Haji Khasim Abdul Aziz adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Selangor bertanding di atas tiket PAS pada 2008–2018. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Ampang.

Khasim Abdul Aziz
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Lembah Jaya
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Ismail Kijo
Digantikan oleh Haniza Mohamed Talha
Majoriti8,713 (PRU-13)
2,228 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Keputusan pilihan raya

sunting

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Khasim telah menerima 15,182 undi mengalahkan Datuk Ismail Kijo dari Barisan Nasional yang menerima 12,954 undi. Beliau menang dengan majoriti 2,228 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Khasim telah menerima 25,185 undi mengalahkan Baderisham Jolly dari Barisan Nasional yang menerima 16,472 undi. Beliau menang dengan majoriti 8,713 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Khasim telah menerima 7,358 undi tewas kepada Haniza Mohamed Talha dari Pakatan Harapan yang menerima 22,512 undi. Turut tewas adalah Muhamad Nizam Shith dari Barisan Nasional (7,722 undi) dan Norizwan Mohamed dari Parti Rakyat Malaysia (177 undi ). Hanizah menang dengan majoriti 14,790 undi.

Kafe siber haram dan mesin judi

sunting

Pada bulan Julai 2013, Khasim telah bertanya soalan dalam Sidang Dewan Negeri Selangor tentang tindakan kerajaan negeri untuk membendung kegiatan kafe siber haram atau mesin judi. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim di dalam jawapan beliau mengakui undang-undang sedia ada kurang berkesan untuk menghalang kegiatan-kegiatan tersebut. Justeru itu kata beliau kerajaan negeri akan membuat kajian untuk menaikkan kompaun, mengenakan hukuman penjara atau merampas harta.[1]

Rujukan

sunting