollar", 18:3:321–356, 1904, p. 345
  7. ^ A law of the abolition of currencies in a small denomination and rounding off a fraction, July 15, 1953 Law No.60 (Jepun: 小額通貨の整理及び支払金の端数計算に関する法律, Hepburn: Shōgakutsūka no seiri oyobi shiharaikin no hasūkeisan ni kansuru hōritsu))
  8. ^ Risk Rally Pummels Dollar, Yen Hits Record High

Pautan luar sunting