Tun Zaki bin Tun Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dari 21 Oktober 2008 hingga 9 September 2011. Sebelum ini beliau merupakan Presiden Mahkamah Rayuan. Beliau merupakan hakim pertama di Malaysia dilantik terus ke Mahkamah Persekutuan. Beliau merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed.[1]

Yang Amat Berbahagia Tun

Zaki Azmi

SSM, PSM, PJN; SPMK (Kelantan); SPCM (Perak); SSDK (Kedah); DGSM (Melaka); DSMT (Terengganu); DSDK (Kedah); JSM, KMN
Ketua Hakim
Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai
Memegang jawatan
14 November 2018
Didahului olehMicheal Hwang
Dicalonkan olehTun Abdullah Ahmad Badawi
Dilantik olehTuanku Mizan Zainal Abidin
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-6
Dalam jawatan
21 Oktober 2008 – 9 September 2011
Didahului olehTun Abdul Hamid Mohamad
Digantikan olehTun Arifin Zakaria
Butiran peribadi
Lahir (1945-09-12) 12 September 1945 (umur 78)
Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pasangan
  • Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain
  • Nor Hayati Yahaya (cerai)
Anak-anak7 (termasuk
  • Dzofrain Azmi
  • Razif Azmi
  • Azri Azmi
  • Azfar Azmi)
BapaMohamed Azmi Mohamed
PekerjaanBarister

Majlis Raja-Raja Melayu atas nasihat Perdana Menteri Malaysia mencalonkan beliau mengantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara pada 17 Oktober 2008. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, berkuatkuasa hari Sabtu, 18 Oktober 2008. Beliau merupakan hakim terkanan dalam badan kehakiman selepas dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Buat masa ini, Tan Sri Zaki akan memegang jawatan Ketua Hakim Negara selama 3 tahun ( umurnya kini 63 tahun ) kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan. Selepas bersara (66) beliau diganti oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria.

Latar belakang sunting

Tun Zaki dilahirkan pada 12 Sept 1945 di Alor Setar, Kedah. Beliau belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid , Alor Star, Sekolah Menengah Anderson Ipoh dan English College (kini) Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan undang-undang di Lincoln's Inn, London dan Barrister-at-Law pada 1969. Beliau merupakan anak bekas Ketua Hakim Negara (1966-1974), Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed .Beliau berkahwin dengan Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain dan mempunyai 4 anak perempuan dan 3 orang anak lelaki.

Kerjaya Awal sunting

Bekerja di Jabatan Peguam Negara dari Disember 1969-1970. Kemudian menjadi majistret di Kuala Lumpur pada 1970 . 1971 menjadi Presiden Mahkamah Sesyen di Ipoh.

Pada 1973, beliau dilantik sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Penggubalan dan pada 1976, dilantik Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada 3 Februari 1997 menunjukkan Tan Sri Zaki menjadi rakan kongsi firma guaman Shahrizat Rashid & Lee. Rashid & Lee adalah penasihat guaman kepada syarikat Renong dan CEOnya Tan Sri Halim Saad.

Berpengalaman menjadi Panel Skim Projek Rumah Terbengkalai dan Panel Sukan Negara, Panel Penasihat Majlis Sukan Negara dan Pemegang Amanah Yayasan SP Setia. [2]

Kontroversi sunting

Lembaga Disiplin UMNO sunting

Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai salah seorang Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis tahun 2004. Beliau juga menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Seterusnya sebagai Panel Rayuan Disiplin UMNO.

Naik mendadak sunting

Baru pada 5 September 2007, Tan Sri Zaki Azmi dilantik ke Mahkamah Persekutuan dan dan dua bulan kemudian dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Proses ini dikira terlalu mendadak.

Pada 21 Oktober 2008 , Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul membincangkan kedudukan Tan Sri Zaki Azmi. Ini kerana menyalahi Peraturan 36(8) yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat hakim dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Usul dibawa oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) . Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan juga membincangkan kelakuan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincang dalam mana-mana Parlimen kecuali di atas satu usul iaitu notis telah diberi oleh tidak kurang daripada satu per empat jumlah bilangan ahli majlis Parlimen itu.[3]

Isteri kedua sunting

Beliau bernikah dengan Isteri kedua beliau Nor Hayati Yahaya (32) oleh kadi di Thailand. [4] Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana perkahwinan mereka di Thailand tidak menepati undang-undang syariah di Malaysia. Sijil perkahwinan mereka telah dimusnah bagi mengelakkan dari diketahui isteri pertama.(NST, 5 Ogos 2005)

Pernah beri rasuah sunting

Pada 8 November 2008 dalam New Straits Times, Zaki mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987 [5], [6] tetapi menarik balik pengakuan itu selepas menyedari implikasinya. Dua bekas hakim telah memberi rasuah. Dua fail pelanggannya juga didapati hilang.[7] Ketika itu beliau merupakan peguam biasa sahaja. Apabila beliau mengadu kepada ketua pendaftar, beliau telah disenaraihitamkan. [8]

Pada 13 November 2008, Karpal Singh mendesak Dewan Rakyat membahaskan kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara itu. Karpal juga membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Pengakuan terbuka ini menjejaskan kredibilitinya sebagai Ketua Hakim Negara .Badan Pencegah Rasuah (BPR) hendaklah menyiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 .Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Karpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.Peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri. [9]

Kes perbicaraan sunting

Pada 16 Oktober 2008, Presiden Mahkamah Rayuan , Tan Sri Zaki Azmi melepaskan bekas pengawal keselamatan Mohd. Abbas Danus Baksan (52) daripada hukuman mati kerana wujud pihak ketiga dalam pembunuhan mangsa. Tan Sri Azmi , Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamad bagaimanapun sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 24 kali terhadapnya atas kesalahan merogol Nurul Huda antara pukul 9.20 pagi dan 1 petang, 17 Januari 2004, di pondok pengawal pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, dekat Johor Bahru, Johor. [10]Kehadiran pihak ketiga itu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan kesan air mani pada sehelai tikar yang dijumpai di luar pondok pengawal itu.

Perubahan sistem kehakiman sunting

Selama 4 tahun sebagai Ketua Hakim Negara, akhirnya beliau pencen pada usia 66 tahun pada 12 September 2011.

Beliau berjaya mengurangkan kes-kes tertangguh di semua peringkat yang telah mempercepatkan sistem pengadilan.Kini kes tetunggak hanya 9,700 kes sahaja[11]. Antaranya sistem teknologi berkomputer , rakaman audio visual di mahkamah, sistem rakaman dan transkripsi mahkamah (CRT) serta sistem e-filing .Selain itu, penubuhan Mahkamah Dagang baru dan Mahkamah Khas Rasuah.Laporan Bank Dunia "Malaysia Court Backlog and Delay Reduction Programme" jelas memuji tranformasi itu.[12] [13][14]

Kaedah 'plea bargaining' atau rundingan bagi pengakuan bersalah untuk mengurangkan pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh sesuatu kesalahan jenayah turut diperkenalkan.Kaedah itu hanya untuk pesalah kali pertama dan dilakukan secara sukarela. Orang kena tuduh (OKT) cenderung mengaku bersalah dan kes berkenaan tidak perlu melalui perbicaraan penuh dan kes jenayah juga dapat berjalan lebih lancar.‘Plea bargaining’ perlu ditawar dalam masa 30 hari selepas seseorang itu didakwa, dan sekiranya tiada pilihan diterima selepas 90 hari, perbicaraan penuh akan dijalankan. Kaedah ‘plea bargaining’ diluluskan Parlimen pada Jun 2010 di bawah Seksyen 172 Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2010.

Beliau menepati janji tidak bicara kes mahkamah membabitkan UMNO kerana pernah menjadi penasihat undang-undang UMNO.

Selaku Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) beliau memberikan penekanan terhadap alasan penghakiman sebagai satu daripada prasyarat dalam memutuskan kenaikan pangkat para hakim.Statistik kes mahkamah yang diselesaikan oleh hakim juga turut diberikan pertimbangan.Kenaikan pangkat adalah berdasarkan merit dan prestasi, bukan semata-mata berdasarkan kekananan.Antara yang mendapat pertimbangan JAC ialah Datuk Wahab Patail (61) ; Datuk Clement Allan Skinner (53); Datuk Mohamed Apandi Ali (60), Datuk Zaharah Ibrahim (58) ;Datuk Mariana Yahya, Dr Badariah Sahamid, Azman Abdullah, Mohd Yazid Mustafa, Zainal Azman Abdul Aziz, Yew Jen Kie, Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Zamani Abdul Rahim dan Vernon Ong Lam Kiat. [15]

Beliau tidak terlibat dalam kes krisis politik di Perak di mana Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2010 sudah mengisytiharkan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah sah.

Beliau pernah memerintahkan FELDA membayar RM11 juta ganti rugi kepada peneroka.[16]

Keluarga sunting

Isterinya Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain dan cucunya ialah Sofia Azmi binti Razif.

Rujukan sunting