Kingdom Hearts (permainan video)
Rencana ini menerangkan maklumat mengenai permainan video Kingdom Hearts yang pertama. Untuk keseluruhan sirinya, rujuk Siri Kingdom Hearts.
Kingdom Hearts (キングダムハーツ , Kingudamu Hātsu) ialah sejudul permainan video berperanan yang dimajukan dan diterbitkan oleh Squaresoft (kini Square Enix) pada tahun 2002 untuk dimainkan dengan konsol PlayStation 2[2], hasil usahasama antara Square dan The Walt Disney Company. Permainan ini menggabungkan watak-watak dan latar-latar dari filem cetera animasi Disney dan siri Final Fantasy yang dimajukan oleh Square. Kisahnya mengikuti kembara Sora, seorang pemuda yang terjebak dalam pertempuran hebat melawan kejahatan. Dia ditemani oleh Donald Duck dan Goofy, watak Disney klasik yang membantunya dalam perjalanan.
Kingdom Hearts | |
---|---|
Pembangun | Square |
Penerbit | JP Square NA Square Electronic Arts/Disney Interactive PAL SCE Europe |
Pengarah | Tetsuya Nomura |
Pengeluar | Shinji Hashimoto |
Pereka | Shinji Hashimoto (penerbit permainan) Hironobu Sakaguchi (executive producer) Tetsuya Nomura (pengarah permainan, pereka watak, konsep) Jun Akiyama (pengarang senario) Daisuke Watanabe (pengarang senario) Kazushige Nojima (pengarang senario) Yoko Shimomura (penggubah muzik)[1] |
Komposer | Yoko Shimomura |
Siri | Kingdom Hearts |
Platform | PlayStation 2 |
Pelepasan |
|
Genre | Permainan video berperanan, aksi |
Mod | Seorang pemain |
Kingdom Hearts berlainan daripada permainan video berperanan keluaran Square yang lain kerana lebih kepada unsur aksi-pengembaraan yang mendalam. Tambahan pula, permainan ini menampilkan barisan pelakon suara serba ternama yang merangkumi kebanyakan pelakon suara rasmi watak Disney.[3] Kingdom Hearts merupakan kali pertama Tetsuya Nomura yang selama ini bertugas sebagai pereka watak di Square ini menjadi pengarah.[4]
Permainan ini disanjungi ramai kerana gabungan aksi dan pemainan peranan yang luar biasa, serta gabungan Square dan Disney berharmoni di luar jangkaan.[5] Kingdom Hearts meraih berbagai-bagai anugerah permainan video akhir tahun serta mendominasi pasaran di musim perayaan 2002 lalu terus mencapai taraf Sony "Greatest Hits".[6] Semenjak keluar di pasaran, Kingdom Hearts telah menjual lebih 5.6 juta salinan di seluruh dunia serta disusuli dua sekuel.[7]
Rujukan
sunting- ^ Square Co. (2002). Kingdom Hearts Instruction Booklet (dalam bahasa Inggeris). Square Co., Limited.
- ^ "PlayStation 2 - Kingdom Hearts". PlayStation Underground. Dicapai pada 2007-05-15.
- ^ IGN Staff (2002-05-14). "Kingdom Hearts Voice Cast". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-25. Dicapai pada 2007-05-21. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Dengeki PlayStation staff (2007-04-27). "Small New Nomura Interview". Dengeki PlayStation. Dicapai pada 2007-05-21. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "GameSpot's Best and Worst of 2002". GameSpot. 2002. Dicapai pada 2007-05-13.
- ^ GamePro Staff (2003-04-30). "Kingdom Hearts sold how many?!". GamePro. Dicapai pada 2007-05-15. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ SquareSoft (2007-02-05). "Kingdom Hearts Series Ships over 10 Million Worldwide". GameSpot. Dicapai pada 2007-05-13. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Kingdom Hearts (permainan video) |