Yukio Edano (枝野幸男) ialah ahli politik Jepun serta ahli dalam Dewan Perwakilan Jepun. Beliau ialah pengasas dan ketua bagi Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun sejak penubuhannya pada Oktober 2017.[1] Beliau kini ialah ketua pembangkang dalam kerajaan Jepun.

Yukio Edano
枝野 幸男
Ketua Pembangkang
Memegang jawatan
23 Oktober 2017
RajaAkihito
Naruhito
Perdana MenteriShinzō Abe
Didahului olehSeiji Maehara
Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Dalam jawatan
12 September 2011 – 26 Disember 2012
Perdana MenteriYoshihiko Noda
Didahului olehYoshio Hachiro
Digantikan olehToshimitsu Motegi
Ketua Setiausaha Kabinet
Dalam jawatan
4 Januari 2011 – 2 September 2011
Perdana MenteriNaoto Kan
Didahului olehYoshito Sengoku
Digantikan olehOsamu Fujimura
Menteri Hal Ehwal Okinawa dan Wilayah Utara
Dalam jawatan
14 January 2011 – 2 September 2011
Perdana MenteriNaoto Kan
Didahului olehSumio Mabuchi
Digantikan olehTatsuo Kawabata
Menteri Luar Negeri
Pemangku
Dalam jawatan
7 Mac 2011 – 9 Mac 2011
Perdana MenteriNaoto Kan
Didahului olehSeiji Maehara
Digantikan olehTakeaki Matsumoto
Menteri Hal Ehwal Okinawa dan Wilayah Utara
Dalam jawatan
10 Februari 2010 – 8 Jun 2010
Perdana MenteriYukio Hatoyama
Didahului olehYoshito Sengoku
Digantikan olehRenhō
Ahli Dewan Perwakilan
Memegang jawatan
19 Julai 1993
Kawasan pilihan raya
  • Kelima Saitama (2000–kini)
  • Blok Kita-Kantō (1996–2000)
  • Kelima Saitama (1993–1996)
Ketua Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun
Memegang jawatan
2 Oktober 2017
Didahului olehJawatan diasaskan
Butiran peribadi
Lahir (1964-05-31) 31 Mei 1964 (umur 59)
Utsunomiya, Jepun
Parti politikParti Demokratik Berperlembagaan Jepun
Sekutu gabungan
politik lain
JNP (1992–1994)
NFP (1994–1998)
DPJ (1998–2016, bergabung)
DP (2016–2017, berpecah)
Anak-anak2
Alma materUniversiti Tohoku
Laman web rasmiwww.edano.gr.jp

Beliau pernah menjadi Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri serta pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet dalam kabinet Parti Demokratik Jepun pada tahun 2010 hingga 2012.

Selain itu, beliau juga memiliki pengiktirafan sebagai seorang peguam dengan nombor pendaftaran 22259.[2]

Kehidupan awal sunting

Edano dilahirkan di bandar Utsunomiya, Tochigi pada 31 Mei 1964 dalam keluarga salaryman. Nama beliau diambil sempena nama seorang lagi ahli politik Jepun, Yukio Ozaki yang diminati oleh ayahnya. Asal-usul nama ini mempengaruhi Edano untuk menjadi ahli politik.

Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Tohoku dengan ijazah perundangan dan lulus peperiksaan peguam Jepun pada umur 24 tahun. Kemudian, beliau bekerja di sebuah firma guaman di Tokyo

Kerjaya politik sunting

Pada 1993, beliau menyertai Parti Baharu Jepun yang diketuai Morihito Hosokawa dan menang salah satu kerusi di daerah kelima Saitama pada pilihan raya umum Jepun pada masa itu. Beliau menyertai Parti Demokratik Jepun lama ketika saat penubuhannya pada 1996.

Beliau memasuki Parti Demokratik Jepun baharu pada April 1998 dan menjadi naib presiden pertama dalam Jawatankuasa Kajian Dasar.

Edano memenangi pilihan raya Dewan Perwakilan pada Ogos 2009, malah parti yang disertainya menang pilihan raya tersebut dan membentuk kerajaan dengan Yukio Hatoyama sebagai Perdana Menteri. Ketika pembentukan kabinet Hatoyama, Edano dijangka untuk dilantik sebagai seorang menteri,[3] tetapi tidak berjaya. Pada Mac 2010, beliau dilantik sebagai ketua setiausaha partinya selama beberapa bulan sebelum digantikan dengan Katsuya Okada.

Ketua Setiausaha Kabinet sunting

Pada Januari 2011, Edano dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet dan menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri Jepun pada sementara waktu pada Mac 2011.

Ketika insiden gempa bumi dan tsunami Tōhoku berlaku pada 11 Mac 2011, beliau giat bertugas sebagai jurucakap, terutamanya berkaitan dengan insiden nuklear Fukushima I. Kebolehan Edano untuk menyalurkan maklumat tanpa persembunyian disamakan oleh pihak media luar dengan Jack Bauer dari siri televisyen 24 disebabkan oleh penyampaiannya yang bertenaga.[4] Malahan, kemunculannya yang begitu kerap dalam media menyebabkan dirinya mendapat perhatian warganet yang risau akan keadaan kesihatannya.[5]

Pada 2 September 2011, kabinet Noda Yoshihiko dibentuk dan Edano tidak lagi menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kabinet.

Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun sunting

Pada 2 Oktober 2017, beliau mengasaskan Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun dan menjadi pengerusi parti tersebut, tiga bulan sebelum pilihan raya umum Jepun yang seterusnya.[6] Sungguhpun begitu, parti ini menjalankan kempen dengan efektif serta banyak memanfaatkan media sosial.[7][8] Hal ini menyebabkan partinya menjadi parti kedua terbesar dalam Diet Jepun selepas pilihan raya, membolehkan beliau untuk menjadi Ketua Pembangkang Jepun hingga kini.

Rujukan sunting

  1. ^ "Edano's new liberal party to field more than 50 candidates in Lower House election" (dalam bahasa Inggeris). 4 Oktober 2017 – melalui Japan Times Online.
  2. ^ "弁護士をさがす". Japan Federation of Bar Associations (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2 November 2019.
  3. ^ "閣僚人事、川端、原口氏有力に 枝野氏も入閣の方向". 47NEWS (dalam bahasa Jepun). 10 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2009.
  4. ^ "Japan earthquake: Yukio Edano, the 'Jack Bauer' of the crisis". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). 15 Mac 2011. Dicapai pada 3 November 2019.
  5. ^ "Tireless Edano Earns Twitter Respect". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). 14 Mac 2011.
  6. ^ "2017 Lower House Election / Edano announces launch of new party of liberals". Yomiuri Shimbun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-02. Dicapai pada 2019-11-03.
  7. ^ Martin, Alex; Kikuchi, Daisuke (22 October 2017). "Top opposition forces see contrasting fates after poll". Japan Times. Dicapai pada 13 December 2017.
  8. ^ Penn, Michael (3 November 2017). "The Reversal of Fortune". Shingetsu News Agency. Dicapai pada 18 December 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar sunting