Kingdom Hearts II (Jepun: キングダムハーツII, Hepburn: Kingudamu Hātsu Tsū) adalah permainan bergenre berperanan-aksi yang dibina oleh Square Enix dan dikeluarkan oleh Buena Vista Games bersama Square Enix pada tahun 2005 untuk konsol permainan video Sony PlayStation 2. Ia merupakan sekuel kepada Disney Interactive dan Square, Kingdom Hearts, dimana menggabungkan elemen Disney dan Square kepada permainan video berperanan aksi. Populariti permainan telah menyebabkan ia diadaptasi dalam pelbagai jenis media seperti siri novel dan manga serta versi kandungan tambahan permainan Kingdom Hearts II Final Mix yang telah di keluarkan pada bulan March 2007.

Kingdom Hearts II
Muka depan versi Amerika Utara menampilkan watak utama daripada siri permainan tersebut termasuklah Sora, Donald Duck, Goofy, King Mickey, Riku, Kairi, Roxas and DiZ
PembangunSquare Enix Product Development Division 1[1]
PenerbitSquare Enix
Buena Vista Games
PengarahTetsuya Nomura
PengeluarShinji Hashimoto
Yoshinori Kitase
PerekaTetsuya Nomura
Yuichi Kanemori
ArtisTetsuya Nomura
Takayuki Odachi
Tomohiro Hasegawa
Takeshi Arakawa
Syuichi Sato
PenulisKazushige Nojima
Daisuke Watanabe
Tetsuya Nomura
KomposerYoko Shimomura
SiriKingdom Hearts
PlatformPlayStation 2
PelepasanKingdom Hearts II
    Kingdom Hearts II Final Mix
      GenrePermainan video berperanan-aksi
      ModSeorang pemain

      Kisah sunting

      Kingdom Hearts II bermula setahun selepas peristiwa Kingdom Hearts. Sora, Donald, dan Goofy telah ditidurkan untuk mendapatkan kembali ingatan mereka yang telah hilang. Sementara itu,Roxas, Nobody kepada Sora telah terperangkap di dalam simulasi virtual Twilight Town yang direka oleh Diz sehingga Roxas dapat bergabung semula dengan diri asalnya bagi mengembalikan kuasa Sora. Ia juga dilakukan kerana dendam Diz terhadap Organization XIII. Rancangan Diz terancam apabila Nobody Organization XIII, yang dipimpin oleh Axel iaitu bekas teman Roxas di Organisasi, menyusup ke kota virtual namun Roxas akhirnya bersatu dengan Sora. Sora, Donald, dan Goofy bangun di Twilight Town yang sebenar dan berjumpa dengan King Mickey dan Yen Sid yang menghantar mereka ke perjalanan yang lain. Tujuan mereka adalah untuk mencari Riku dan menghentikan rancangan Organization XIII yang mengawal Nobody- tinggalan badan apabila seseorang yang mempunyai hati yang sangat kuat bertukar menjadi Heartless. Setelah itu, Maleficent telah dibangkitkan dan bergabung dengan Pete untuk meneruskan pencarian kuasa.

      Sora pergi ke pelbagai dunia Disney dan menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh Organization XIII, Heartless, Maleficent, Pete dan penjahat tempatan. Selama kunjungan ke Hollow Bastion, mereka kembali bertemu dengan King Mickey yang merungkai sifat Ansem, antagonis dari Kingdom Hearts. The Ansem yang Sora kalahkan sebenarnya Heartless daripada Xehanort yang merupakan anak murid Ansem the Wise dan ketua Organization XIII adalah Xehanort Nobody iaitu Xemnas. Akhirnya, rancangan Organization XIII terbongkar, mereka mencari kekuatan "Kingdom Hearts" yang merupakan jumlah hati yang Sora keluarkan apabila menghampuskan Heartless dengan Keyblade-nya. Sora kemudian melawat kembali dunia untuk menyelesaikan masalah sementara mencari jalan menuju ke pangkalan utama Organization XIII. Sepanjang usaha itu, Sora telah dibantu oleh seorang lelaki misteri yang memakai pakaian hitam seperti Organization XIII dimana Sora mempercayai ia adalah Riku.

      Sora, Donald, dan Goofy memasuki jalan melalui Twilight Town dan bertemu Axel, yang mengorbankan diri untuk membuat sebuah jalan menuju World That Never Was yang merupakan pangkalan Organisasi XIII dengan Kingdom Heartsyang terbentuk sebagai bulan berbentuk hati. Sora kemudian menemui Kairi dan Riku dimana jasad Riku telah diubah oleh kegelapan daripada Heartless Xehanort, ia juga turut mendedahkan kepada Sora bahawa kaitannya dengan Roxas. King Mickey bertemu Diz, yang membongkarkan bahawa sebenarnya dia adalah Ansem the Wise. Ansem menggunakan peranti rekaannya untuk menghalang Kingdom Hearts daripada menjadi sempurna, tetapi telah membebani sistem peranti tersebut sehingga ia meletup sehingga mengorbankan Ansem dan keajaiban berlaku apabila Riku kembali ke bentuk asalnya. Di tingkat teratas Istana World That Never Was, Sora dan teman-temannya bertempur dengan Xemnas, yang menggunakan sisa kekuatan daripada Kingdom Hearts untuk memberikannya kekuatannya bertkar ke beberapa bentuk. Setelah Sora dan Riku mengalahkan Xemnas, kedua-dua bertemu kembali dengan rakan-rakan mereka di rumah mereka iaitu Destiny Island. Permainan ini berakhir apabila Sora, Kairi dan Riku membaca surat daripada King Mickey di mana isinya tersembunyi dari pemain.

      Rujukan sunting

      1. ^ "【TGS】スクエニ第1開発事業部新規タイトル発表会、詳細レポート!" (dalam bahasa Japanese). Dengeki Online. 2003-09-26. Dicapai pada 2010-01-31.CS1 maint: unrecognized language (link)

      Pautan luar sunting

      Templat:Siri Kingdom Hearts