Kini (album 1990)
album 1990
Kini merupakan sebuah album studio ketiga nyanyian penyanyi popular Malaysia, Fauziah Latiff yang diterbitkan pada 1990. Album ini membawa konsep pop nusantara, bagaimanapun ia tidak serupa seperti yang dibawa penyanyi seangkatan seperti M. Nasir, Zainal Abidin dan Noraniza Idris. Ia lebih mirip kepada pop ala penyanyi Sheqal.
Kini | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album studio oleh Fauziah Latiff | ||||
Dikeluarkan pada | 6 Julai 1990 | |||
Dirakam pada | 1989-1990 | |||
Genre | Pop, Nusantara | |||
Syarikat | Happy Records (M) | |||
Penerbit | Manan Ngah | |||
Kronologi Fauziah Latiff | ||||
|
Perkara menarik mengenai album ini ialah lirik-liriknya ditangani oleh barisan penulis lirik terbaik Malaysia ketika era 80an dan 90an iaitu Habsah Hassan, Bob Lokman, Sri Bayu dan Juwie.
Lagu-laguSunting
- "Biar Rindu Membara" ( Manan Ngah/ Habsah Hassan )
- "Bayangan Kenangan" (Manan Ngah/ Habsah Hassan )
- "Bukan Kemahuan Fikiran" ( Manan Ngah / Bob Lokman )
- "Sejak Itu" ( Raja Iskandar / Seri Bayu )
- "Potret Cintaku" ( Saari Amri )
- "Pengakuan Dari Hati" ( Zul Mahat / Habsah Hassan )
- "Haluan" ( Raja Iskandar / Johan Nawawi )
- "Selangkah Dari Remaja" ( Manan Ngah / Bob Lokman )
- "Kau Yang Berbeza (Kawan)" ( Manan Ngah / Seri Bayu )
- "Ke Mana Saja Aku Merinduimu" ( Manan Ngah / Juwie )