Kijang (kawasan negeri)

Kijang merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Kelantan, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan kod N.05.[5] Kawasan pilihan raya ini mula dipertandingkan pada 1995 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Kelantan mengikut sistem undian terbanyak. Kijang merupakan satu daripada tiga kawasan pilihan raya negeri yang terletak di dalam kawasan parlimen Pengkalan Chepa (P.020).[2][4]

N.05 Kijang
Kawasan pilihan raya  Kelantan
Koordinat:6°11′42″N 102°16′10″E / 6.195128°N 102.269554°E / 6.195128; 102.269554Koordinat: 6°11′42″N 102°16′10″E / 6.195128°N 102.269554°E / 6.195128; 102.269554
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Kelantan
ADUN
 
 
 
Izani Husin
PN
Kawasan pilihan raya diwujudkan1994
Kali pertama dipertandingkan1995
Demografi
Populasi (2020)[1][2]34,503
Pemilih (2018)[3][4]22,173
Luas (km²)[4]24

Kedudukan sunting

DUN Kijang merupakan satu daripada 45 buah kerusi yang diwakilkan dalam Dewan Undnagan Negeri Kelantan. Ia terletak di bahagian utara negeri Kelantan berhadapan dengan Laut China Selatan. Kawasan ini berjiran dengan, DUN Chempaka di bahagian timur, DUN Tanjong Mas di bahagian selatan, DUN Pasir Pekan di bahagain barat daya, dan DUN Kelaboran di bahagian barat.[6] DUN Kijang secara pentadbirannya terletak dalam Jajahan Kota Bharu, dan mempunyai sebanyak sembilan buah daerah mengundi.[7] Ketinggian bentuk muka bumi maksimum di DUN Kijang ialah 20 meter (66 ka) dari paras laut.[1]

Demografi sunting

Pecahan etnik di DUN Kijang (2020)
Kaum-kaum Peratus
Bumiputera
  
97.7%
Cina
  
1.6%
India
  
0.6%
Lain-lain
  
0.0%

Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus2020), kawasan pilihan raya Kijang mempunyai jumlah penduduk seramai 34,503 orang. Daripada jumlah keseluruhan, ia mempunyai 50.1 peratus penduduk yang berjantina lelaki manakala 49.9 peratus penduduk pula merupakan berjantina perempuan. Majoriti penduduk di kawasan DUN Kijang merupakan kaum Bumiputera (seperti Melayu dan orang Asli), membentuk sebanyak 97.7 peratus penduduk. Diikuti dengan, 1.6 peratus penduduk di kawasan DUN Kijang pula merupakan berkaum Cina manakala penduduk berkaum India pula sebanyak 0.6 peratus. Kebanyakan penduduk di DUN Kiajng merupakan waragnegara Malaysia jumlah sebanyak 96.7 peratus manakala selebihnya iaitu 3.3 peratus merupakan penduduk bukan berwarganegara Malaysia.[1][2] Keluasan kawasan negeri ini ialah 24 kilometer persegi (2,400 he) dengan mempunyai jumlah kepadatan penduduk seramai 1,438 orang perkilometer persegi.[1][2]

Daerah mengundi sunting

Berdasarkan warta yang diperakui pada tahun 2016, kawasan pilihan raya Kijang merangkumi sembilan daerah mengundi iaitu Pulau Pisang, Pulau Kundor, Semut Api, Kedai Buloh, Kijang, Banggol, Tikat, Kampung Penambang dan Kampung China.[4][8]

Pusat mengundi sunting

Daerah mengundi Nombor kod Pusat mengundi[8] Bilangan
pemilih (2016)[4]
Nama pusat mengundi Lokasi pusat mengundi
Pulau Pisang 020/05/01 Sekolah Kebangsaan Che Latiff Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu 3,092
Pulau Kundor 020/05/02 Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu 1,492
Semut Api 020/05/03 Sekolah Kebangsaan Semut Api Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,883
Kedai Buloh 020/05/04 Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu 3,445
Kijang 020/05/05 Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,053
Banggol 020/05/06 Sekolah Kebangsaan Abdul Hadi Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,485
Tikat 020/05/07 Sekolah Kebangsaan Redang Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 757
Kampung Penambang 020/05/08 Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 2,294
Kampung China 020/05/09 Sekolah Kebangsaan Penambang Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu 1,493
Jumlah keseluruhan pemilih (orang) 19,994

Sejarah sunting

Sejarah perwakilan sunting

ADUN Kijang
Dewan Tahun Ahli Parti
Kawasan diciptakan daripada Banggol
Ke-9 1995-1999 Abdul Halim Abdul Rahman PAS
Ke-10 1999-2004
Ke-11 2004-2008 Husam Musa
Ke-12 2008-2013 Wan Ubaidah Omar
Ke-13 2013-2018
Ke-14 2018-2020 Izaini Husin
2020- PN (PAS)

Sejarah pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Kelantan 2018
Parti Calon Undian % ∆%
PAS Izani Husin 9,998 58.44
BN Wan Shahrul Azuan Wan Ab Aziz 5,281 30.87
PH Nik Azmi Nik Man @ Nik Osman 1,828 10.69 N/A
Jumlah undi sah 20,796 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 222
Kertas undi tidak dikembalikan 0
Keluar mengundi 17,536 79.10
Pengundi berdaftar 22,173
Majoriti 4,717 37.31
PAS kekal Peralihan

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "OpenDOSM - Kawasanku". OpenDOSM. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 31 Januari 2023.
  2. ^ a b c d "Statistik Subnasional Parlimen dan DUN: Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan" (PDF). Parlimen Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. Februari 2022. ISBN 978-967-0010-10-6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Jun 2023. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  3. ^ "2018第14屆全國大選成績表: 吉蘭丹" [Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 2018: Kelantan] (PDF) (dalam bahasa Cina). Guang Ming Daily. 11 Mei 2018. m/s. G6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Mei 2018. Dicapai pada 3 Januari 2023.
  4. ^ a b c d e "Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-12. Dicapai pada 2018-05-15.
  5. ^ "Kod dan Klafikasi Parlimen dan DUN" (PDF). www.dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  6. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  7. ^ "Panduan Kawasan DUN". smplucee.ukm.my. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  8. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  9. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.
  10. ^ "14th General Election Malaysia (GE14/PRU14) - Kelantan". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Januari 2021.