Bagi kelab malam Yoshiwara dalam filem Fritz Lang (1927), sila lihat Metropolis.

Yoshiwara (吉原) yang bererti "Padang Nasib Baik", ialah sebuah daerah Akasen (daerah lampu merah) yang terkenal di Edo (kini Tokyo), Jepun.

Pelacur-pelacur yang dipamerkan di Yoshiwara semasa Zaman Edo

Pada awal abad ke-17, tersebar pelacuran lelaki dan perempuan di seluruh bandar-bandar seperti Kyoto, Edo dan Osaka. Untuk mengatasi masalah ini, arahan oleh Tokugawa Hidetada pemerintah Keshogunan Tokugawa menghadkan pelacuran ke daerah bandar yang telah ditetapkan. Daerah-daerah ini ialah Shimabara bagi Kyoto (1640[1]), Shinmachi bagi Osaka (16241644[1]) dan Yoshiwara bagi Edo (1617[1]). Alasan utama penubuhan bandar-bandar tanpa malam ini ialah cubaan kesyogunan Tokugawa untuk menghalang golongan yang semakin kaya-raya chōnin (orang bandar) daripada terlibat dalam rancangan politik jahat[1].

Sejarah sunting

Lihat juga: Pelacuran di Jepun

 
Tokyo Yoshiwara, antique postcard

Yoshiwara dibina di dalam bandar Edo, terletak berhampiran dengan apa yang dikenali pada hari ini sebagai Nihonbashi, berdekatan dengan permulaan Tokaido yang sibuk itu yang mengarah ke barat Kyoto di barat Jepun. Pada tahun 1656, disebabkan keperluan terhadap ruang kerana perkembangan bandar itu, kerajaan mengambil keputusan untuk menempatkan semula Yoshiwara, dan perancangan-perancangan dibuat untuk memindahkan daerah tersebut ke lokasinya sekarang di utara Asakusa di pinggir bandar tersebut.

Ironiknya, daerah Yoshiwara yang lama musnah terbakar dalam Kebakaran Meireki (1657); ia dibina semula di lokasi baru dan dinamakan Shin Yoshiwara (Yoshiwara baru), lokasi lama dinamakan Moto Yoshiwara (Yoshiwara asal); akhirnya perkataan "shin" dibuang, dan daerah baru itu hanya dikenali sebagai Yoshiwara.[2]

Yoshiwara pernah menempatkan pelacur-pelacur seramai 1750 orang pada tahun 1700-an, dengan rekod seramai 3000 orang dari seluruh Jepun pada satu masa. Kawasan itu didiami lebih 9000 orang wanita, ramai antara mereka yang menghidap penyakit kelamin pada tahun 1893.[3] Wanita-wanita ini kerap kali dijual ke rumah pelacuran oleh ibu bapa mereka pada usia 7 hingga 12 tahun. Sekiranya anak-anak gadis itu bernasib baik, dia dapat menjadi perantis bagi pelacur kelas atasan yang berpangkat tinggi. Apabila seorang gadis itu cukup tua dan berjaya menamatkan latihannya, dia sendiri dapat menjadi gundik dan berusaha untuk naik pangkat. Gadis-gadis itu kerap kali mempunyai kontrak dengan rumah pelacuran untuk 5 atau 10 tahun sahaja, tetapi hutang yang besar selalu mengikat mereka di rumah pelacuran seumur hidup mereka. Terdapat sedikit cara bagi gadis itu untuk mebebaskan diri daripada cengkaman rumah pelacuran disebabkan semua hutangnya.

 
Filem ini yang berlatarkan Kyoto mencipta semula rupa daerah lampu merah seperti Yoshiwara.

Satu jalan keluar daripada Yoshiwara adalah dengan seorang lelaki kaya membeli kontraknya daripada rumah pelacuran dan menyimpannya sebagai perempuan simpanan persendiriannya. Cara lain ialah sekiranya dia berjaya dan cukup bijak sehinggakan dia mampu membayar untuk kebebasan dirinya sendiri. Bagaimana pun, perkara ini amat jarang berlaku.

Kelas masyarakat tidak begitu dibahagi-bahagikan secara ketat di Yoshiwara. Seorang rakyat bawahan yang mempunyai wang cukup layak dilayan setaraf dengan samurai. Walaupun samurai tidak digalakkan untuk memasuki kawasan Yoshiwara, bagaimana pun mereka kerap kali berbuat demikian. Mereka hanya dikehendaki meninggalkan senjata mereka di pintu masuk pekan tersebut. Juga ditetapkan oleh undang-undang, pemilik rumah pelacuran hanya dibenarkan bermalam selama sehari dan semalam pada satu-satu masa.

Yoshiwara juga menjadi kawasan komersial yang kukuh. Fesyen-fesyen di pekan tersebut sering kali berubah, mencipta permintaan besar terhadap golongan pedagang dan artisan. Secara tradisi, pelacur-pelacur dikehendaki memakai hanya jubah biru yang ringkas, tetapi perkara ini jarang dikuatkuasakan. Pelacur-pelacur berpangkat tinggi sering kali berpakaian menurut fesyen terulung pada waktu itu, dengan kimono sutera yang berwarna-warni dan terang serta hiasan kepala yang mahal dan halus buatannya. Fesyen amat penting di Yoshiwara sehinggakan ia sering kali menentukan trend fesyen bagi seluruh Jepun.

Kawasan itu musnah dalam kebakaran besar pada tahun 1913, dan kemudiannya hampir disapu bersih oleh satu gempa bumi pada tahun 1923. Perniagaan di situ kekal berjalan sehinggalah pelacuran dihapuskan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1958 selepas Perang Dunia Kedua.

Edo kini dikenali sebagai bandaraya Tokyo dan pelacuran dikatakan perkara yang menyalahi undang-undang, walaupun perkara yang sepatutnya salah ini disempurnakan dengan guna pakai takrifan istilah itu yang lebih tegas (sebagai contoh, takrif "pelacuran" bagi beberapa sebab tidak meliputi "perjanjian peribadi" yang dicapai antara seorang wanita dan lelaki di rumah pelacuran). Kawasan yang dikenali sebagai Yoshiwara, berhampiran stesen Minowa pada Hibiya Line, kini dikenali sebagai Senzoku Yon-chō-me dan masih mengekalkan sejumlah besar soapland dan façades lain bagi khidmat seks.

Orang dan perkhidmatan sunting

Orang yang terlibat dalam mizu shōbai (Jepun: 水商売) ("perniagaan air"[4]) termasuklah hōkan (pelawak), pelakon kabuki, penari, dandi, peraih, gadis kedai teh, pelukis, gundik-gundik yang mendiami seirō (green house) dan geisha di rumah okiya mereka.

Kumpulan gundik terdiri daripada yūjo (pelacur), kamuro (pelatih baru), shinzō (pelatih lama), hashi-jōro (gundik pangkat rendah), kōshi-jōro (gundik pangkat tinggi di bawah tayū), tayū (gundik pangkat tinggi), oiran ("penumbang istana kota", dinamakan sebegitu bagi bagaimana pantas mereka dapat memisahkan seorang daimyo daripada wangnya), yarite (chaperone yang lebih tua bagi seorang oiran) dan yobidashi yang menggantikan tayū apabila mereka pergi menjual harga di pasar.

Yoshiwara pada hari ini sunting

 
Lintasan utama Yoshiwara Koban pada 2006. Kedai perdagangan seks membarisi kedua-dua sisi jalan raya.

Pada hari ini, Yoshiwara lebih kurang sepadan kawasannya dengan Chōme Senzoku 4 Taitō-ku, Tokyo. Pertama kali pandang, Yoshiwara kini kelihatan sangat mirip dengan banyak kawasan kejiranan di Tokyo moden. Sungguhpun demikian, ia masih mengekalkan warisannya dari masa lampau dan mempunyai banyak kedai yang terlibat dalam perdagangan seks. Pola grid jalan raya dan kuil dari masa dahulu masih wujud.[5]

Catatan sunting

  1. ^ a b c d Avery, Anne Louise. Flowers of the Floating World: Geisha and Courtesans in Japanese Prints and Photographs, 1772–1926 [Exhibition Catalogue] (Sanders of Oxford & Mayfield Press: Oxford, 2006)
  2. ^ Cecilia Segawa Seigle, Amy Reigle Newland, et al., A Courtesan's Day: Hour by Hour (Hotei, Amsterdam, 2004), pp. 9-11
  3. ^ De Becker, J. E. The Nightless City, or The History of the Yoshiwara Yūkaku, (Charles E. Tuttle, Tokyo, 1971), p. 360.
  4. ^ Dalby, Liza. Geisha (London: Vintage, 2000)
  5. ^ Waley, P. pp. 201–211.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting