Kim Rossi Stuart (lahir Oktober 31, 1969) adalah seorang pelakon Itali.

Kim Rossi Stuart
Kelahiran (1969-10-31) 31 Oktober 1969 (umur 54)
Tahun aktif1986

Career sunting

Kim Rossi Stuart dilahirkan di Rom. Bapanya, Giacomo, juga seorang pelakon. Ibunya adalah seorang bekas top model.

DIa bermula berlakon pada usia 5. Dia belajar teater dan pada 1986 bermula berlakon seringkali, terutamanya di pengeluaran TV seperti Fantaghirò dan untuk pawagam dengan sebuah watak kecil dalam The Name of the Rose. Dia mencapai kemasyhuran dengan Il Ragazzo dal Kimono d'oro dan dalam filem Poliziotti ("Policemen"). Selepas filem komersial ini, dia mula berlakon hanya dalam filem kualiti, seperti Senza pelle, di mana wataknya, seorang lelaki dengan masalah psikologi, dan dinilai oleh pengkritik. Kemudian dia berlakon dengan pengarah Antonioni dalam Al di là delle nuvole, dan sebuah fiksyen TV pengeluaran antarabangsa Il rosso e nero.

Rossi Stuart kembali ke lakonan di tater dengan Re Lear dan dengan pelakon-pelakon Itali, seperti Turi Ferro dalam karya Il visitatore. Pada 2004, dia berlakon dalam Le chiavi di casa ("The Keys to the House"), seperti seorang bapa yang cuba untuk menggabungkan suatu perhubungan dengan anak lelaki remajanya yang cacat ketika menemuinya untuk pertama kali. Kemudian dia bermain watak Mimmo dalam filem-TV Il tunnel della libertà (2004) dan dia telah ada salah satu watak utama (Freddo) dalam Romanzo criminale Michele Placido (2005, berasas buku, tajuk bahasa Inggeris Crime Novel).

Wayang terkini Rossi Stuart adalah Anche libero va bene, juga seorang pengarah.

Trivia sunting

  • Dia menutur bahasa Inggeris, bahasa Perancis, dan bahasa Itali.
  • Mempunyai tiga orang adik-beradik perempuan: Ombretta, Valentina dan Loretta.
  • Meninggalkan ibu bapanya sewaktu usia 14 tahun dan juga meninggalkan sekolah untuk memulakan pekerjaannya sebagai seorang pelakon.
  • Dia seorang perenang yang bagus.
  • Rossi Stuart telah bernikah dengan pelakon Veronica Logan
  • Hampir meninggal dunia dalam suatu kemalangan motorsikal tiga tahun lepas.
  • Penulis kegemaran adalah Dostoevsky dan Chekov.
  • Penggubah muzik kegemaran adalah Bach dan Beethoven.
  • Dia bermain trumpet.
  • Ternyata masih bujang.

Pautan luar sunting

Templat:Italy-actor-stub