Zairaini Sarbini

Pelakon suara Malaysia

Zairaini Sarbini (1 November 1972 – 9 Ogos 2021) ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam pengalihan suara ke dalam Bahasa Melayu untuk kartun, anime, filem asing dan rancangan TV yang kebanyakannya disiarkan di saluran Astro Ceria. Beliau juga merupakan ibu saudara kepada pelakon suara bernama Arfalie Fikrie Razali yang menjadi pengalih suara Shin-chan.[1] Zairani dahulunya bekerja di Filem Karya Nusa.

Zairaini Sarbini
Kelahiran(1972-11-01)1 November 1972
Meninggal dunia9 Ogos 2021(2021-08-09) (umur 48)
Sebab kematianKanser serviks
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor
PekerjaanPelakon suara
Tahun aktif1991–2021

Kerjaya Alih Suara sunting

Buat sulung kalinya Zairaini mula menjadi pelakon suara di panggung Bukit Kepong pada 1991. Zairani mengatakan bahawa beliau merasa sedikit gemuruh semasa kali pertama dia mengalih suara. Pada tahun 2008, beliau telah meninggalkan Filem Karya Nusa dan mula bekerja di studio lain.

Peranan sunting

Lakonon Hidup Filem sunting

  • The Chronicles of Naria: The Lion, The Witch and the Wardrobe
  • The Pacifier - Zoe Plummer (Brittany Snow), Lulu Plummer (Morgan York)

Lakonon Hidup Televisyen sunting

Anime sunting

Animasi Televisyen sunting

  • Danny Phantom - Danny Fenton, Valerie Gray (1 episod), Penelope Spectra (1 episod) (2006-2008)
  • Totally Spies - Samantha "Sam" Simpson
  • Phineas and Ferb - Candace Flynn, Puteri Baldegunde, Stacy Hirano (1 episod), Vanessa Doofenshmirtz (Sebelas episod) (2008 - kini)
  • Spongebob Squarepants - Sandy Cheeks, Karen
  • The Garfield Show - Dr. Liz Wilson
  • Bananas in Pyjamas - Lulu
  • Avatar: The Last Airbender - Katara
  • Chalkzone - Rudy Tabootie, Queen Rapsheeba, Nurse Jenny, Spyfly, Penyiar Cuaca
  • My Friend Rabbit - Hazel, Edweena, Amber Gibble, Coral Gibble, Jade Gibble
  • We Kids are Powerful (我们小孩有力量) - Xiao Mao, Ai Mei
  • Code Lyoko - Odd
  • Recess (Siri TV) - Ashley Armbruster

Filem Anime sunting

  • King of Thorn - Kasumi Ishiki

Filem Animasi sunting

Kematian sunting

Zairaini meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 pukul 3.30 petang di kediamannya di Damansara Damai kerana kanser serviks.[1]

Menurut suami Zairaini, keadaan isterinya semakin merosot seminggu lalu sebelum meninggal dunia dan tidak sempat menjalani kemoterapi di Institut Kanser Negara.

Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor.

Rujukan sunting