Khulafa al-Rasyidin
Khulafa al-Rasyidin (الخلافة الراشدة al-Khilãfah ar-Rãšidah) merupakan yang pertama daripada lima khalifah utama yang ditubuhkan selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Tampuk kepimpinan dipegang oleh empat khalifah (pengganti) Nabi Muhammad S.A.W selepas kewafatannya pada 632 M atau 11 H. Mereka kemudiannya dikenali dalam golongan Sunni sebagai Rasyidun iaitu "khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk" (اَلْخُلَفَاءُ ٱلرَّاشِدُونَ al-Khulafāʾ ar-Rāšidūn). Istilah ini tidak digunakan oleh golongan Syiah kerana mereka menganggap tiga khalifah pertama sebagai tidak sah.[2]
Khulafa al-Rasyidin الخلافة الراشدة | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
632–661 | |||||||||||||||||
Khulafa al-Rasyidin mencapai kemuncak bawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan (رضي الله عنه), pada 654. | |||||||||||||||||
Ibu negara | Madinah (632–656) Kufah (656–661) | ||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Arab Klasik (rasmi), Bahasa Aramia/Syriak, Armenia, Baloch, Barbar, Koptik, Georgia, Greek, Parsi Tengah, Kurdis, Vulgar Latin, Prakrit, Bahasa Semitik, Iran | ||||||||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||||||||
Kerajaan | Khilafah | ||||||||||||||||
Khalifah | |||||||||||||||||
• 632–634 | Abu Bakar as-Siddiq (رضي الله عنه) (first) | ||||||||||||||||
• 634–644 | Umar bin al-Khattab (رضي الله عنه) | ||||||||||||||||
• 644–656 | Uthman bin Affan (رضي الله عنه) | ||||||||||||||||
• 656–661 | Ali Abi Talib ( الله عنه ) (pre - last) | ||||||||||||||||
• 661 | Hasan ibn Ali ibn Abi Talib ( رضي الله عنه ) (last) | ||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||
• Didirikan | 8 Jun 632 | ||||||||||||||||
• Dibubarkan | 28 Julai 661 | ||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||
655[1] | 6,400,000 km2 (2,500,000 bt2) | ||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||
• | 21,400,000 | ||||||||||||||||
Mata wang | Dinar, Dirham | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Sistem syura, perbincangan para sahabat menjadi salah satu daripada tonggak kerajaan sebelum melaksanakan keputusan.[3][4] Era pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dibahagikan kepada perkembangan mendadak dalam tempoh 25 tahun dan lima tahun konflik dalaman. Tentera Rasyidin sewaktu kemuncak kerajaan mempunyai lebih daripada 100,000 orang. Menjelang tahun 650-an, khilafah telah merangkumi Semenanjung Tanah Arab, Syam, Transcaucasus di utara, Afrika Utara dari Mesir ke Tunisia hari ini di barat dan kawasan plateau Iran ke Asia Tengah dan Asia Selatan di timur. [5]
Khilafah mula wujud selepas kewafatan Muhammad pada 632 M dan perdebatan tentang penggantinya. Abu Bakar as-Siddiq, sahabat rapat Muhammad dari suku Bani Taim dilantik sebagai pemimpin pertama dan memulakan penaklukan Tanah Arab. Dia memerintah dari tahun 632 hingga 634. Abu Bakar digantikan oleh pengganti lantikannya, Umar bin al-Khattab dari suku Bani Adi yang meneruskan penaklukan Persia, akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Sassanid pada tahun 651. Umar telah ditikam pada 644 M[6] dan digantikan oleh Uthman bin Affan yang dilantik melalui perbincangan antara 6 orang yang diatur oleh Umar. Bawah pemerintahan Uthman, kerajaan Islam diluaskan dengan penaklukan Armenia, Parsi dan Khurasan.[7] Uthman telah dibunuh pada 656 M[8] dan digantikan oleh Ali Abi Talib, yang membawa kepada peristiwa yang dikenali sebagai Fitnah Pertama (656-661). Perang ini melibatkan puak Muawiyah, sepupu Uthman dan Gabenor Syam yang menuntut pembelaan Uthman dan puak yang menyokong Khalifah Ali. Perang saudara ini juga membawa kepada kewujudan doktrin Syiah, dengan Syiah berpegang bahawa Ali merupakan khalifah pertama yang berhak dan Imam selepas Muhammad.[9] Terdapat juga pihak ketiga yang menyokong Gabernor Mesir, Amr bin al-As Selepas kematian Ali, perang itu akhirnya dengan penyerahan jawatan khalifah kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Umayyah.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (رضي الله عنه)Sunting
Untuk rencana lanjut, sila lihat Abu Bakar (رضي الله عنه)
Semasa Muhammad sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan khawarij. Tentangan itu tamat selepas Ali Abi Talib membaiahkan Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.
Beliau wafat pada tahun 634.
Khalifah Umar al-Khatab (رضي الله عنه)Sunting
Untuk rencana lanjut, sila lihat Umar bin al-Khattab (رضي الله عنه)
Semasa pemerintahan singkat Abu Bakar, Umar merupakan penasihat Abu Bakar. Abu Bakar mencalonkan Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintah Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam, seperti menubuhkan pentadbiran baharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan pertanian dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Kota Basra dan Kufah juga dibina semasa pemerintahannya.
Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.
Khalifah Uthman bin Affan (رضي الله عنه)Sunting
Untuk rencana lanjut, sila lihat Uthman bin Affan (رضي الله عنه)
Uthman menjadi khalifah selepas Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644 M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan angkatan tentera laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai Mushaf Uthman.
Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
Khalifah Ali bin Abu Talib (رضي الله عنه)Sunting
Untuk rencana lanjut, sila lihat Ali Abi Talib (رضي الله عنه)
Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Ali menjadi khalifah tetapi Ali menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju menjadi khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu Perang Jamal ("Perang Unta") antara tentera pimpinan Ali dengan pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang Jamal berjaya dipadam oleh Khalifah Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
Ali wafat pada tahun 661 Masihi akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.
Garis masa Khulafa al-RasyidinSunting
Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemeritahan khalifah tidak berlaku pada hari pertama tahun baru.

Kronologi Khulafa al-RasyidinSunting
- 632 M - Kewafatan Muhammad, Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah bin Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailamah.
- 633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
- 634 M - Kewafatan Abu Bakar. Umar bin Al-Khattab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
- 635 M - Penawanan Madain.
- 636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
- 637 M - Mesir ditawan.
- 638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
- 640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
- 644 M - Umar mati syahid akibat dibunuh. Uthman bin Affan menjadi khalifah.
- 645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
- 646 M - Kempen menentang Byzantine.
- 647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
- 648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Uthman.
- 656 M - Uthman wafat akibat dibunuh. Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
- 657 M - Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
- 659 M - Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
- 661 M - Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Rein Taagepera (September 1997). "Expansion and Contraction Patterns of Large Polities: Context for Russia". International Studies Quarterly. 41 (3): 495. doi:10.1111/0020-8833.00053. JSTOR 2600793.
- ^ Sowerwine, James E. (May 2010). Caliph and Caliphate: Oxford Bibliographies Online Research Guide (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press, USA. m/s. 5. ISBN 9780199806003.
- ^ Border crossings: toward a comparative political theory By Fred Reinhard Dallmayr
- ^ Tamadun Islam oleh Mustafa Hj. Daud, halaman 96.
- ^ Islam & demokrasi oleh Abdul Hadi Awang (Haji.), halaman 164.
- ^ Modern reformist thought in the Muslim world. By Mazheruddin Siddiqi, Adam Publishers & Distributors, p. 147
- ^ Ochsenweld, William; Fisher, Sydney Nettleton (2004). The Middle East: A History (ed. 6th). New York: McGraw Hill. ISBN 978-0-07-244233-5.
- ^ Hinds, Martin (October 1972). "The Murder of the Caliph 'Uthman". International Journal of Middle East Studies. 3 (4): 457.
- ^ Triana, María (2017-03-31). Managing Diversity in Organizations: A Global Perspective (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. m/s. 159. ISBN 9781317423683.