Khazanah Nasional Berhad adalah dana kekayaan berdaulat Kerajaan Malaysia, yang diamanahkan untuk membangunkan kekayaan jangka panjang negara melalui dua objektif berbeza, iaitu objektif komersial dan strategik. Objektif komersial Khazanah adalah untuk membangunkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber pendapatan untuk negara, manakala objektif strategik Khazanah pula adalah untuk memegang aset strategik yang akan membawa manfaat ekonomi jangka panjang. Khazanah dipandu oleh falsafah pelaburannya yang menekankan pencapaian pulangan kewangan yang disesuaikan dengan risiko, menghasilkan pulangan yang mampan, serta mengintegrasikan pertimbangan pelaburan yang beretika dan bertanggungjawab.

Khazanah Nasional Berhad
Syarikat pelaburan dana kekayaan berdaulat
IndustriDana kekayaan berdaulat
Ditubuhkan3 September 1993; 27 tahun yang lalu (1993-09-03)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi
Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan
HasilKeuntungan daripada operasi RM7.36 billion (2019)
Jumlah asetNilai Aset Bersih Dana Komersial("NAV"): RM73.1 billion (2019)
PemilikKerajaan Malaysia
IndukKementerian Kewangan Malaysia
Anak syarikat
Laman sesawangwww.khazanah.com.my


Khazanah menganggotai Forum Dana Kekayaan Berdaulat Antarabangsa yang mengekal serta mempromosikan Prinsip Santiago mengenai amalan terbaik dalam menguruskan dana kekayaan berdaulat. Khazanah juga merupakan penandatangan kepada Prinsip PBB untuk Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI), penandatangan Kod Malaysia untuk Pelabur Institusi dan anggota Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC), anggota FCLTGlobal (Teumpuan Modal bagi Jangka Panjang) dan penandatangan Ikrar Integriti Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Khazanah diperbadankan bawah Akta Syarikat, 1965 pada 3 September 1993 sebagai sebuah syarikat berhad awam dan mula beroperasi setahun kemudiannya. Khazanah dimiliki oleh kerajaan Malaysia, kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,  dan diselia oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Ia ditadbir oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada wakil kerajaan dan sektor korporat dengan pelbagai latar belakang profesional dan kepakaran.

Sorotan KewanganSunting

Pada tahun 2019, Khazanah memperoleh keuntungan daripada operasi berjumlah RM7.36 bilion berbanding kerugian RM6.271 bilion [2] pada tahun 2018. Hasil daripada pelupusan meningkat kepada RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion, sementara nilai rosot nilai adalah RM4.9 bilion berbanding RM7.3 bilion pada tahun sebelumnya. Khazanah mengisytiharkan dividen sebanyak RM1.0 bilion untuk tahun 2019.


Khazanah mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan mengurangkan perbelanjaan sebanyak 28.2% kepada RM484 juta berbanding RM674 juta pada tahun 2018. Ini menyamai 35 mata asas (“bps”) sebagai peratusan berbanding aset 50bit/s pada tahun sebelumnya.

Jumlah hutang telah dikurangkan sebanyak 17.0% kepada RM45.8 bilion daripada RM55.2 bilion pada tahun 2018, sementara lindungan atas Nilai Aset Boleh Tunai meningkat kepada 3.0 kali ganda daripada 2.4 kali ganda. Dana Komersial, yang merupakan dana kekayaan antara generasi, menghasilkan kadar pulangan berwajaran masa sebanyak 8.3%, melebihi kadar pulangan jangka panjang yang setara dengan Indeks Harga Pengguna Malaysia (“CPI”) + 3% pada asas 5 tahun berterusan. Nilai Aset Bersih Dana Komersial (“NAV”) berjumlah RM73.1 bilion pada 31 Disember 2019.


Dana Strategik turut mencapai hasil kewangan dan strategik untuk aset-aset tertentu meskipun pasaran lembab pada tahun 2019. Dana Strategik menjana pulangan keseluruhan sebanyak 2.9% berbanding kadar pulangan yang disasarkan bagi hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (“MGS”) untuk tempoh 10 tahun atas asas lima tahun.

SejarahSunting

PemerbadananSunting

Khazanah diperbadankan bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai syarikat berhad awam dan mula beroperasi setahun kemudian. Kecuali satu saham yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, semua modal saham Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, sebuah badan yang ditubuhkan bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.

Mandat Baharu KhazanahSunting

Pada tahun 2018, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan penstrukturan dan penyusunan semula korporat Khazanah, yang melibatkan perubahan kepemimpinan, mandat dan objektif yang diperbaharui serta kajian dan penilaian semula pelaburannya[3]. Perubahan kepimpinan juga telah menyaksikan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai pengarah urusan [4].


Mandat Khazanah adalah untuk membangunkan kekayaan jangka panjang Malaysia. Membangunkan dalam konteks ini adalah untuk mempertingkatkan nilai pelaburan secara mampan di samping memelihara modal yang disuntik. Jangka panjang merujuk kepada tempoh yang merentas beberapa generasi dan memastikan keupayaan generasi akan datang dapat memenuhi keperluan mereka. Kekayaan merujuk kepada nilai aset kewangan Khazanah dan hasil pembangunan ekonomi untuk negara. Khazanah memenuhi mandat yang diberikan menerusi dua objektif pelaburan berikut:

  • Objektif Komersial: Mencapai pulangan terlaras risiko yang optimum, membangunkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber pendapatan negara.
  • Objektif Strategik: Melaksanakan pelaburan strategik dengan manfaat ekonomi jangka panjang untuk Malaysia atau rakyat Malaysia, termasuk memegang aset strategik negara.

Kepimpinan dan Tadbir UrusSunting

Lembaga Pengarah

Khazanah ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya, yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Anggota Lembaga Pengarah Khazanah terdiri daripada wakil Kerajaan dan juga sektor korporat dengan latar belakang profesional dan kepakaran yang pelbagai. Pengarah Urusan Khazanah melapor kepada Lembaga Pengarahnya.

Senarai Pengerusi dan Pengarah Urusan
Pengerusi Tahun menjabat Pengarah Urusan Tahun menjabat
Tun Dr. Mahathir Mohamad 1994 Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim 1994
Tun Abdullah Ahmad Badawi 2003 Dato' Anwar Aji 2003
Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak 2009 Tan Sri Datuk Wira Azman Hj Mokhtar 2004
Tun Dr. Mahathir Mohamad 2018 Datuk Shahril Ridza Ridzuan[1] 2018
Tan Sri Muhyiddin Yassin 2020 2018

Lembaga Pengarah Khazanah bermesyuarat secara berkala dan bertanggungjawab atas prestasi Khazanah secara keseluruhannya[5]. Piagam Lembaga Pengarah menetapkan peranan dan tanggungjawab lembaga dalam mengawasi pengurusan Khazanah.


Khazanah dipandu oleh kerangka yang menekankan struktur tanggungjawab, kuasa dan tadbir urus. Rangka Kerja Tadbir Urus dan Pengurusan Risikonya merangkumi Dasar Pengurusan Risiko, Jadual Perkara untuk Lembaga Pengarah, Batasan Kuasa untuk pengelolaan, Kod Tingkah Laku untuk pekerja, dan Dasar dan Prosedur operasi.


Ahli Lembaga Pengarah


Pengerusi:

  • Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia


Pengarah:

  • Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia
  • Dato' Sri Mohamed Azmin Ali,  Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
  • Goh Ching Yin, Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Shangri-La Hotels (Malaysia) Bhd
  • To’ Puan Azian binti Mohd Aziz, Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara
  • Lau Seng Yee, Pengerusi Pemasaran Kumpulan dan Penjenamaan Global, Naib Presiden Eksekutif Kanan, Tencent Holdings Inc.
  • Dato' Mohammed Azlan Hashim, Pengerusi D&O Green Technologies Berhad, Marine & General Berhad dan IHH Healthcare Berhad
  •  Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad


Pengurusan Kanan

  • Pengarah Urusan – Datuk Shahril Ridza Ridzuan
  • Ketua Pegawai Pelaburan – Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz
  • Pengarah Eksekutif Ketua, Perkhidmatan Korporat & Sokongan, Setiausaha Syarikat dan Ketua, Undang-Undang – Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin
  • Pengarah Eksekutif, Ketua, Pasaran Awam – Datuk Hisham Hamdan
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan – Faridah Bakar Ali
  • Ketua, Tadbir Urusa, Risiko dan Pematuhan – Suhana Dewi Selamat
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pengurusan Modal Insan Strategik – Latifah Daud
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pejabat Projek Khas – Mohd Izani Ashari
  • Pengarah Eksekutif, Ketua, Tenaga dan Ketua, Iskandar – Amran Hafiz Affifudin
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pasaran Swasta (Asia Utara) – Bryan Lim
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pasaran Swasta (Asia Tenggara dan Kumpulan Dana Swasta) – Serena Tan Mei Shwen
  • Pengarah Eksekutif dan Ketua, Pasaran Swasta (Amerika Utara, EMEA & India) – Nik Rizal Kamil
  • Ketua, Telekomunikasi - Dr. Farid Mohamed Sani
  • Ketua, Aset Nyata - Selvendran Katheerayson
  • Ketua, Infrastruktur - Wong Shu Hsien
  • Ketua, Penerbangan dan Ketua, Riadah & Pelancongan – Shahin Farouque Jammal Ahmad
  • Ketua, Penyelidikan - Nicholas Khaw
  • Ketua, Strategi - Nik Sharifidin Nik Mohamed Din
  • Ketua, Komunikasi Korporat - Mohd Raslan Md Sharif

PelaburanSunting

Khazanah melaksanakan mandatnya menerusi struktur pelaburan dwi-dana atau dua dana. Dwi-dana tersebut - Dana Komersial dan Dana Strategik – dibangunkan dengan objektif, dasar dan strategi yang berbeza, serta diuruskan oleh pasukan pengurusan pelaburan yang berasingan.

Dana KomersialSunting

Dana antara generasi yang mensasarkan untuk menghasilkan pulangan terlaras risiko dalam jangka panjang, untuk mengembangkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber pendapatan untuk negara. Dana komersial ini mensasarkan untuk menghasilkan pulangan sekurang-kurangnya Indeks Harga Pengguna Malaysia ditambah 3% pada asas 5 tahun berterusan dengan tahap toleransi risiko sederhana seperti berikut:

  • Prestasi kurang baik: Tidak melebihi 10% daripada 30% kerugian tahunan.
  • Pendanaan: Tidak melebihi 10% kemungkinan kegagalan untuk mencapai 1.5% hasil portfolio.


Sasaran pulangan dan toleransi risiko ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan boleh dikaji dari semasa ke semasa. Pulangan tahunan dana komersial akan dilaburkan semula ke dalam dana dan diedarkan kepada kerajaan berdasarkan nisbah pembayaran yang telah dikenalpasti. Sebarang aliran masuk modal akan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah. Dana Komersial mempunyai fleksibiliti untuk melabur di pelbagai kelas aset sesuai dengan peruntukan aset strategik dan wilayah yang berbeza dengan pilihan untuk strategi pelaburan aktif dan langsung.

Dana StrategikSunting

Dana Strategik dimaksudkan untuk menjadi dana pembangunan yang berusaha untuk melaksanakan pelaburan strategik, dengan keuntungan ekonomi jangka panjang, termasuk memegang aset negara yang strategik. Ini bertujuan untuk menghasilkan pulangan sekurang-kurangnya hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun pada asas 5 tahun berterusan dan mencapai objektif strategiknya. Sasaran pulangan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan boleh dikaji dari semasa ke semasa.


Dana Strategik ini berhasrat mencapai tahap kemampanan, dengan sumber pendanaan utama agar aktiviti dana strategik dapat dihasilkan daripada sebarang lebihan dalaman; sebarang modal tambahan yang diperlukan melebihi jumlah yang ada ini akan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah. Dana strategik akan melabur dan mengurus aset strategik seperti yang ditentukan dan dikelaskan di bawah:

  • Aset strategik - Aset domestik kepentingan negara, seperti infrastruktur kritikal. > Dipegang bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk jangka masa panjang.
  • Aset pembangunan - Pelaburan pembangunan jangka panjang yang berpotensi memberikan kesan ekonomi yang tinggi. > Aset-aset ini akan dibangunkan untuk mencapai daya maju komersial yang mana pilihan realisasi nilai dapat dipertimbangkan.
  • Aset strategik baharu - Sama ada infrastruktur nasional yang berkaitan atau pembangunan dengan sasaran manfaat ekonomi yang jelas dan rancangan daya maju komersial yang dikenal pasti


Dana Strategik akan meraih peluang yang berpotensi untuk berdaya maju secara komersial atau akan memperoleh pulangan yang mencukupi untuk beroperasi tanpa menggunakan pemegang sahamnya. Adalah dijangkakan bahawa urus niaga bernilai lebih besar akan dilakukan oleh Dana Strategik. Ia mempunyai fleksibiliti untuk melabur di seluruh struktur modal. Terdapat keutamaan untuk pelaburan bersama dan perkongsian untuk memasuki semua pelaburan pembangunan baharu. Pilihan realisasi nilai akan dipertimbangkan jika berkemungkinan, berdasarkan pertimbangan komersial jangka panjang. Tema pelaburan akan dikaji secara berkala berdasarkan trend utama ekonomi global dan keperluan negara, dan aset pelaburan dalam portfolio juga akan dikaji dan dinilai bagi memastikan kesesuaiannya dengan sasaran strategik.

RujukanSunting

Pautan luarSunting