Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii (lahir 20 Mei 1998) merupakan seorang rapper, penulis lagu dan penerbit rakaman lelaki Malaysia.[1] Yonnyboii memulakan kerjaya muziknya pada usia remaja dengan melancarkan pita adunan pertamanya pada 2016. Beliau kemudian memuat naik videonya di YouTube dan meraih kejayaan. Pada tahun 2019, beliau melancarkan single sulungnya, "Takut" bersama Caprice.[2][3]

Yonnyboii
Kelahiran
Muhammad Haqeem Nuriman bin Nor Azrin

(1998-05-20) 20 Mei 1998 (umur 25)
PasanganNik Nazirah Nik Narriman (k. 2021)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
Genre
Pekerjaan
  • Rapper
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Zynakal, Caprice, Ismail Izzani, Shalma Eliana

Kerjaya sunting

Kolaborasi beliau bersama Zynakal pada 2019, "Sakit" meraih 37 juta tontonan di YouTube.[4] "Sakit" telah menduduki #1 di carta RIM ‘Single Paling Distrim di Malaysia’ selama 14 minggu, sekaligus melancarkan kerjaya Yonnyboii di media arus perdana.[5] Sebagai penerbit rakaman, Yonnyboii bekerjasama dengan Siti Sarah menerusi single terbaharu, "Dap Dap Dap".[6] Pada 3 April 2020, Yonnyboii melancarkan single terbaharunya, ‘Salahku’, yang meraih 300k tontonan YouTube dalam tempoh seminggu selepas ia dilancarkan. Yonnyboii juga muncul dalam lagu lain, termasuk lagu Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir "X Missing You" bersama Tuju K-Clique.[7] Semasa pandemik COVID-19, Universal Music Malaysia melancarkan single kolaborasi, "#JANGANKELUAR" menampilkan 17 artis tempatan Malaysia sebagai sokongan kepada perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan Malaysia.[8] Lagu tersebut ditulis dan diterbitkan oleh Yonnyboii sendiri.[9] Pada Julai 2020, Yonnyboii melancarkan lagu baru bersama Azlan & The Typewriter bertajuk "Kelabu" sambil mempromosikan kempen antibuli yang disertai oleh 30 orang pendorong yang lain.[10] Pada 18 Disember 2020, Yonnyboii melancarkan EP sulungnya, Yonny yang memuatkan sebanyak 9 lagu.[11]

Kehidupan peribadi sunting

Yonnyboii dilahirkan di Hospital Kajang, Selangor dan dibesarkan di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pendidikan dalam bidang animasi, pernah berkerja di pejabat sebagai pelukis grafik dan berkerja separuh masa di FamilyMart sebelum meneruskan minat beliau dalam bidang muzik. Beliau telah mula menulis lagu semenjak dari umur 13 tahun.[3] Dalam temuramah bersama mStar Online pada 4 April 2020, Yonnyboii mendedahkan beliau tidak mempunyai ramai kawan sambil menyifatkan suka menyendiri dan mudah cepat marah.[12] Yonnyboii mendedahkan dalam temuramah bersama Kosmo! bahawa beliau pernah menjadi mangsa kepada buli semasa zaman kanak-kanak seawal umur enam tahun hanya kerana berkelakuan pelik dan berbeza daripada orang lain kerana ADHD, mempunyai parut di kepala disebabkan kemalangan pada usia 12 tahun di mana semua faktor tersebut menyebabkan beliau menghidapi penyakit depresi.[13]

Beliau berkahwin dengan Nik Nazirah Nik Narriman pada 20 November 2021.[14]

Kontroversi sunting

Kolaborasi kedua antara Yonnyboii dan Zynakal bertajuk "Cemburu" telah dituduh sebagai plagiat kerana menggunakan ciptaan pelukis lain sebagai single cover mereka yang mana akhirnya telah diganti setelah diminta oleh pelukis asal.[15]

Diskografi sunting

EP sunting

Single sunting

  • "Takut" ft. Caprice (2019)
  • "Ikan dan Bulan" ft. Yung Uber, Aksai (2019)
  • "Lagi" (2019)
  • "Lupa" ft. Against Mel (2019)
  • "Pelik" (2019)
  • "AKU" ft. Ismail Izzani (2019)
  • "SAYANG" ft. A4 (2019)
  • "Sakit" ft. Zynakal (2019)
  • "Cemburu" ft. Zynakal (2019)
  • "Iman" (2019)
  • "SALAHKU" (2020)
  • "Biar" (2020)
  • "Boleh" ft. MeerFly (2020)
  • "#jangankeluar" ft. UMM's 16 various artists (2020)
  • "Kelabu" ft. Azlan The Typewriter (2020)
  • "3 Kucing" bersama Ariff Bahran, Adam E (2020)
  • "X Missing You" bersama Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju (2020)
  • "Tujuan" (2020)
  • "Aku Itu Aku" (2020)
  • "Boleh Bla" (2020)
  • "Playaz" bersama Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Benzooloo, B-Heart, DJ T-Bone (2020)
  • "SALAHKU 3.0" (2020)
  • "Bayang" (2020)
  • "Rap Der Raya" bersama Luca Sikta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma, Asyraf Nasir (2021)
  • "Orang Lain (Def Jam Malaysia remix)" bersama A. Nayaka, Joe Flizzow, SonaOne, YHB Sleepsalot, Airliftz, SYA, SENNA, Zynakal (2021)
  • "Malaysia di Hatiku" bersama Luca Sickta, Kmy Kmo, Tabby DOLLA (2021)
  • "Tak Sangka" bersama Zynakal, Asyraf Nasir (2021)
  • "Dua Puluh" bersama Benzooloo, Siqma, Juki, B-Heart, Ical Mosh, Kmy Kmo, Luca Sickta (2021)
  • "Tak Sangka (SeaTravel Remix)" bersama Zynakal, Asyraf Nasir (2021)
  • "Kecewa" (2022)
  • "Take Me Back" ft. Zack Tabudlo (2022)
  • "Temaniku" (2022) yang turut merupakan OST untuk Mechamato Movie
  • "BAG" bersama Nikira (Nik Nazirah) (2022)
  • "Sudi" bersama DOLLA (2022)
  • "Sengkek" ft. Alyph (2023)
  • Flash & Dash ft. Guccismith(2023)

Lagu ciptaan sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Zynakal) Tercalon
2021 Anugerah Juara Lagu ke-36 Peserta Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ GP, Mustazah. "Biodata Penyanyi Yonnyboii (Yonny Boii)". iluminasi.com. Dicapai pada 22 June 2020.
  2. ^ "Yonnyboii". Spotify. 21 November 2020.
  3. ^ a b "The New Kid On The Block". theSundaily. 21 November 2020.
  4. ^ "SAKIT - Zynakal ft. Yonnyboii". YouTube. 21 November 2020.
  5. ^ "Karya Yonny semakin menyerlah". My Metro. Dicapai pada 21 November 2020.
  6. ^ "#Showbiz: Out of Siti Sarah's comfort zone". NewStraitsTimes. Dicapai pada 21 November 2020.
  7. ^ Dennis, Chua. "#Showbiz: 'X Missing You' marks 1st collaboration of Dayang & Faizal Tahir". nst.com.my.
  8. ^ "#JANGANKELUAR delivers important message". yahoo!finance. Dicapai pada 21 November 2020.
  9. ^ Sathiabalan, Indra. "Song for staying in". thesundaily.my. Dicapai pada 22 June 2020.
  10. ^ "Terbuka hati kolaborasi bersama penyanyi BBNU". BH Online. Dicapai pada 21 November 2020.
  11. ^ Juliana Johar (21 Disember 2020). "Yonnyboii ajak peminat kenali dirinya menerusi album Yonny". mStar Online. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  12. ^ "Saya tak ramai kawan, suka menyendiri dan cepat marah" - Yonnyboii mStar Online. 4 April 2020. Dicapai pada 1 September 2020.
  13. ^ "Budak depresi jadi penyanyi". kosmo. 21 November 2020.
  14. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (26 November 2021). "Yonnyboii, Nik Nazirah selamat bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  15. ^ "Guna Karya Artis Lain Tanpa Izin, Rekaan 'Single' Rapper Ini Pula Cetus Kontroversi". thevocket. Dicapai pada 21 November 2020.

Pautan luar sunting