Khazanah Nasional

(Dilencongkan dari Khazanah Nasional Berhad)

Khazanah Nasional Berhad (didagangkan sebagai Khazanah Nasional atau ringkasnya Khazanah) ialah dana kekayaan berdaulat Kerajaan Malaysia.[2] Salah satu dana kekayaan berdaulat yang terbesar di dunia,[3][4] ia diamanahkan untuk membuat pelaburan bagi menghasilkan nilai mampan untuk Malaysia. Melalui pelaburan dan aktivitinya, dana itu mensasarkan untuk mewujudkan pulangan ekonomi dan rakyat yang mampan untuk negara. Ini termasuk pencapaian pulangan terlaras risiko jangka panjang merentas portfolionya, serta melaksanakan pelaburan yang memangkin bidang pertumbuhan baharu, mengukuhkan daya saing ekonomi Malaysia, dan menyumbang kepada hasil utama sosioekonomi.[5]

Khazanah Nasional Berhad
Nama dahuluKhazanah Holdings Berhad (1994–1996)
Jenis/bentuk sahMilik negara
IndustriDana kekayaan berdaulat
Ditubuhkan3 September 1993; 30 tahun yang lalu (1993-09-03)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh penting
Hasil
  • RM 5.35 bilion (2021)
  • RM 8.36 bilion (2020)
Pendapatan kendalian
  • RM 2.24 bilion (2021)
  • RM 5.16 bilion (2020)
Pendapatan bersih
  • RM 0.41 bilion (2021)
  • RM 3.27 bilion (2020)
Jumlah aset
  • RM 84.8 bilion (2021)
  • RM 81.8 bilion (2020)
Jumlah ekuiti
  • RM 35.3 bilion (2021)
  • RM 36.4 bilion (2020)
PemilikKerajaan Malaysia
Bilangan kakitangan353 (2022)
Syarikat indukKementerian Kewangan Malaysia
Anak syarikat
Tapak webwww.khazanah.com.my
Twitter: khazanah_my Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, ia mempunyai pejabat serantaunya di Amerika Syarikat, Turki, China, United Kingdom dan India.[6] Portfolio Khazanah merangkumi spektrum sektor yang luas. Tumpuan utamanya dalam bidang pelaburan termasuk Riadah & Pelancongan, Perbankan, Pembangunan Mampan, Penjagaan Kesihatan dan Kepenggunaan. Walaupun ia tidak menerima kemasukan modal biasa, Khazanah bergantung pada keupayaannya untuk menjana pulangan dan memanfaatkan pasaran modal untuk membiayai pelaburannya.[7]

Khazanah ialah ahli Forum Dana Kekayaan Berdaulat Antarabangsa (IFSWF),[8] yang mengekalkan serta mempromosikan Prinsip Santiago mengenai amalan terbaik dalam menguruskan dana kekayaan berdaulat. Khazanah juga merupakan penandatangan kepada Prinsip untuk Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI) yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, penandatangan Kod Malaysia untuk Pelabur Institusi dan anggota Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC), anggota FCLTGlobal (Tumpuan Modal bagi Jangka Panjang) dan penandatangan Ikrar Integriti Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).[9]

Ia dimiliki oleh kerajaan Malaysia, kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, dan diselia oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Ia ditadbir oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada wakil kerajaan dan sektor korporat dengan pelbagai latar belakang profesional dan kepakaran. Setakat Jun 2023, dana itu mempunyai aset di bawah pengurusan berjumlah AS$ 35.8 bilion.[10][11]

Status

sunting

Khazanah ialah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Syarikat Malaysia.[12][13] Ia bukan agensi kerajaan mahupun lembaga berkanun, sebaliknya ia merupakan institusi kebangsaan yang berkhidmat sebagai pemegang amanah yang menguruskan aset komersial milik kerajaan dan juga melabur dalam pelbagai sektor berteknologi tinggi dan strategik.[14][15]

Perdana Menteri Malaysia, yang berkhidmat sebagai pengerusi Khazanah, mempunyai hak untuk menentukan hala tuju Khazanah, termasuk melantik dan mengekalkan ahli lembaga pengarah Khazanah dan pengurusan sedia ada.[16]

Dalam forum 2016, Azman Mokhtar, bekas Pengarah Urusan Khazanah, berkata Khazanah meneruskan fokus pro-pertumbuhan dan pro-masyarakat dalam Belanjawan Malaysia 2017, dengan syarikat pelbagai sektor di bawah portfolionya kekal sebagai enjin pertumbuhan negara.[17] Bekas Perdana Menteri dan pengerusi Khazanah, Ismail Sabri Yaakob dalam laporan 2021 dana itu, berkata Khazanah berada dalam kedudukan yang sempurna untuk memulakan inisiatif Memajukan Malaysianya. Beliau menyatakan bahawa keupayaan Khazanah untuk mengatasi cabaran khusus yang memberi kesan kepada sektor tertentu dan mewujudkan pertumbuhan yang mampan bagi tempoh jangka panjang.[18]

Sejarah

sunting

Khazanah diperbadankan bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai syarikat berhad awam dan mula beroperasi setahun kemudian bagi menguruskan dan memaksimakan pemulangan aset dan ekuiti kerajaan,[19][20] sekaligus mengambil alih fungsi Menteri Kewangan Diperbadankan, yang mentadbir dana tersebut.[21][22]

Pada tahun 2004, Khazanah menjadi penerbit tetap dalam pasaran modal global dan menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi hab terkemuka bagi kewangan Islam melalui urus niaga penting. Ini termasuk sukuk boleh tukar pertama di dunia dan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab pertama di negara ini.[23] Pada Mei tahun yang sama, Kerajaan Malaysia mengumumkan rombakan strategik untuk Khazanah. Rombakan itu menyaksikan dana itu menerima mandat baharu daripada kerajaan untuk menjadi pemegang saham aktif sambil memacu transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia.[24][25]

Pada tahun 2005, dana melancarkan program transformasi dan garis panduan untuk syarikat milik kerajaan.[12]

Pada tahun 2018, Kerajaan Malaysia telah memulakan penstrukturan semula korporat dan penyusunan semula Khazanah, yang melibatkan perubahan kepimpinan, pembaharuan mandat dan objektifnya, serta semakan dan penilaian semula pelaburan-pelaburannya.[26][27][28]

Pada April 2020, Khazanah mengumumkan bahawa ia menyumbangkan RM20 juta bagi menyokong usaha bantuan bagi mengatasi jangkitan pandemik COVID-19.[29]

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan pada Februari 2023 bahawa Khazanah akan menerajui pembentukan Tabung Warisan Negara untuk menarik semua penyertaan swasta dalam memulihkan tapak warisan bersejarah.[30][31][32]

Pada 16 Mac 2023, Khazanah melancarkan inisiatif baharu yang dipanggil Program Future Malaysia, di bawah mandat Dana Impaknya. Inisiatif ini diperkenalkan untuk menyokong ekosistem tempatan usahawan, syarikat permulaan, dana teroka, dan program usaha niaga korporat melalui rakan kongsi tempatan dan antarabangsanya.[33][34][35][36]

Dana itu diberikan penarafan kredit penerbit sulungnya A3 dan A- daripada Moody's Investors Service dan S&P Global Ratings, masing-masing pada April 2023.[7][37][38][39][40]

Pelaburan

sunting

Khazanah meneruskan mandat keseluruhannya melalui 4 struktur pelaburannya yang terdiri daripada portfolio Pelaburan, portfolio Dana Impak, aset pembangunan dan situasi khas.[41]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Khazanah appoints Dato' Amirul Feisal Wan Zahir as Managing Director" (Kenyataan Media) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 29 Jun 2021. Dicapai pada 23 April 2022.
  2. ^ Zuraimi Abdullah (23 Mac 2023). "Is Khazanah Nasional's star dimming?" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2023.
  3. ^ Jikon Lai (29 Mac 2012). "Khazanah Nasional: Malaysia's treasure trove" (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis Online. Dicapai pada 23 April 2017.
  4. ^ Usman Hayat (30 Julai 2013). "Malaysia's Khazanah: Not Just a SWF But a "Nation Building Institution"" (dalam bahasa Inggeris). CFA Institute. Dicapai pada 23 April 2018.
  5. ^ "Khazanah continues growing its portfolio value, announces long-term strategies towards Advancing Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 2 Mac 2022. Dicapai pada 23 April 2022.
  6. ^ "Khazanah's investments in the United States" (Kenyataan Media) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 15 September 2017. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  7. ^ a b "Moody's, S&P assign Khazanah inaugural issuer credit rating of A3, A-" (dalam bahasa Inggeris). The Vibes. 27 April 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  8. ^ International Forum of Sovereign Wealth Funds. "IFSWF Our members" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada 24 September 2016.
  9. ^ "The Khaznah Report 2020: INVESTING FOR OUR FUTURE" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 7 Jun 2021. Dicapai pada 3 Mei 2022.
  10. ^ "The Khazanah Report 2021" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 28 April 2022. Dicapai pada 20 April 2023.
  11. ^ Shusi He (27 November 2022). "Malaysia's Khazanah highlights challenges in driving alpha under transition models" (dalam bahasa Inggeris). Asian Investor. Dicapai pada 20 April 2023.
  12. ^ a b Ahmed Razman Abdul Latiff (28 Julai 2018). "Menunggu hala tuju baharu Khazanah". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  13. ^ Hazwan Faisal Mohamad (27 Julai 2018). "Khazanah cemerlang laksana mandat kerajaan". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  14. ^ Mahanum Abdul Aziz; Che Wan Badrul Alias; Hazwan Faisal Mohamad (5 April 2019). "'Khazanah bukan institusi Bumiputera'". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  15. ^ Ooi Tee Ching (5 April 2019). "Khazanah plays catalyst role in economic development, says Sheriff". Business Times. New Straits Times. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  16. ^ Ahmad Suhael Adnan (26 Julai 2018). "PM tentukan hala tuju Khazanah". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  17. ^ "'Khazanah firms to drive growth'" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 26 September 2016. Dicapai pada 26 May 2017.
  18. ^ "KHAZANAH NASIONAL IN 'PERFECT POSITION' TO EMBARK ON ADVANCING MALAYSIA STRATEGIC INITIATIVE - PM" (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. 5 Julai 2022. Dicapai pada 26 Mei 2023.
  19. ^ "Khazanah tumpu pelaburan baru". Berita Harian. 26 Julai 1994. Dicapai pada 23 April 2022.
  20. ^ Kartini Abd. Kadir (28 April 1994). "Khazanah to start operations in June" (dalam bahasa Inggeris). Business Times. Dicapai pada 23 April 2022.
  21. ^ Anna Taing (28 April 1994). "Timely measure to streamline govt assets management" (dalam bahasa Inggeris). Business Times. Dicapai pada 23 April 2022.
  22. ^ "Better management of MoF functions" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 21 April 1994. Dicapai pada 23 April 2022.
  23. ^ Syafiqah Salim (16 November 2021). "Khazanah-backed SPV to double Islamic bond issuance to RM20b" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 30 April 2022.
  24. ^ Mohd Azlan Jaafar (15 May 2004). "Khazanah dirombak". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2022.
  25. ^ Balan Moses (15 May 2004). "Khazanah set to become giant investment house" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 23 April 2022.
  26. ^ Ng Min Shen (30 Julai 2018). "Khazanah's changes 'clearing the deck for restructuring'" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. Dicapai pada 20 April 2019.
  27. ^ Ainaa Aiman; Melissa Darlyne Chow (10 Oktober 2018). "Asset restructuring a normal procedure, says Khazanah MD" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 20 April 2019.
  28. ^ "UPDATE 1-Malaysia's Mahathir says Khazanah resignations clear the way for 'restructuring'" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 27 Julai 2018. Dicapai pada 20 April 2019.
  29. ^ "Khazanah contributes RM20 million to the fight against COVID-19" (Kenyataan Media) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 6 April 2020. Dicapai pada 23 April 2020.
  30. ^ "Khazanah to spearhead formation of National Heritage Fund" (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. 24 Februari 2023. Dicapai pada 22 Mei 2023.
  31. ^ "KHAZANAH TO SPEARHEAD TABUNG WARISAN NEGARA FORMATION - ANWAR IBRAHIM" (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. 24 Februari 2023. Dicapai pada 27 Mei 2023.
  32. ^ Mahanum Abdul Aziz (24 Februari 2023). "Khazanah terajui pembentukan Tabung Warisan Negara". Berita Harian. Dicapai pada 27 Mei 2023.
  33. ^ "Khazanah launches Future Malaysia Programme under Dana Impak to spur the local start-up ecosystem" (Kenyataan Media) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. 16 Mac 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  34. ^ "Khazanah launches Future Malaysia Programme to support startup ecosystem". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 16 Mac 2023. Dicapai pada 10 Mei 2023.
  35. ^ "Khazanah's Future Malaysia Programme to spur local start-up ecosystem" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. 16 Mac 2023. Dicapai pada 10 Mei 2023.
  36. ^ "Khazanah launches Future Malaysia Programme under Dana Impak to spur local start-up ecosystem". NST Business (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 16 Mac 2023. Dicapai pada 10 Mei 2023.
  37. ^ "Khazanah assigned A3/A- by international credit rating agencies Moody's and S&P". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 28 April 2023. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  38. ^ Izzul Ikram (27 April 2023). "Khazanah assigned A3 rating by Moody's, A- by S&P Global" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  39. ^ Mahanum Abdul Aziz (27 April 2023). "Khazanah dapat penarafan A3, A- daripada Moody's dan S&P". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  40. ^ "Khazanah diberi penarafan A3, A- oleh Moody's dan S&P". Utusan Malaysia. 28 April 2023. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  41. ^ "Investment policy" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Khazanah Nasional. Dicapai pada 23 April 2023.

Pautan luar

sunting