Zvonimir Boban (sebutan Croatia: [zʋônimiːr bǒban] ( dengar); lahir 8 Oktober 1968) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Croatia yang bermain di posisi pemain tengah. Sepanjang kariernya, beliau banyak bermain untuk kelab Serie A, Milan dan beliau meraih empat kejuaraan Serie A dan satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Zvonimir Boban
Maklumat peribadi
Nama penuh Zvonimir Boban
Tarikh lahir (1968-10-08) 8 Oktober 1968 (umur 55)
Tempat lahir Imotski, RPS Yugoslavia
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Kerjaya remaja
1978–1981 Mračaj Runović
1981–1982 Hajduk Split
1983–1985 Dinamo Zagreb
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1985–1991 Dinamo Zagreb 109 (45)
1991–2002 Milan 178 (21)
1991–1992Bari (pinjaman) 17 (2)
2001–2002Celta Vigo (pinjaman) 4 (0)
Jumlah 308 (68)
Pasukan kebangsaan
1987 Yugoslavia B20 6 (3)
1988–1991 Yugoslavia 7 (1)
1990–1999 Croatia 51 (12)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Boban merupakan seorang bekas kapten pasukan kebangsaan Croatia yang meraih tempat ketiga dalam kejohanan Piala Dunia 1998. Sebelum pengakuan pasukan kebangsaan Croatia, Boban bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Yugoslavia dan membuat debut pada tahun 1988. Selepas beraksi tujuh perlawanan antarabangsa untuk Yugoslavia, Boban bermain untuk pasukan Croatia sebanyak 51 perlawanan dan menjaringkan 12 gol di antara tahun 1990 dan 1999.

Sejak bersara pada tahun 2002, Boban memperoleh ijazah sejarah dari Universiti Zagreb. Beliau juga bekerja di Sky Italia dan RTL Televizija. Beliau mempunyai reputasi sebagai seorang penganalisis lantang.

Kerjaya kelab sunting

Dinamo Zagreb sunting

Boban memulakan kariernya di Dinamo Zagreb. Beliau membuat debut untuk pasukannya pada musim 1985-86 pada berusia 16 tahun. Selama enam musim, beliau telah beraksi dalam 109 perlawanan dan menjaringkan 45 gol. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai kapten pasukan seawal usia 19 tahun.

Dalam satu perlawanan menentang Red Star Belgrade pada 13 Mei 1990, Boban menyerang seorang polis selepas polis tersebut menyerang seorang penyokong Dinamo selepas satu kecohan berlaku dalam stadium. Insiden itu menaikkan nama Boban sebagai seorang ikon nasionalis Croatia selain ia turut menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap rejim Yugoslavia. Disebabkan peristiwa itu, Boban digantung dari menyertai pasukan kebangsaan Yugoslavia. Secara tidak langsung, beliau terlepas kejohanan Piala Dunia 1990 yang berlangsung di Itali. Pada Januari 2011, peristiwa itu dipetik oleh CNN sebagai salah satu daripada lima perlawanan bola sepak yang mengubah dunia.

Itali dan Sepanyol sunting

A.C. Milan menandatangani Boban pada tahun 1991 dalam satu rundingan yang menelan kos perpindahan sebanyak 8 juta euro. Milan seterusnya meminjamkan Boban ke Bari kerana beliau merasakan perlu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di Itali. Bari disingkirkan pada musim itu tetapi Boban dipanggil semula untuk kembali ke Milan. Beliau kekal di kelab itu selama sembilan musim dan menikmati beberapa kejayaan manis bersama mereka antaranya menjulang trofi Liga Juara-Juara dan menyumbang kepada Milan dalam kempen Liga Juara-Juara 1995 untuk melangkah ke perlawanan akhir dan menjadi naib johan. Beliau telah bermain 251 perlawanan dan menjaringkan 30 gol. Tambahan lagi, Boban meraih empat kejuaraan Serie A dan tiga Piala Super Itali. Pada Ogos 2001, peranannya di Milan telah dikurangkan selepas Rui Costa dibawa masuk. Disebabkan itu, beliau dipinjam ke kelab La Liga, Celta Vigo dan beliau hanya bermain empat perlawanan liga sahaja. Akibat tidak gembira akan peranannya hanya sebagai seorang pemain gantian, beliau bersara pada Oktober 2001 dan menamatkan musim terakhirnya sedikit awal daripada yang diharapkan.

Kerjaya antarabangsa sunting

Yugoslavia sunting

Boban bermain untuk pasukan bawah-20 Yugoslavia yang menjadi juara bagi Kejohanan Remaja Dunia. Beliau menjaringkan tiga gol untuk Yugoslavia sepanjang kejohanan dan menyudahkan penalti terakhir bagi pasukannya dalam perlawanan akhir. Untuk pasukan senior, beliau telah beraksi tujuh perlawanan di antara tahun 1988 dan 1991. Beliau melakukan debut pada perlawanan menentang Republik Ireland pada 27 April 1988. Pada 16 Mei 1991, beliau bermain pada perlawanan terakhirnya untuk Yugoslavia menentang Kepulauan Faroe dan pada perlawanan itu juga, beliau menjaringkan satu-satunya gol untuk pasukan kebangsaan Yugoslavia.

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Yugoslavia
Tahun Kmncln Gol
1988 2 0
1989 1 0
1990 2 0
1991 2 1
Jumlah 7 1

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
16 Mei 1991 Belgrade, Serbia   Kepulauan Faroe
5–0
7–0
Kelayakan Euro 1992

Croatia sunting

Apabila Croatia mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Yugoslavia, Boban meninggalkan Yugoslavia lalu menyertai pasukan kebangsaan Croatia. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Croatia pada perlawanan persahabatan menentang Romania pada 22 Disember 1990. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan kedua Croatia sebagai sebuah negeri bebas sejak 1956. Boban bermain pada perlawanan terakhirnya untuk Croatia pada 13 November 1999 sewaktu menentang Perancis. Beliau menyalahkan kecederaannya bagi keputusannya untuk membuat keputusan bersara dari pasukan kebangsaan tetapi masih bermain untuk kelabnya pada masa itu, Milan buat dua musim lagi. Dalam kariernya bersama pasukan Croatia, Boban bermain 51 perlawanan dan menjaringkan 12 gol.

Boban mengetuai pasukan Croatia yang menjadi tempat ketiga dalam kejohanan Piala Dunia 1998. Kesilapan Boban pada perlawanan separuh akhir membenarkan tuan rumah, Perancis untuk merapatkan kedudukan selepas Croatia ketinggalan satu gol. Lebih teruk lagi, Boban mengalami kecederaan dan mahu dikeluarkan pada separuh masa tetapi beliau tetap bermain sehingga minit ke-65 sebelum digantikan oleh Silvio Maric. Perancis menang 2-1 pada perlawanan itu lalu menjadi juara kejohanan itu. Croatia seterusnya menewaskan Belanda bagi merebut tempat ketiga. Boban melakukan hantaran kepada Davor Šuker untuk menjaringkan gol kemenangan. Selain itu, Boban turut menjadi kapten pasukannya dalam kejohanan Euro 1996 dan laluan mereka terhenti di peringkat suku akhir.

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Croatia
Tahun Kmncln Gol
1990 1 0
1991 1 0
1992 1 0
1993 1 0
1994 5 0
1995 5 2
1996 9 2
1997 8 3
1998 13 5
1999 7 0
Jumlah 51 12

Gol antarabangsa sunting

Statistik kerjaya sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Dinamo Zagreb 1985-86 2 0 0 0 2 0
1986-87 28 8 0 0 28 8
1987-88 30 13 0 0 30 13
1988-89 0 0 0 0 0 0
1989-90 23 9 0 0 23 9
1990-91 26 15 0 0 26 15
Jumlah 109 45 0 0 109 45
  Bari 1991-92 17 2 0 0 17 2
  Milan 1992–93 13 0 3 0 6 1 22 1
1993–94 20 4 2 0 8 0 30 4
1994–95 21 1 3 0 11 2 35 3
1995–96 13 3 2 0 5 3 20 6
1996–97 28 1 3 0 5 1 36 2
1997–98 23 2 6 1 0 0 29 3
1998–89 27 2 4 0 0 0 31 2
1999–2000 17 6 3 0 2 0 22 6
2000–01 16 2 3 1 7 0 26 3
Jumlah 178 21 29 2 44 7 251 30
  Celta Vigo 2001-02 4 0 0 0 2 0 6 0
Jumlah kerjaya 308 68 29 2 46 7 383 77

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Milan[1]

Antarabangsa sunting

Yugoslavia
Croatia

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Zvonimir Boban"
  2. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Zvonimir Boban"

Pautan luar sunting