Kimchi jjigae (sebutan bahasa Korea: [kimtɕʰi tɕ͈iɡɛ]) ialah sejenis masakan Korea berupa jjigae, atau stew, yang diperbuat daripada kimchi dan bahan lain, seprti daun bawang, bawang, potongan tauhu, daging babi dan makanan laut, namum daging babi dan makanan laut tidaklah digunakan pada masa yang sama. Ia merupakan jjigae yang paling lazim di Korea.

Kimchi jjigae
JenisJjigae
Tempat asalKorea
Bahan utamaKimchi, daun bawang, bawang, potongan tauhu, daging atau makanan laut
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kimchi jjigae
Hangul김치찌개
Perumian Semakangimchi jjigae
McCune–Reischauerkimch'i tchigae

Sejarah sunting

Kimchi diketahui dimakan sebagai sayuran jeruk, dan menjadi kimchi yang diketahui kini pada era pertengahan Joseon, apabila cili mula diperkenalkan di negara tersebut. Kimchi jjigae dianggap mula diperkenalkan sekita zaman tersebut juga.[1]

Penyediaan dan sajian sunting

Kimchi jjigae sering dimasak di rumah-rumah orang Korea dengan menggunakan kimci "masak" yang lebih lama tertapai atau dijerukkan, mewujudkan rasa yang lebih kuat dan kandungan bakteria "baik" yang lebih banyak seperti dalam yogurt. [2] Walau bagaimanapun, bakteria hidup yang wujud dalam kimchi segar yang tidak dimasak tetap tidak bertahan dalam proses masakan tersebut. Stew tersebut dikatakan lebih kuatrasanya dengan kimchi matang, manakala kimchi baru mungkin tidak menghasilkan rasa yang lebih. Kimchi merupakan bahan utama dalam kimchi jjigae, dan penggunaan bahan lain adalah bergantung kepada kehendak dan cita rasa masing-masing.

Potongan kimchi diletakan dalam periuk bersama daging lembu, daging babi ataupun makanan laut, tauhu, hirisan daun bawang, bawang putih, dan semuanya direbus dalam air atau stok ikan bilis. Stew diperisakan dengan doenjang (pes kacang), haszing duu (air pedas), atau gochujang (pes cili merah).[1]

Seerti kebanyakan masakan Korea lain, kimchi jjigae lazimnya diletakkan di tengah-tengah meja dan diiringi dengan pelbagai banchan (hidangan sampingan berupa lauk) dan nasi. Ia lazimnya dimasak dan disaji secara panas mendidih dalam periuk batu.

Kepelbagaian sunting

Selain bahan biasa iaitu daging lembu, babi, atau ayam, sesetengahnya dipanggil mengikut nama tersendiri.

  • Chamchi kimchi jjigae (참치 김치찌개) diperbuat daripada tuna, lazimnya yang ditin, ke dalam jjigae. Ia popular untuk perkhemahan atau perkelahan kerana mudah untuk disediakan.[3]
  • Ggongchi kimchi jjigae (꽁치 김치찌개) daripada ikan saury Pasifik.
  • Budae jjigae (부대찌개) diperbuat daripada campuran pelbagai jenis bahan - mi (lazimnya mi ramen), tuna, spam, sayur, dsb. - ke dalam kuah kimchi jjigae. Budae bermaksud “unit tentera” di Korea; jenis kimchi jjigae terkenal di kalangan askar yang mendapati adalah lebih sesuai untuk memasukkan apa sahaja bahan yang mereka ada ke dalam kuah jjigae.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b (Korea) Kimchi jjigae Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  2. ^ . (Korea) Bacteria in kimchi, Doctor's News, 2009-05-18. Retrieved 2010-06-24.
  3. ^ (Korea) Tuna in jjigae, Hankyung News, 2010-01-19. Retrieved 2010-06-24.

Pautan luar sunting