Hamzah bin Mohd Taib

(Dilencongkan dari Kid Search)

Hamzah bin Mohd Taib atau lebih dikenali dengan nama Kid atau Kit (lahir 30 November 1967) merupakan pemain gitar utama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search yang tidak asing lagi dengan lagu malar segar mereka, Isabella.Kid juga mendapat gelaran king of tremolo kerana alunan dan permainan beliau yg begitu mengasyikan dengan kemahiran bermain tremolo.Sebelum menganggotai Search, beliau terlebih dahulu memulakan karier profesionalnya sebagai pemain gitar utama kumpulan Gersang yang mula menempa nama pada tahun 1988 di bawah bimbingan Rahim Othman. Beliau juga merupakan adik kepada Nordin yang juga pemain gitar irama Search.

Kid
Kid selaku pemain gitar utama Search semasa Konsert Unplugged pada tahun 1995
Latar belakang
Nama lahirHamzah bin Mohd Taib
Juga dikenali sebagai
Kid, Kit, Kid Search, Kid Gersang
Kelahiran (1967-11-30) 30 November 1967 (umur 56)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPemuzik, Komposer
InstrumenGitar Utama
Tahun aktif1987–kini
Syarikat rakaman
Rahim Othman Production (ROP)
Go-Search Sdn. Bhd.
PMC/BMG
Pengkarya berkait
Kumpulan Search
Kumpulan Gersang
Kumpulan Dragon Malaya
Alat muzik terkenal
Kramer Pacer Custom II

Kerjaya Awal sunting

Selepas tamat zaman persekolahan pada tahun 1984, Hamzah atau Kid memutuskan untuk mengikut jejak abangnya, Nordin yang juga pemain gitar irama Search untuk menjadikan muzik sebagai karier profesionalnya. Karier Kid hanya bermula apabila beliau menyertai kumpulan Fire Starter pada tahun 1985 sebagai pemain gitar kedua bersama Man Bai (vokal) dan Jack Rostam (gitar utama). Pada tahun 1986, Kid telah berhijrah ke kumpulan Gersang sebagai pemain gitar utama menggantikan tempat Samad Lefthanded dan turut menyertai Kid berhijrah ialah Man Bai sebagai vokalis Gersang.

Kemudian, beliau bersama Man Bai, Ajib (gitar kedua), Yem Popeye (bass) dan Razak Kerajaan (dram) menyertai pertandingan Rock Festival Malaysia pada tahun yang sama dan mereka dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Mereka kemudiannya dihampiri Rahim Othman (bapa saudara Kid) yang melamar mereka untuk menjadi artis rakaman, seterusnya mengajak mereka untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

Namun atas komitmen dan hala tuju yang berlainan, Gersang meneruskan misi dengan tiga orang anggota apabila Kid berjaya mengajak Man Bai & Man Greng (bass) untuk turut serta dalam misi tersebut. Di Kuala Lumpur, mereka mendapat anggota baru dengan penyertaan seorang pemuda bernama Jojet yang juga merupakan anak jati Ampang.

Lengkap sahaja empat orang anggota, Kid bersama anggota Gersang yang lain kemudiannya memasuki Booty Studio, Kuala Lumpur untuk memulakan sesi rakaman album pertama yang diberi judul Gersang pada tahun 1987. Album yang hit dengan lagu Masih Aku Terasa ternyata mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat industri muzik tempatan apabila album tersebut mencatatkan jualan melebihi 90,000 unit.

Pada tahun 1988, mereka telah menghasilkan album kedua yang diberi judul Takdir di mana Acis dibawa masuk sebagai pemain keyboard tetap Gersang. Album yang hit dengan lagu Suratan Takdir telah mencatatkan jualan yang memberangsangkan apabila terjual melebihi 80,000 unit.

Bersama Kumpulan Search sunting

Pada penghujung tahun 1988, Kid menghadiri satu ujibakat yang dijalankan oleh kumpulan Search untuk mencari pemain gitar utama baharu setelah mereka kehilangan Hillary Ang buat kali kedua ketika rakaman album studio ketiga Search, Fenomena sedang dalam proses. Semua anggota Search kecuali Nordin yang tidak tahu akan penyertaan adiknya, tertarik dengan bakat beliau lalu terus sahaja mengambil beliau sebagai pemain gitar utama mereka yang baharu. Hal ini telah menyebabkan Kid mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Gersang dan meminta rakannya, Ajib untuk menggantikan tempat beliau dalam kumpulan tersebut.

Kehadiran beliau dalam Search ternyata telah mencetuskan satu fenomena baharu apabila lagu malar segar mereka, Isabella mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lagu tersebut berjaya menembusi pasaran muzik di Indonesia. Permainan gitar utama beliau yang cukup 'berhantu' dalam lagu tersebut telah membuka mata ramai pihak bahawa Search masih mampu bertahan dalam industri biarpun Hillary bukan lagi pemain gitar utama mereka. Lagu tersebut juga telah merangkul kejayaan terbesar dalam pertandingan akhir Juara Lagu '89 apabila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik (Juara Keseluruhan) selain mendapat anugerah Lirik Terbaik dan tempat pertama dalam kategori Persembahan Terbaik.

Bersama Search, Kid telah mengecapi banyak kejayaan di dalam dan luar negara selama lebih kurang sepuluh tahun sebelum berpecah pada penghujung 90-an setelah vokalisnya, Amy meninggalkan kumpulan tersebut untuk menjadi artis solo.

Beliau bersama Awie (vokal), Yem Bai (bass) dan Jojet (dram) kemudiannya menubuhkan band projek, Dragon Malaya pada tahun 2000.

Latar belakang sunting

Kid telah dilahirkan pada (1967-11-30) 30 November 1967 (umur 56) di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada 12 orang adik-beradik di mana bapa beliau, Allahyarham Taib Othman merupakan seorang komposer dan pengarah muzik terkenal yang juga abang kepada bekas anggota kumpulan Carefree iaitu Allahyarham Rahim Othman. Selain Din, Kid mempunyai seorang lagi abang iaitu Musa atau Lomaq yang merupakan pemain bass Kumpulan Kris dan bekas anggota Kumpulan Mega. Kid juga mempunyai 2 orang adik-beradik tiri yang turut mencipta nama dalam industri muzik tempatan iaitu Ajid Ababil/G.E.T dan Allahyarham Hafiz UG14.

Kerjaya Lain sunting

Selain bergelar pemain gitar, Kid juga merupakan usahawan yang berjaya. Beliau kini aktif menjalankan perniagaan rangkaian restoran Bangi Kopitiam di sekitar Bangi, Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Bukan itu sahaja, kedainya juga mempunyai cawangan di Indonesia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan di sana.

Beliau yang juga merupakan bapa kepada dua orang anak iaitu Fazlinda dan Aaqil Naquidean, masih aktif sebagai gitaris utama kumpulan Search. Di samping sibuk menguruskan Bangi Kopitiam dan memberi komitmen sebagai gitaris Search, Kid juga sempat meluangkan masa bagi berkongsi pengalamannya itu dengan generasi muda yangberkongsi pengalamannya bersama 12 peserta rancangan Misi 12 terbitan Astro Ria. Menerusi rancangan yang disiarkan setiap Selasa pukul 9 malam mulai 7 Februari lalu itu, Kid mencurahkan pengalamannya dalam bidang perniagaan dan muzik kepada para peserta rancangan tersebut sepanjang tujuh minggu.[1]

Album sunting

Kumpulan Gersang sunting

  1. Gersang (1987)
  2. Takdir (1988)

Kumpulan Search sunting

  1. Fenomena (1989)
  2. Search Live (1989)
  3. Karisma (1990)
  4. Sepuluh Tahun (1991)
  5. Rampage (1992)
  6. Double Trouble, bersama Wings (1992)
  7. Terbaik (1994)
  8. Gema Di Timur Jauh (1995)
  9. Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995)
  10. Rock 'N' Roll Pie (1996)
  11. Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)
  12. Double Trouble 2, bersama Wings (1998)
  13. Bikin Wilayah, bersama Awie (1998)
  14. Rockestra (2001)
  15. Fenomena 2003 (2003)
  16. Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007)
  17. Katharsis (2017)

Dragon Malaya (Bersama Awie) sunting

  1. Rentap (2000)
  2. Kuda Tiga Kaki (2000)
  3. Bumi Kita Ada Naga (2000)

Pemuzik Undangan sunting

  • Kau Yang Tidak Mengerti (1990 / Teja - Album TEJA)
  • Tiara (1991 / Kris - Album TIARA)
  • Fiona (1992 / 4U2C - Album 4U2C)
  • Teratai (1994 / Amy - Tribute to Ramli Sarip)
  • Mana Ada Jalan (1999 / KU2 - Album Baru Aku!)
  • Hai Obat (2007 / Bob KU2 & Brudu - Ini Baru Rock!!)
  • Apa Kono Eh Jang (2007 / Bob KU2 & Brudu - Ini Baru Rock!!)

Lagu Ciptaan sunting

  • Si Rama Rama (1988 / Gersang - Takdir)
  • Percintaanku (1988 / Gersang - Takdir)
  • Mana Ada Jalan (1999 / KU2 - Album Baru Aku!)

Filem sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kid jadi mentor kejayaan Kopitiam, Search". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-12-21.

Pautan luar sunting