Kimera atau dalam bahasa Inggeris chimera (Bahasa Yunani Kuno: Χίμαιρα, Khímaira) ialah organisma yang berasal daripada individu yang berlainan, atau terdiri daripada tisu yang mempunyai dua genotip yang berlainan.[1] Manakala Mozek (Mosaic) ialah organisma yang berasal daripada embrio yang sama tetapi mempunyai tisu yang berlainan gen. Ini berpunca daripada proses mutasi atau kromosom tidak normal yang muncul pada perkembangan awal embrio.

Tikus kimera dengan anaknya

Kekerapan kimera dan mozek pada manusia tidak ketahui tetapi hampir sebahagian mamalia merupakan sejenis mozek.

Kimerisme Manusia sunting

Kimerisme manusia mula diketahui semenjak penemuan pengelasan jenis darah, yang mana sesetengah manusia mempunyai dua jenis darah yang berbeza. Kebanyakannya merupakan kimera darah, iaitu pasangan kembar tak seiras yang berkongsi bekalan darah di dalam rahim.[2][3]

Embrio kembar selalunya berkongsi bekalan darah di plasenta, membenarkan sel tunjang (stem cell) untuk bergerak daripada satu embrio ke embrio yang lain dan melekat pada sum sum tulang embrio tersebut. Akibatnya hampir 8% kembar tidak seiras mempunyai darah kimera.

Mikrokimerisme pula berlaku apabila darah membawa sel-sel darah asing yang mungkin berpunca daripada bekalan darah daripada plasenta ibu ke fetus, atau pemindahan darah. Sesetengah penyelidik berpendapat kehadiran sel darah putih asing mungkin boleh membantu dalam menerangkan punca sakit autoimunisasi, yang mana sistem imun menyerang tisu badan sendiri.

Kimera yang sebenar sangat jarang berlaku. Kimera boleh terbentuk apabila dua embrio berlainan bergabung sebaik sahaja selepas persenyawaan. Kimera agak sukar dikenal pasti. Contoh kimera ialah individu yang mengalami hermafroditisme atau biasanya dipanggil khunsa.

Kemozekan sunting

Kemozekan atau Mosaicism lebih biasa berlaku pada manusia. Mozek manusia berlaku apabila kesilapan semasa pembahagian sel (1) menghalang kromosom berpisah pada bilangan yang tepat (untuk setiap setiap sel), atau (2) menyebabkan mutasi pada gen sel tunggal. Jika ini berlaku pada satu daripada pembahagian pertama sel selepas pensenyawaan, sebahagian besar sel akan mewarisi kecacatan yang sama.

Kesan kesan daripada kemozekan ialah penyakit kulit bertompok. Kepelbagaian sifat pada pigmen kulit menyebabkan corak yang dipanggil Garisan Blaschko, termasuk jalur jalur berbentuk V yang kadang kala hanya boleh dilihat dengan sinaran ultra ungu.

Lihat juga sunting

Kimera atau dalam bahasa Inggeris Chimera merupakan binatang purba dalam mitodologi Yunani yang mempunyai bahagian badan daripada singa, kambing dan naga.

Rujukan sunting

  1. ^ Friedman, Lauren. "The Stranger-Than-Fiction Story Of A Woman Who Was Her Own Twin". Dicapai pada 4 August 2014.
  2. ^ Norton, Aaron; Ozzie Zehner (2008). "Which Half Is Mommy?: Tetragametic Chimerism and Trans-Subjectivity". Women's Studies Quarterly. Fall/Winter: 106–127.
  3. ^ Boklage, C.E. How New Humans Are Made. Hackensack, NJ; London: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd; 2010

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting