Yusof Kelana

Pengarah filem Malaysia

Yusof Kelana (lahir Omar bin Kamarudin; 27 April 1954 – 15 Ogos 2020) merupakan seorang pengarah filem Malaysia dan pemilik syarikat penerbitan, M. E. Communications. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan pelakon dan pengarah, Datuk Yusof Haslam sebagai rakan karib dan kolaborator filem.[1]

Yusof Kelana
Kelahiran
Omar bin Kamarudin

(1954-04-27)27 April 1954
Meninggal dunia15 Ogos 2020(2020-08-15) (umur 66)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKanser kulit tahap empat
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Klang Gate
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis skrip
Tahun aktif1974–2020
PasanganMyna Abdul Malik
Anak-anak3

Filemografi sunting

Pengarah sunting

Penulis sunting

Penerbit sunting

Kesihatan dan kematian sunting

Tanda-tanda awal beliau mengidap kanser ialah selepas mengalami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki. Pada awalnya dia menyangka dirinya hanya menghidapi penyakit kencing manis. Sebelum menerima rawatan pakar, beliau sudah beberapa kali pergi ke klinik dan farmasi untuk mengubati luka tersebut namun tidak berjaya. Beliau disahkan mengidap kanser kulit tahap empat Julai lalu.[6]

Beliau meninggal dunia pada 15 Ogos 2020 akibat kanser kulit tahap empat yang sudah merebak ke bahagian otak di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Jenazah Yusof dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zohor. Beliau meninggalkan balu, Myna Abdul Malik dan tiga cahaya mata perempuan. Suzana, Nur Yusnani dan Nur Azzrena.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Metra Syahril Mohamed (12 Mei 2009). Persamaan hidup dua Yusof Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  2. ^ "MX3 filem terbaru Yusof Kelana". Utusan Malaysia. 21 Mac 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 3 Februari 2018. Selepas berehat panjang daripada mengarah filem, Yusof Kelana bangun semula dengan filem terbaru arahannya, MX3. Seperti kelaziman beberapa syarikat filem lain dan senario pasaran kini, pendekatan yang diambil adalah bercorak komedi penyiasatan.
  3. ^ "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  4. ^ Khadijah Ibrahim (2 Jun 2005). "Pontianak Menjerit - Apa menariknya?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  5. ^ Kemalia Othman (1 Mei 2014). "'Bahaya Cinta' Papar Sejarah Pelarian Vietnam". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-21. Dicapai pada 20 Julai 2014.
  6. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (7 Julai 2020). Yusof derita kanser kulit tahap empat Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
  7. ^ Nadia Azam (15 Ogos 2020). Yusof Kelana meninggal dunia Malaysiakini. Dicapai pada 24 Ogos 2020.

Pautan luar sunting