Khatat

merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam penulisan seni khat

Khatat (Arab: ﺖﻂﺧ) merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam penulisan seni khat. Golongan ini bukan sahaja merupakan seniman dan artis terhadap seni penulisan huruf hijahiyyah bahasa Arab tetapi mampu juga mengemukakan penafsiran terhadap maksud dalaman bentuk dan jenis khat itu sendiri.

Senarai khatat sunting

Khatat Othman Taha sunting

Nama sebenar beliau adalah Abu Marwan Othman bin Abduh bin Hussain bin Taha. Merupakan seorang penulis khat yang terkenal dengan penulisan Naskah Al-Quran Mashaf Madinah yang diterbitkan di Mujamma Malik Fahd. Beliau Khatat Othman Taha merupakan Khatat yang telah dilahirkan pada tahun 1934 di Syria. Mendapat Ijazah (Master) dalam bidang Seni Khat daripada gurunya yang masyhur iaitu Khatat Hamid Al-Amidi pada tahun 1973. Beliau telah belajar seni khat dari beberapa orang tokoh khat terkenal seperti Muhammad Ali Al-Maulawi, Ibrahim Ar-Rifaie, Muhammad Badwi Ad-Dairani dan Muhammad Hasyim Al-Baghdadi.

Beliau memulakan kariernya sebagai Khatat yang menulis Mashaf pada tahun 1970 untuk Kementerian Wakaf Syria,kemudian pada tahun 1988 beliau dijemput datang ke Madinah oleh Kerajaan Saudi Arabia untuk menulis Mashaf Madinah yang kini banyak dicetak dan diedar ke seluruh dunia. Bermula pada tahun itu juga beliau telah dilantik menjadi hakim kepada pertandingan Khat yang diadakan di Istanbul, Turki setiap tiga tahun sekali. Dari tahun 1970 sehingga ke hari ini As-Syaikh Khatat Othman Taha telah menulis dengan lengkap sebanyak sepuluh buah Mashaf Al-Quran yang dimana setiap satu lembaran Al-Quran itu berukuran 100cm X 70cm dan mempunyai 15 baris. Di antara Mashaf lain yang turut disenikan tulisannya adalah:

  • Mashaf Al-Quran untuk Kementerian Wakaf Syria.
  • Mashaf Al-Quran dengan riwayat Qiraat Hafs untuk ad-Dar As-Syamiyyah.
  • Mashaf Al-Quran dengan riwayat Qiraat Warash(Madinah).
  • Mashaf Al-Quran dengan riwayat Qiraat Hafs mengikut Mashaf Mesir yang tiada wakaf sudut.
  • Mashaf Al-Quran riwayat Qiraat Hafs(Mashaf Madinah).
  • Mashaf Al-Quran riwayat Qiraat Qalun.
  • Mashaf Al-Quran riwayat Qiraat Ad-Dury.

Beliau juga telah memperbaiki sistem susunan menulis Mashaf yang mempunyai wakaf sudut daripada Resam/Mashaf Imlai dan Mashaf resam Othmaniah Turki. Sistem inilah yang digunakan pada Mashaf Al-Quran Madinah sekarang. Susunan seni tulisannya yang amat kemas,teratur serta mampu membahagi juzuk Al-Quran itu secara konsisten dan ia dinamakan juga Mashaf Al-Quran Huffaz kerana ia amat sesuai atas struktur seni tulisannya yang jelas dan mudah digunakan oleh Hafiz Al-Quran bagi menghafaz Al-Quran.

Rujukan sunting

  • Dipetik dari penerangan dalam ArtDesigner yang dipetik dari Arabiccalligraphy...