Khoo Chong Kong

Tan Sri Khoo Chong Kong (lahir 1925 - 14 November 1975) adalah Ketua Polis Perak (DCP G/4218) . Beliau telah ditembak mati oleh dua pengganas komunis di Ipoh pada 1975 iaitu semasa Darurat II di Malaysia.


Bekas ahli komunisSunting

Sebelum berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Khoo Chong Kong adalah bekas aktivis Parti Komunis Sarawak (PKS). Sebelum menyertai pasukan polis, dia telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Perpaduan kaumSunting

Wartawan Berita Harian cawangan Ipoh, Mokhtar Petah pernah berjumpa dengan beliau semasa berada di Ipoh Club sebelum beliau dibunuh. Khoo Chong Kong berpendapat bahawa selagi orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas menerima bahasa Melayu sebahagian bahasa mereka dan mereka masih ada sentimen mahu menegakkan bahasa mereka, maka selama itulah perpaduan tidak akan tercapai dengan sempurna. Agama Islam mestilah diterima sebgai agama negara, dan hukum-hukumnya dipraktikkan sebagai undang-undang dan perkemaskan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam. Pemahaman mengenai Islam sebagai agama rasmi negara hendaklah diberi fahaman kepada semua rakyat bukan Islam, supaya perpaduan antara rakyat yang sedia ada akan bertambah kukuh.


Tidak ada cara yang lebih baik yang berkesan untuk membanteras fahaman komunis, melainkan dengan Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar dan pinggir bandar.


Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalau dibiarkan amalan rasuah berleluasa di kalangan para pegawai, kakitangan kerajaan dan mereka yang berkecimpung dalam arena politik. Untuk meninggikan moral semua rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalang kemasukan segala macam unsur menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusi filem, televisyen dan media cetak.[1]

Tahun 1975 dikatakan sebagai 'Tahun Teori Domino' apabila tentera Amerika Syarikat sedaya upaya menyekat kemaraan tentera komunis dari Vietnam Utara mara ke Vietnam Selatan. Perang Vietnam berakhir apabila AS kalah kepada tentera Vietcong di Vietnam.

Mati ditembakSunting

Polis PDRM telah menukarkan beliau dari polis Sarawak ke jawatan Ketua Polis Perak.

Pada 13 November 1975, iaitu pada waktu lepas makan tengah hari Khoo Chong Kong telah mati ditembak oleh dua orang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menunggang motosikal, di garisan lampu isyarat simpang Fair Park dengan Jalan Anderson, dalam bandar Ipoh, Perak. Turut terbunuh, pengiringnya, Sarjan Yeung Peng Chong dan pemandu keretanya. [2]

Semasa pengkebumiannya di Ipoh , seramai 20,000 orang hadir termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn dan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar.

Darurat ke IISunting

Darurat I dari 1948-1970. Sepanjang 1948 hingga 1990, seramai 2,083 orang anggota keselamatan telah terkorban manakala 3,541 orang lagi cedera.Namun Chin Peng tidak berasa bersalah dan masih mahu kembali ke Malaysia.[3]


Darurat II dari 1974-1982.Sasaran pertama ialah Timbalan Penguasa Polis (TPP), Wong Lin Hoon .Pada 12 Julai 1973, Ketua Inspektor Chin Kou ditembak mati di Serdang, Kedah. Pada Oktober 1973, Detektif Sarjan Chong Kek Oh ditembak mati di Sungai Siput, Perak.

Detektif Konstabel Lee See Kaw ditembak mati di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974. Pada 20 April 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin ditembak mati di Melaka dan empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua dibunuh di Chemor, Perak. Pada 6 Jun 1974, PKM bertindak dengan lebih berani apabila menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1974, PKM bertindak balas apabila Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berjaya melakukan lawatan dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China. Sebagai usaha memsabotaj dan bertindak balas ke atas hubungan diplomatik dengan negara China itu, PKM meletupkan jentera dan kelengkapan lain yang digunakan untuk membina Lebuh Raya Timur-Barat dari Grik ke Jeli , Kelantan. PKM bimbang dengan terbinanya lebuh raya tersebut, pergerakan pasukan keselamatan akan menjadi lebih mudah dan berupaya menyekat aktiviti ganas PKM.

Tahun 1975, PKM berazam untuk menjadikannya sebagai tahun pertempuran, 'year of combat'. Tindakan ganas dan perjuangan gerila diperhebatkan apabila 26 Ogos 1975, mengebom Tugu Negara dan dua minggu kemudian, melempar bom tangan ke Kem Pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur menyebabkan dua orang anggota terkorban dan 41 cedera. Pada 13 November 1975, Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak ditembak mati bersama-sama pemandunya, Sarjan Yeung Peng Cheong, di Ipoh, Perak.

Menurut rekod, antara tahun 1975 hingga 20 Disember 1982 terdapat 609 pertempuran dengan komunis telah berlaku. Sepanjang tempoh tersebut, 134 anggota keselamatan terkorban dan 556 cedera manakala di pihak komunis, 123 orang terkorban. Seramai 111 anggota PKM berjaya ditawan atau menyerah diri. Sebanyak 184 kem anggota PKM berjaya dikesan.[4]

Pengarah Cawangan Khas Dato’ Abdul Rahim Noor berjaya berunding dengan Chin Peng dan saki baki kepimpinan PKM untuk beberapa tahun, di Thailand dan China dan akhirnya pada tahun 1989, Persetujuan Perdamaian berjaya ditanda tangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Hatyai, Thailand.

PenghargaanSunting

Bagi mengenang jasanya, sebatang jalan di Ipoh telah dinamakan sempena namanya 'Jalan Koo Chong Kong'.

Namun pada 2001, Menteri Besar Perak Tan Sri Mohd Tajul Rosli Mohd Ghazali telah menamakan jalan ini sebagai 'Jalan Tabung Haji' kerana wujud bangunan baru Tabung Haji.Penukaran nama ini mendapat bantahan daripada Lim Kit Siang.[5] Tindakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ini tidak selaras dengan semangat menghormati pejuang membanteras pengganas komunis di Malaysia. Tambahan pula Koo Chong Kong telah diberi penghormatan tertinggi 'Tan Sri' oleh Yang di-Pertuan Agong.

RujukanSunting

  1. ^ [mokhtarpetah.blogspot.com PEGAWAI POLIS: BEKAS ANGGOTA PKS]
  2. ^ Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia
  3. ^ Berita Harian, 3 Jun 2009
  4. ^ Mengusung nestapa kekejaman komunisme[pautan mati kekal]
  5. ^ Bantahan Lim Kit Siang