Zara Maria Larsson[1] (/ˈzɑːrə ˈlɑːrsən/, Swedish: [ˇsɑːra ˈlɑːʂɔn] ( dengar); lahir 16 Disember 1997) ialah penyanyi asal Sweden. Pada usia 10 tahun, beliau meraih kejayaan selepas memenangi musim 2008 rancangan pertandongan bakat Talang, versi Sweden rancangan realiti TV British Got Talent.[2] Empat tahun kemudian, pada tahun 2012, Zara Larsson menandatangani kontrak bersama TEN Music Group dan seterusnya merakamkan rakaman kompilasi pertamanya, EP Introducing, pada January 2013. Single "Uncover" menduduki carta muzik Scandinavia: Sweden, Denmark, dan Norway.[3] Pada Februari 2013, "Uncover" menerima pensijilan platinum oleh Universal Music Sweden.[4] Pada Julai 2013, Introducing telah menerima pensijilan 3× Platinum di negara ini.[5] Zara Larsson mengikat kontrak tiga tahun bersama Epic Records di Amerika Syarikat pada April 2013.[6][7] Pada tahun 2016, beliau membuat persembahan di majlis pembukaan dan penutup untuk UEFA Euro di Perancis.[8]

Zara Larsson
Zara Larsson pada Mei 2019
Kelahiran
Zara Maria Larsson[1]

(1997-12-16) 16 Disember 1997 (umur 26)
WarganegaraSweden
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2008 - kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Laman sesawang
zaralarssonofficial.com zaralarsson.se

Album antarabangsa pertama Zara Larsson So Good dikeluarkan pada 17 Mac 2017 dan menduduki nombor 7 di Carta Album UK. Ia mengandungi lapan single: "Lush Life", "Never Forget You", "Ain't My Fault", "I Would Like", "So Good", "Don't Let Me Be Yours", "Only You", dan "Symphony", kolaborasi bersama Clean Bandit. Hampir kesemua single dalam album ini telah mencapai 15 teratas di UK. "Never Forget You" menaiki carta di Amerika Syarikat di nombor 13 do US Billboard Hot 100, menjadikan Larsson dan penyanyi England MNEK, mendapat penyertaan pertama di dalam carta. "Symphony" menjadi single nombor satu yang pertama di Carta Single UK.

Pada Oktober 2018, Zara Larsson melancarkan "Ruin My Life", single utamanya dari album studio kelimanya yang akan datang.

Diskografi sunting

Jelajah sunting

Utama sunting

Undangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Your query : Creator's Name begins with LARSSON ZARA on any territories (Domestic works)". ISWC. Dicapai pada October 7, 2019.
  2. ^ "10 year-old Zara Larsson Wins "Sweden's Got Talent"". Flixxy.com. Dicapai pada 19 January 2017.
  3. ^ Hung, Steffen. "swedishcharts.com – Zara Larsson – Uncover". swedishcharts.com. Dicapai pada 19 January 2017.
  4. ^ "Zara Larsson säljer Platina" (dalam bahasa Swedish). Universal Music Sweden. 25 February 2013. Dicapai pada 26 February 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Holmberg, Joakim (7 July 2013). "Robin Stjernberg och Zara Larsson heta artister på Sommarkrysset". Aftonkuriren (dalam bahasa Swedish). Dicapai pada 30 July 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
    Note: The source confuses the song "Uncover" and the EP Introducing, see photos from the event in which Zara Larsson holds a 3× Platinum disc for her debut EP Introducing.
  6. ^ "I'M SO LUCKY" (dalam bahasa Swedish). zarish.blogg.se. 3 April 2013. Dicapai pada 27 June 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Säll, Jonna (10 May 2013). "Zara Larsson får treårskontrakt i USA". Aftonbladet (dalam bahasa Swedish). Dicapai pada 11 June 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Evans, Joshua (10 June 2016). "Uefa Euro 2016: Opening ceremony at the Stade de France as it happened". International Business Times UK. Dicapai pada 19 January 2017.

Pautan luar sunting