Kimono Masa Kini sunting

 Kimono sering digunakan sebagai pakaian harian masyarakat Jepun sehingga Perang Dunia Kedua. Namun begitu, permintaan terhadap kimono semakin berkurangan selepas Perang Dunia Kedua berakhir kerana masyarakat Jepun mula menggunakan pakaian Barat sebagai pakaian harian mereka. Sejak itu, harga kimono telah menjadi lebih mahal dan orang Jepun kini sering menganggap kimono sebagai pakaian yang mewah.

Persepsi dan penggunaan kimono wanita Jepun kini sunting

 Hal ini dibuktikan melalui satu soal selidik yang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun pada tahun 2015 yang menjelaskan persepsi wanita Jepun terhadap pemakaian kimono pada masa kini. Data soal selidik tersebut menunjukkan bahawa sejumlah 80 peratus responden wanita yang berumur 20 tahun ke atas bersetuju bahawa mereka pernah memakai kimono sekurang-kurangnya satu kali sepanjang hidup mereka. Kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka hanya memakai kimono atas sebab-sebab yang tertentu.[1]

 Sebagai contoh, mereka memakai kimono apabila hendak menghadiri majlis atau upacara rasmi seperti majlis perkahwinan dan upacara pengebumian. Walaupun majoriti responden wanita mengakui bahawa mereka pernah memakai kimono, hampir 15 peratus wanita menjawab bahawa mereka hanya memakai kimono sekali atau beberapa kali dalam setahun. Manakala, selebihnya mereka menyatakan bahawa mereka hanya memakai kimono satu kali atau dua kali sahaja dalam tempoh 5 tahun.[2]

 Tambahan pula, sejumlah besar responden dalam kajian yang sama menyatakan bahawa ahli keluarga mereka membelikan atau memberikan kimono. Hal ini juga menjelaskan bagaimana kimono sering dijadikan sebagai hadiah daripada ibu bapa atau ahli keluarga ketika majlis graduasi atau seijin-shiki yang bermaksud sambutan ulang tahun yang ke-20.[3]

Minat dalam kimono meningkat di kalangan wanita muda sunting

 Soal selidik ini juga telah menghuraikan bahawa minat dalam penggunaan kimono dalam kalangan wanita berumur 20 hingga 40 tahun adalah semakin meningkat. Penggunaan pakaian kimono kini tidak terhad pada majlis dan upacara keraian sahaja bahkan mereka juga menggunakannya sebagai pakaian untuk acara harian. Contohnya, ada sebahagian golongan muda memakai kimono ketika mereka hendak keluar bersama dengan rakan-rakan ataupun kekasih. Bukan itu sahaja, hasil dapatan soal selidik ini juga menunjukkan terdapat beberapa responden yang menganggap kimono ini sebagai simbol bagi menunjukkan kebudayaan Jepun terhadap negara-negara asing.[4]

Kimono di dalam budaya tradisional Jepun kini sunting

Walaupun ramai orang Jepun kini menganggap Kimono sebagai pakaian yang mewah, orang yang terlibat dalam aktiviti tradisional Jepun sering dilihat memakai Kimono. Misalnya, orang yang melibatkan diri dalam teater tradisional Jepun sebagai Noh, Kabuki dan Rakugo akan memakai Kimono semasa persembahan. Selain itu, terdapat orang yang orang memakai Kimono dalam sukan tradisional Jepun, Budo.

Pakaian Noh sunting

Kostum/Pakaian noh dipanggil sebagai nō shōzoku (Bahasa Jepun:能装束) dalam Bahasa Jepun. Dalam persembahan noh, pakaian dan topeng yang dipanggil sebagai nōmen(Bahasa Jepun:能面) adalah istimewa kerana kedua-dua pakaian ini menunjukkan jantina dan umur setiap watak dalam persembahan noh. Tambahan pula, warna pakaian noh juga istimewa dalam persembahan noh. Pakaian yang berwarna merah ialah iroiri (Bahasa Jepun:色入りatau 紅入) manakala pakaian yang berwarna selain merah ialah ironashi (Bahasa Jepun:色無し atau 紅無). Lazimnya, iroiri dan ironashi menunjukkan umur bagi watak wanita dalam persembahan noh. [5]

Sejarah pakaian noh sunting

Pada awalnya iaitu ketika abad ke-14, pelakon-pelakon noh memakai pakaian harian yang sederhana. Selepas noh semakin terkenal dan mendapat perhatian dalam kalangan bangsawan, pakaian noh mula ditambah baik menjadi pakaian yang sungguh cantik. Kebanyakan bentuk pakaian noh kini telah ditetapkan pada Zaman Edo.[6]

Karaori(Bahasa Jepun:唐織) sunting

Karaori merupakan antara contoh bagi pakaian noh. Asalnya, perkataan karaori merujuk kepada tekstil yang berasal dari Cina. Namun begitu dalam persembahan noh, perkataan karaori merujukan kepada pakaian kosode yang ditenun daripada benang pelbagai warna dan corak seperti bunga. Karaori merupakan pakaian yang paling cantik antara pakaian-pakaian noh. Pelakon noh akan memakai karaori apabila dia memainkan peranan seorang wanita.[7]

Pakaian Kabuki sunting

Pakaian kabuki amat istimewa dalam persembahan kabuki. Ini kerana kabuki juga menunjukkan jantina dan umur setiap watak dalam persembahan kabuki. Bukan itu sahaja, pakaian kabuki merupakan daya tarikan utama bagi penonton persembahan kabuki kerana pakaian kabuki mempunyai pelbagai warna dan corak yang tidak sama dengan pakaian harian. Namun begitu, bagi sewamono yang merupakan salah satu daripada jenis drama kabuki yang menceritakan kehidupan golongan buruh pada Zaman Edo, semua pelakon drama jenis ini lazimnya memakai pakaian yang sederhana sahaja seperti pakaian bertemakan buruh pada Zaman Edo.[8]

Pakaian Rakugo sunting

Di dalam rakugo, kimono yang dipakai oleh pembuat rakugo berbeza dengan status pencerita rakugo. Rakugo terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat yang pertama dikenali sebagai shinuchi yang merupakan peringkat yang tertinggi manakala peringkat yang kedua tertinggi ialah  hutatsume, serta peringkat yang paling rendah ialah zenza. yang tidak dibenarkan untuk memakai haori, yang hampir sama dengan baju panas. Semua pelakon memakai pakaian ketika membuat persembahan rakugo. Bukan itu sahaja, pakaian yang dipakai oleh pelakon persembahan rakugo juga berbeza dengan status masing-masing[9]. Misalnya, masyarakat Jepun yang terlibat dengan persembahan rakugo akan memakai pakaian sebagai simbol untuk merendah diri, manakala sesetengah pelakon rakugo memakai pakaian yang bercorak bunga bagi menunjukkan bahawa mereka amat mahir dalam seni rakugo. Tambahan lagi, mereka juga berpeluang untuk menerima rakugo daripada tuan rakugo. Tujuan lapisan dalam pakaian mempunyai simbol haiwan zodiak cina adalah untuk berdoa agar diberi nasib yang baik. Bagi pelakon rakugo yang ingin menyampaikan kisah bertemakan samurai, mereka akan memakai hakama[10].

Pakaian budo sunting

  Peserta budo seperti Kendo, Judo dan Naginata memakai dougi apabila membuat budo. Di dalam dunia budo, sangat penting memakai pakaian dengan betul kerana pembuat budo mesti mendapat pengetahuan tingkah laku atau tatasusila[11]. Warna dougi ialah putih di dalam kebanyakan budo, tetapi di dalam judo dan naginata, warna ialah biru tua. Di dalam aikido dan kyudo warna dogi bawah ialah hitam.

Rujukan sunting

  1. ^ 和装復興研究会 「和装復興研究会報告書」 経済産業省(2015)
  2. ^ 和装復興研究会 「和装復興研究会報告書」 経済産業省(2015)
  3. ^ 和装復興研究会 「和装復興研究会報告書」 経済産業省(2015)
  4. ^ 和装復興研究会 「和装復興研究会報告書」 経済産業省(2015)
  5. ^ 小林保治(編) 「能楽ハンドブック第三版」 三省堂(2008)
  6. ^ 小林保治(編) 「能楽ハンドブック第三版」 三省堂(2008)
  7. ^ 小林保治(編) 「能楽ハンドブック第三版」 三省堂(2008)
  8. ^ 宗方翔 「面白いほどよくわかる 歌舞伎」 日本文芸社(2008)
  9. ^ 山本進「落語」山川出版社
  10. ^ http://sakurabayukiko.net/2017/08/02/rakugokakimono/
  11. ^ 井島章「剣道 基本と戦術」実業之日本社 福呂淳「弓道 基本と上達法」実業之日本社