'Kindle Fire merupakan komputer tablet keluaran atau versi Amazon.com. Kindle Fire fokus kepada pembaca e-book . Diumumkan pada 28 September 2011, Kindle File mempunyai 7 warna dengan paparan multi-sentuh dengan teknologi IPS dan menggunakan sistem operasi Google Android.

Kindle Fire
PembangunAmazon.com
PengilangQuanta Computer[1]
Generasi1st
Tarikh jualanNovember 15, 2011
Harga pengenalan$199 USD
Sistem pengendalianAndroid 2.3
CPUTI OMAP 4 (dual core)[2]
Muatan storan8 GB[3]
Ingatan512MB[4]
Paparan7" multi-touch gorilla glass display, 1024×600 at 169 ppi, 16 million colors.[3] Capacitive touch sensitive.[5]
Ketersambunganmicro-USB 2.0 (type B)
3.5 mm TRRS[perlu rujukan]
Dimensi7.5" x 4.7" x 0.45" (190 mm x 120 mm x 11.4 mm)
Berat413 gram (14.6 oz)

Pengguna boleh akses kepada App Store Amazon seperti menonton filem dan rancangan TV .

Rekabentuk sunting

Kindle fire sesuai dengan Android 2,3 OS (Gingerbread) pada pemproses dual-core 1 GHz TI OMAP 4. Skrin 1024x600 sentuhan sensitif dengan 7 inci, berbanding iPad 2 iaitu 9.2 inci. Tidak seperti iPad, Kindle Fire tidak mempunyai kamera atau aplikasi untuk membuat panggilan video. Kesambungan menggunakan WiFi dan sambungan USB 2.0 .Terdapat 8GB ingatan simpanan .Boleh menyimpan 10 filem atau 800 lagu atau 6.000 buku. Pengguna Kindle Fire boleh mengakses lebih 18 juta filem, program televisyen, lagu, aplikasi, permainan video, buku dan majalah menerusi laman web Amazon.

Selain boleh akses kepada Amazon Appstore , Kindle Fire juga mempunyai penyemak imbas dipanggil Amazon Silk . Ia boleh membuka webmail seperto Gmail , Yahoo! , Hotmail , AOL dan lain-lain.

Kindle Fire menyokong format AZW, TXT , PDF , yang tidak dilindungi Mobi , AA, AAX, DOC , DOCX , JPEG , GIF , PNG , BMP , , MP3 , MIDI , OGG , WAV , MP4 , VP8 .

Harga sunting

Kindle Fire yang mempunyai fungsi seumpama iPad keluaran Apple itu dijual pada harga $199 (RM635), separuh harga lebih murah berbanding iPad yang ada di pasaran sekarang.

Harga hanya $199 (RM635).[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Amazon to burn new Kindle Fire tablet this week, says report, dicapai pada 29 September 2011 Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  2. ^ Casey Johnston (28 September 2011), "Amazon unveils $199 Android Kindle Fire tablet, $99 e-ink Kindle Touch", arstechnica.com, Ars Technica
  3. ^ a b Tyler Lee (28 September 2011), "Amazon Kindle Fire unveiled", www.ubergizmo.com Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  4. ^ Dan Grabham (29 September 2011), "Kindle Fire vs iPad 2 vs Galaxy Tab 7.7 vs HTC Flyer", www.techradar.com, TechRadar
  5. ^ Shahbaaz (28 September 2011), "Amazon Unveils Kindle Fire Android Tablet ($199) & Kindle Touch ($99), Kindle 2011 Priced at $79!", tnerd.com, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-10, dicapai pada 2011-09-30 Cite has empty unknown parameter: |6= (bantuan)
  6. ^ Amazon perkenal tablet terbaharu Kindle Fire