Kim Hong-jip (Hangul김홍집, nama lahir: Kim Goeng-jip (Hangul김굉집); 1842–1896) ialah seorang negarawan dan pemikir dari Kerajaan Joseon. Beliau merupakan tokoh penting dalam Pembaharuan Gabo, suatu tindakan yang bertujuan memperbaharui segala aspek dalam masyarakat kerajaan Raja Gojong dan Permaisuri Myeongseong pada ketika itu.

Kim Hongjip
Nama Korea
Hangul김홍집
Hanja
Perumian SemakanGim Hong-jip
McCune–ReischauerKim Hongjip
Nama pena
Hangul도원
Hanja
Perumian SemakanDowon
McCune–ReischauerTowŏn
Nama sopan
Hangul경능
Hanja
Perumian SemakanGyeongneung
McCune–ReischauerKyŏngnŭng

Dalam kerajaan

sunting

Misi memperbaharui Joseon

sunting

Pada tahun 1881, beliau dengan satu pasukan dihantar oleh Permaisuri Myeongseong berangkat ke Jepun untuk melihat perkembangan di sana. Kim dan pengikutnya terkejut mendapati kota-kota di Jepun lebih cepat membangun daripada yang ada di Joseon 50 tahun sebelumnya, terutamanya Tokyo dan Osaka. Di sambil itu, mereka memperolehi maklumat mengenai inovasi yang diwujudkan Jepun hasil hubungan negara itu dengan dunia Barat; dari segi infrastruktur dan pengangkutan[1] Hasil laporan yang dihimpunkan dipersembahkan kepada baginda Maharani yang mengarahkannya disebarkan kepada para menterinya. Kelompok cendekiawan dalam kalangan yangban yang menganggap ia merosakkan susunan masyarakat Joseon sangat membantah pengenalan kepada idea-idea baru yang diilhamkan itu, malah Kim dituduh mereka sebagai pembelot yang memaling tadah kepada pihak Jepun yang dianggap sebagai musuh kerajaan Joseon.[2]

Pembunuhan

sunting

Pada Oktober 1896, Maharani Myeongsong dibunuh oleh sekumpulan ronin yang taat setia kepada kerajaan Jepun di persemayamannya di Istana Gyeongbokgung,[3] tidak lama selepas baginda menuntut tindakan mengukuhkan kedaulatan Joseon yang dianggap terancam oleh campur tangan Jepun yang berjiranan serta menjalinkan hubungan antara kerajaan baginda dengan Empayar Rusia. Maharaja Gojong dan Putera Mahkota Sunjong melarikan diri ke bangunan kedutaan Rusia di Seoul tidak lama selepas kejadian tersebut. Kim merancang mahu membunuh diri atas rasa kesedihan dan taat setia beliau kepada baginda, namun Yu Kil-chun menghalangnya daripada melakukan demikian.[4]

Krisis politik yang tercetus akibat pembunuhan ini memarakkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Korea melalui pemaktuban undang-undang tertentu, pewujudan tentera sukarelawan khas serta rusuhan dan tunjuk perasaan di seluruh negara tersebut.[5] Kim diserang dalam salah satu rusuhan ini atas sebab hubungkaitnya yang dilihat menyokong Jepun di mana beliau diinjak dan dibelasah perusuh sehingga mati. Mayatnya dipenggal dan dipotong-potong lalu dibawa ke kawasan-kawasan serata Korea. Isterinya membunuh dirinya serta anak-anak lelaki mereka bagi mengelakkan malu besar yang menyusul dari kejadian mengerikan itu.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ "한국근현대사사전(Ensiklopedia Sejarah Moden Korea)  : 수신사(Susinsa)".
  2. ^ "Akademi Pengajian Korea(한국학중앙연구원):수신사(Susinsa)".
  3. ^ Park, Jong-hyo (박종효) (1 Januari 2002). "일본인 폭도가 가슴을 세 번 짓밟고 일본도로 난자했다" [Gerombolan Jepun memijak dada baginda lalu menikamnya dengan kuat menggunakan katana]. Sindonga 新東亞. m/s. 472–485.
  4. ^ 유동준 (Yoo Dong-jun) (1997). "『유길준전』(Buku Yu kil-chun)". Iljogak (일조각). m/s. 205. Missing or empty |url= (bantuan)
  5. ^ 아관파천 (dalam bahasa Korea). Naver/Doosan Encyclopedia.
  6. ^ "Navercast" (dalam bahasa Korea).