Kiatisuk Senamuang

Thai footballer

Leftenan Polis Kiatisuk "Zico" Senamuang juga digelar sebagai (Bahasa Thai: เกียรติศักดิ์ เสนาเมือง, lahir 11 Ogos 1973, di Udon Thani) adalah pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Thai yang dimainkan di antara 1989 hingga oktober 2007. Dia bermain sebagai penyerang dan menjaringkan 251 gol daripada 339 penampilan sepanjang kerjaya 18 tahun beliau. Bekas penyerang legenda bermain untuk kelab di Malaysia, Singapura, England dan Vietnam dan juga kelab-kelab tanahairnya. Kiatisuk juga memperoleh 131 kaps dan menjaringkan 70 gol untuk negara ini antara 1992 hingga 2007.[1] Pada tahun 1996 ketika bermain untuk Raj Pracha FC, beliau menjaringkan sejumlah 127 gol dalam 71 perlawanan, mencapai rekod penjaring terbanyak dalam satu tahun kalendar (yang tidak diiktiraf.)

Kiatisuk Senamuang
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1973-08-11) 11 Ogos 1973 (umur 47)
Tempat lahir Udon Thani, Thailand
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)
Posisi permainan Penyerang (Bersara)
Maklumat kelab
Kelab terkini
Thailand (Ketua Jurulatih)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1989–1995 Krung Thai Bank 145 (121)
1995–1996 Raj Pracha 27 (32)
1997–1998 Royal Thai Police 25 (27)
1998–1999 Perlis 21 (22)
1999–2000 Huddersfield Town 20 (18)
2000–2001 Raj Pracha 26 (29)
2001–2002 Singapore Armed Forces 20 (18)
2002–2006 Hoàng Anh Gia Lai 75 (102)
Jumlah 362 (352)
Pasukan kebangsaan
1992–2007 Thailand 131 (126)
Pasukan diurus
2006 Hoàng Anh Gia Lai
2008 Chula United
2008–2009 Chonburi
2010 Hoàng Anh Gia Lai
2011–2012 Chula United
2012 Bangkok
2013– Thailand B-23
2014– Thailand
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5:54, 16 Jan 2011 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5:54, 16 Jan 2011 (UTC)

Kiatisuk adalah ketua jurulatih semasa pasukan senior Thailand dan pasukan Thailand B-23. Sebelum ini beliau juga merupakan jurulatih sementara pasukan Thailand pada tahun 2013.[2]


RujukanSunting

Pautan luarSunting