Ahmad Khuzaimi bin Piee (lahir 11 November 1993), juga digelar Jimmy, ialah seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai pemain pertahanan untuk pasukan Liga Super Malaysia, Negeri Sembilan dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Khuzaimi Piee
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Khuzaimi bin Piee
Tarikh lahir (1993-11-11) 11 November 1993 (umur 30)
Tempat lahir Krubong, Melaka, Malaysia
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Negeri Sembilan
Nombor 18
Kerjaya remaja
2009 Malacca
2010 MP Muar
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011 Malacca 26 (2)
2012 MP Muar 22 (0)
2013–2014 Malacca 16 (1)
2015–2016 PKNS 8 (0)
2016SAMB (pinjaman) 12 (0)
2016–2019 Melaka United 24 (2)
2018PKNP (pinjaman) 7 (0)
2020–2021 UiTM 20 (0)
2022 Negeri Sembilan 16 (0)
2023- Selangor F.C. 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2016- Malaysia 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Mei 2022
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mei 2022

Awal kehidupan sunting

Khuzaimi dilahirkan di Krubong, Melaka, Malaysia.[1]

Kerjaya kelab sunting

Belia sunting

Khuzaimi memulakan karier bola sepaknya dengan Melaka United (dahulu Melaka FA) B-21 dalam pertandingan Piala Presiden dan kemudiannya berpindah ke MP Muar.[2]

Melaka United sunting

Khuzaimi kemudian berpindah ke pasukan senior Melaka dalam Piala FAM peringkat ketiga selama dua tahun pada 2013 dan 2014.[3]

PKNS sunting

Pada 2015, beliau menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan PKNS.[3] Pada November 2014 beliau menyertai PKNS, membuat 3 penampilan liga. Dia hanya muncul dalam dua perlawanan untuk PKNS sebelum dipinjamkan kepada SAMB pada awal 2016.

SAMB (pinjaman) sunting

Semasa bersama PKNS beliau juga menghabiskan masa secara pinjaman di SAMB, membuat 7 penampilan liga dan menjaringkan 3 gol.[3]

Kembali ke Melaka United sunting

Pada Jun 2016 dia menyertai semula Melaka, yang menyaksikan dia bermain di bahagian pertahanan bersama Khair Jones dan Shin Jae-pil sehingga menjadi juara Liga Perdana Malaysia.[2] Beliau juga berjaya membuat 24 penampilan liga dan menjaringkan 2 gol.

PKNP (pinjaman) sunting

Beliau dipinjamkan oleh PKNP pada awal 2018 dan kembali ke Melaka pada penghujung musim.[4] Beliau membuat 7 penampilan liga.

UiTM sunting

Beliau menyatakan bahawa prestasinya telah merosot bersama Melaka United pada 2019, dan oleh itu, memutuskan untuk berpindah ke UiTM pada 2020 untuk memperoleh semula prestasinya.[5]

Negeri Sembilan sunting

Selepas UiTM telah diturunkan ke Liga Perdana, beliau menyertai Negeri Sembilan pada 2022 agar dapat terus bermain dalam Liga Super.[6]

Selangor sunting

Pada tanggal 20 Disember 2022, beliau bersetuju menyertai Selangor F.C. untuk musim tahun 2023 selepas kontraknya di Negeri Sembilan sudah tamat.[7]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada September 2016, Khuzaimi menerima panggilan pasukan kebangsaan pertamanya untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura dan Afghanistan walaupun beliau masih bermain di divisyen dua, Liga Perdana Malaysia.[8][9] Bagaimanapun, beliau hanya bermain dalam satu perlawanan, di mana beliau membuat penampilan sulung bagi Malaysia menentang Afghanistan pada 11 Oktober 2016, sebagai pemain gantian untuk Nazirul Naim pada minit ke-68.[10][11][12]

Beliau tidak bermain untuk pasukan kebangsaan lagi untuk enam tahun akan datang selepas penampilan sulungnya. Khuzaimi menyatakan bahawa kecederaan yang dialaminya menjejaskan prestasinya dan mungkin menjadi punca beliau lama tidak dipanggil.[13]

Pada Mac 2022, dia dipanggil sekali lagi dalam skuad 25 pemain menentang Filipina, Singapura dan Albirex Niigata Singapura.[14]

Statistik kerjaya sunting

Antarabangsa sunting

Sehingga 27 Mei 2022
Penampilan dan gol oleh pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Pen. Gol
Malaysia 2016 1 0
2022 2 0
Jumlah 3 0

Kelab sunting

Sehingga 1 Julai 2018
Kelab musim Liga Piala Piala Liga Kontinental Jumlah
Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Melaka United 2016 5 0 0 0 6 0 11 0
2017 15 2 2 0 3 0 20 2
Jumlah 20 2 2 0 9 0 0 0 30 2
PKNP 2018 2 0 2 0 0 0 4 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Rujukan sunting

  1. ^ "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2022-03-24. The Krubung-born started his career [...].
  2. ^ a b "AHMAD KHUZAIMI PIEE". Melaka United Media. Dicapai pada 2022-03-24.
  3. ^ a b c "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2022-03-24.
  4. ^ "Khuzaimi tekad pacu Melaka United". Berita Harian.
  5. ^ "UITM FC BERJAYA PERBAIKI PRESTASI SAYA – KHUZAIMI PIEE – Malaysian Football League" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-24.
  6. ^ "Pengalaman luas aset Khuzaimi". Harian Metro.
  7. ^ "Khuzaimi Piee Officially Joins Selangor FC". selangorfc.com. Dicapai pada 2023-11-06.
  8. ^ "SENARAI 25 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN BERTEMU SINGAPURA & AFGHANISTAN | FAM". fam.org.my.
  9. ^ "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2022-03-24.
  10. ^ "PERSAHABATAN: MALAYSIA 1 AFGHANISTAN 1 | FAM". fam.org.my.
  11. ^ "Malaysia 1-1 Afghanistan: Hadin's first international goal helps Tigers earn a draw - Goal.com". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). 11 October 2016.
  12. ^ "(Football) Malaysia persevere for 1-1 draw with Afghanistan". NST Online.
  13. ^ "Rizal ada alasan perbadinya sendiri", Khuzaimi Piee akui susah dapat rentak selepas kecederaan dulu (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2022-03-24
  14. ^ "SENARAI 25 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE FAS TRI-NATIONS SERIES 2022 DI SINGAPURA | FAM". fam.org.my. Dicapai pada 2022-03-23.