Kingston ialah ibu negara Jamaica di Laut Caribbean, Amerika Tengah. Bandar ini adalah bandar terbesar di pulau Jamaica. Ia terletak di pantai tenggara pulau Jamaica.

Kingston
Pusat Bandar dan Pelabuhan Kingston
Pusat Bandar dan Pelabuhan Kingston
Cogan kata: A city which hath foundations[1]
NegaraJamaica
KauntiSurrey
ParishKingston dan St. Andrew
Ditubuhkan1692
Kerajaan
 • Datuk BandarDesmond McKenzie
Keluasan
 • Jumlah480 km2 (190 batu persegi)
Aras
9 m (30 ft)
Penduduk
 (2001)
 • Jumlah651,880
 • Kepadatan1,358/km2 (3,520/batu persegi)
 • Kariah Kingston
96,052
 • Kariah St. Andrew
555,828
Zon waktuUTC-5 (EST)

Bandar Kingston ditubuhkan pada 22 Julai 1892 sebagai tempat pelarian mangsa Gempa bumi Port Royal 1692. Ketika itu seramai 2000 orang mati.

Kingston terhubung dengah bandar-bandar lain melalui Lapangan Terbang Antarbangsa Norman Manley. Pada 1966, Jamaica menjadi tuan rumah Sukan Komanwel, dan kebanyakan acara diadakan di Kingston. Pelabuhan Kingston menjalankan import dan eksport ke nagara Cuba , Haiti dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan penduduk terdiri daripada keturunan Afrika, Timur India dan China yang menjadi hamba abdi akhir abad 19. Lain-lain ialah keturunan Jerman dan United Kingdom, Kristian Syria dan Jordan. Pelbagai macam Kristian di sini terutamanya Protestan dan agama Yahudi, Buddha dan Islam.

Iklim di Kingston ialah iklim tropika iaitu basah dan kering tropika. Musim hujan dari Mei hingga November. Musim kemarau dari Disember hingga April.Kingston mengalami suhu setinggi 34 °C dan suhu terendah 25 °C.

Rujukan sunting