Kinmen

kepulauan kecil di Wilayah Fujian, Republik China

Kinmen atau Quemoy, merupakan sebuah jajahan Republik China (Taiwan) yang terletak di Selat Taiwan antara pulau Taiwan dan tanah besar China. Pulau terbesar Jajahan Kinmen ialah Pulau Kinmen. Kinmen terletak 10 kilometer (6.2 bt) ke sebelah timur Xiamen, sebuah bandar yang terletak di pantai tenggara China; dua wilayah tersebut dipisahkan oleh sebuah teluk kecil. Kinmen terletak 187 kilometer (116 bt) ke barat dari bahagian terdekat pulau Taiwan.

Kinmen
金門縣
Quemoy
Jajahan
Bendera Kinmen
Mohor rasmi Kinmen
Koordinat: 24°26′N 118°20′E / 24.44°N 118.33°E / 24.44; 118.33Koordinat: 24°26′N 118°20′E / 24.44°N 118.33°E / 24.44; 118.33
Negara Republik China
WilayahFujian / Fukien, ROC (lupus)
PusatJincheng (Chincheng, Kincheng)
Bandar terbesarJincheng
Mukim6 (3 pekan, 3 desa)
Pentadbiran
 • Majistret JajahanYang Cheng-wu (KMT)
Keluasan
 • Jumlah153.011 km2 (59.078 batu persegi)
 • Pemeringkatan20 / 22
Penduduk
 (Disember 2014)
 • Jumlah127,723
 • Pemeringkatan20 / 22
 • Kepadatan830/km2 (2,200/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Nasional)
Kod ISO 3166TW-KIN
Laman sesawangwww.kinmen.gov.tw/
Kinmen
Cina Tradisional: 金門
Jajahan Kinmen
Tulisan Tradisional: 金門

Kedudukan Kinmen di Selat Taiwan menjadikannya medan perang dalam Perang Dingin. Pada bulan Ogos 1958, Kinmen diserbu oleh Komunis China dalam Krisis Selat Taiwan Kedua, maka didirikan sekatan perjalanan antara Kinmen dan pulau utama Taiwan yang kekal hingga tahun 1994. Perkhidmatan feri ke Xiamen ditubuhkan pada Januari 2001. [2]

Kinmen County terdiri daripada Kepulauan Kinmen (termasuk Kinmen dan Lieyu) dan Kepulauan Wuqiu (Ockseu), yang terletak lebih dari 110 kilometer (68 bt) ke timur laut. Kinmen adalah salah satu daripada dua daerah yang menganggotai bekas Wilayah Fujian Republik China yang kini sudah dibubarkan, dan yang satu lagi ialah Lienchiang (Matsu).

Republik Rakyat China menuntut Kinmen sebagai sebahagian daripada Wilayah Fujian dan menganggap Wuqiu sebagai wilayah yang berasingan (tetapi juga dituntut sebagai sebahagian wilayah Fujian). Taiwan pula menuntut Kepulauan Dadeng (Tateng) yang ditadbir oleh RRC sebagai sebahagian daripada Kinmen.

Nama sunting

 
Anak Pulau Jiangong dengan monumen Koxinga di Pelabuhan Kinmen

Kinmen (金門) bermaksud 'gerbang emas'. Nama ini pertama kali dicatat pada tahun 1387 ketika Maharaja Hongwu melantik Zhou Dexing untuk mentadbir pulau itu dan melindunginya dari serangan lanun.[3] Ejaan "Kinmen" merupakan sistem "romanisasi pos" yang pernah digunakan oleh warga asing pada zaman lampau,[4] sebagai variasi daripada sistem Nanking Syllabary yang dicipta oleh Herbert Giles pada tahun 1892[5] dan diterima guna oleh perkhidmatan Pos Diraja China yang menganggotai Perkhidmatan Kastam Maritim China yang diketuai oleh orang Ireland bernama Robert Hart. Ia berdasarkan sebutan dalam dialek Mandarin Selatan, atau Jianghuai, yang dituturkan secara umum di wilayah Jiangsu dan Anhui, termasuklah kota Nanjing. Kementerian Luar Negeri Taiwan menggunakan "Kinmen," [6] sementara Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat menggunakan "Pulau Kinmen."

Quemoy, disebut /kɪˈmɔɪ/, ialah nama untuk pulau itu dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain.[7] Mungkin berasal dari transkripsi bahasa Sepanyol atau Portugis dari sebutan loghat Hokkien Zhangzhou iaitu Kim-mûi. Inilah ejaan yang paling biasa digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, usaha-usaha menangani Krisis Selat Taiwan Pertama dan Kedua ("the Quemoy Incident"[8]) dan perdebatan pilihan raya presiden AS 1960 ketika pulau-pulau mendapat liputan berita terkemuka di seluruh dunia semuanya menggunakan kata Quemoy. Tambahan pula, bekas Institut Teknologi Nasional Kinmen ditukar nama kepada Universiti Quemoy Nasional pada tahun 2010. Cendekiawan Kinmen, Wei Jian-feng menyokong penggunaan kata Quemoy untuk merapatkan lagi pulau ini dengan masyarakat antarabangsa atau menaikkan martabatnya di mata dunia.[9]

Jinmen ialah namanya dalam sistem ejaan Tongyong Pinyin dan Hanyu Pinyin.[10] Hanyu Pinyin merupakan piawaian antarabangsa untuk mentransliterasi bahasa Cina[11] yang diterima pakai oleh pemerintah Taiwan pada tahun 2009.[12] Kimoi ialah ejaan berdasarkan bahasa Hokkien yang juga digunakan dalam sistem romanisasi pos.[13][14] Chin-men pula ejaannya dalam sistem Wade–Giles.

Sejarah sunting

 
Markas Tentera Kinmen Dinasti Qing
 
Slogan "Tiga rukun menyatukan China" yang ditulis dalam Bahasa Cina Tradisional (tulisan rasmi ROC) didirikan di Pulau Dadan menghadap Tanah Besar China oleh Jeneral Zhao pada bulan Ogos 1986, yang dipendam setelah peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai Lieyu pada 1987.

Sejarah awal sunting

Kinmen telah didiami manusia sejak 5800 hingga 8000 tahun yang lalu. Semasa pemerintahan Maharaja Yuan (317 M), negara China diancam oleh "Lima Gasar", menyebabkan enam keluarga besar melarikan diri ke selatan lalu menetap di kawasan Kinmen yang ketika itu dipanggil Wuzhou.[15] Lebih ramai orang menetap di sana semasa dinasti Tang, ketika namanya ditukar dari Wuzhou menjadi Kinmen.[16]

Semasa dinasti Ming, Kinmen didatangai ramai lagi migran. Koxinga menggunakan Kinmen sebagai pangkalan untuk membebaskan Kinmen dan Penghu dari Belanda. Beliau menebang pokok untuk membina tentera lautnya, mengakibatkan penebangan hutan secara besar-besaran yang membuat Kinmen terdedah kepada hakisan tanah.[16]

 
Serangan di Quemoy (1663)

Setelah negara China diambil alih oleh Manchu, Putera Lu, seorang anggota kerabat dinasti Ming Selatan, mengetuai barisan pertahanan menentang serangan angkatan dinasti Qing. Pada tahun 1651, beliau melarikan diri ke Kinmen yang diambil oleh dinasti Qing pada tahun 1663.[17] Di bawah Dinasti Qing, wilayah Kinmen tergolong dalam Jajahan Tong'an.[18][19]

Republik China sunting

Setelah penubuhan Republik China (ROC) pada tahun 1912, Kinmen menjadi sebahagian dari Wilayah Fujian. Pada tahun 1913, kawasan Kinmen dijadikan sebahagian dari Jajahan Siming.[19] Jajahan Kinmen ditubuhkan pada tahun 1914.[20] Pada tahun 1928, daerah ini berada di bawah tadbiran langsung kerajaan wilayah.

Jepun menduduki Jajahan Kinmen semasa Perang China-Jepun Kedua dari tahun 1937 hingga 1945. Dalam tempoh ini, pentadbiran jajahan dipindahkan ke Dadeng.[18]

Setelah penubuhan Republik Rakyat China (RRC) oleh Komunis China pada Oktober 1949, Jajahan Kinmen dituntut oleh Nasionalis dan Komunis. Dadeng, Xiaodeng dan Jiaoyu diambil alih oleh Komunis pada 9 Oktober[20] atau 15 Oktober[21] 1949. Pulau-pulau tersebut dituntut oleh ROC,[22] dan semuanya tergolong dalam Mukim Dadeng, Daerah Xiang'an, Xiamen, Fujian, China. [23] [24]

Pada 25 Oktober 1949, angkatan Tentera Pembebasan Rakyat mendarat di Pulau Kinmen berhampiran Guningtou, mencetuskan Pertempuran Guningtou. Pasukan ROC berjaya mempertahankan pulau itu dan mencegah serangan ke atas Taiwan.

Semasa meletusnya Perang Korea pada tahun 1950, Laksamana Bersara Charles M. Cooke Jr. selaku penasihat Presiden Chiang Kai-shek, membantah pengunduran pasukan ROC dari Quemoy (Kinmen).[25] Pada 26 Julai 1950, pasukan ROC di Pulau Dadan (Tatan), dengan jumlah keseluruhan 298 tentera, menangkis serangan dari pasukan Tentera Pembebasan Rakyat berjumlah 700 orang askar yang mendarat di pulau itu.[26] :11, 19–20 Jeneral Douglas MacArthur dan pegawai AS yang lain menyokong usaha ROC untuk mempertahankan pulau-pulau tersebut. [27]

 
Peta mencakupi sebahagian besar tanah Jajahan Kinmen (AMS, 1954)

Tentera Pembebasan Rakyat secara besar-besaran membedil pulau itu semasa krisis Selat Taiwan Pertama dan Kedua masing-masing pada tahun 1954-1955 dan 1958. Pada tahun 1954, Amerika Syarikat mempertimbangkan untuk bertindak balas dengan menggunakan senjata nuklear terhadap RRC.[28] Sekali lagi pada tahun 1958, Jeneral Nathan Farragut Twining dan Ketua Turus Bersama percaya bahawa Amerika Syarikat tidak boleh membiarkan pulau-pulau itu jatuh ke tangan komunis dan mengesyorkan kepada Presiden Eisenhower penggunaan kekuatan apa pun yang diperlukan, termasuk senjata atom.[29]

Ungkapan "Quemoy dan Matsu" menjadi perbualan hangat pada pilihan raya presiden AS tahun 1960. Semasa perbahasan, kedua-dua calon, iaitu Naib Presiden Richard Nixon dan Senator John F. Kennedy, berjanji untuk mengerah tentera Amerika jika perlu untuk melindungi Taiwan dari pencerobohan RRC yang tidak diakui oleh Amerika Syarikat sebagai kerajaan China yang sah. Tetapi dalam perbahasan kedua pada 7 Oktober 1960, kedua-dua calon mengemukakan pendapat yang berbeza mengenai sama ada hendak menggunakan pasukan Amerika untuk melindungi barisan pertahanan hadapan Taiwan, iaitu Quemoy dan Matsu. Senator Kennedy menyatakan bahawa pulau-pulau yang terletak sejauh 9 kilometer (5.5 mi) dari pantai China dan sejauh 170 kilometer (106 mi) dari Taiwan itu, tidak dapat dipertahankan secara strategik dan tidak penting untuk pertahanan Taiwan. Naib Presiden Nixon berpegang pada prinsip bahawa Quemoy dan Matsu berada di "zon kebebasan" dan oleh itu tidak boleh diserahkan kepada Komunis.[30]

 
Kinmen pada peta di muka hadapan Syiling Peringatan NT$10 dalam Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pemulangan Taiwan (1995)

Selepas perbahasan ketiga pada 13 Oktober 1960, penasihat Kennedy memberitahu Setiausaha Negara Herter bahawa Kennedy bersedia untuk mengkaji semula pendirian beliau dalam isu Quemoy dan Matsu agar tidak memberikan tanggapan kepada Komunis bahawa AS tidak akan bersatu menentang pencerobohan. Nixon membidas perubahan pendirian Kennedy tetapi tidak mendesak kerana pentingnya peranan AS dalam situasi yang sangat tegang.[31] Tinjauan yang dilakukan di kalangan Republikan dan Demokrat mendapati sokongan luar biasa terhadap pendirian Nixon dalam isu tersebut.[32]

Kinmen pada awalnya merupakan tentera simpanan, yang akhirnya membawa kepada insiden pembunuhan beramai-ramai Lieyu 1987.[33] Pada pertengahan 1990-an, pulau ini dikembalikan kepada pemerintahan awam yang membenarkan perjalanan keluar masuk. Perjalanan langsung antara tanah besar China dan Kinmen dibuka kembali pada bulan Januari 2001 menerusi "Tiga Laluan Kecil" (小三通), malah industri pelancongan turut dibangunkan untuk menyambut pelawat dari tanah besar.[34]

Ramai usahawan Taiwan menggunakan laluan melalui Kinmen untuk memasuki tanah besar China kerana ia lebih murah dan mudah daripada Hong Kong. Namun, ini berubah setelah kunjungan Pan-Blue (Kuomintang dan parti-parti sehaluan) ke tanah besar China tahun 2005, dan kemenangan KMT di pilihan raya presiden dan perundangan tahun 2008, yang mengeratkan hubungan rentas selat. Kinmen mengalami ledakan ekonomi yang cukup besar ketika para usahawan berpindah ke pulau untuk akses yang lebih mudah ke pasaran RRC yang luas.

Pada 30 Jun 2014, Pulau Dadan dan Pulau Erdan diserahkan dari pemerintahan tentera kepada awam yang diwakili oleh Pemerintahan Jajahan Kinmen.[35] Sejak 1 Januari 2015, pelancong dari Tanah Besar China dapat terus memohon Permit Keluar Masuk sebaik tiba di Kinmen. Keistimewaan ini juga berlaku untuk Kepulauan Penghu dan Matsu sebagai sarana untuk meningkatkan pelancongan di pulau-pulau terpencil Taiwan.[36]

Pada 23 Ogos 2019, ulang tahun keenam puluh satu permulaan Krisis Selat Taiwan Kedua, Presiden Tsai Ing-wen mengunjungi Tokong Berani Mati Taiwushan (太武山忠烈祠).[37]

Geografi sunting

 
Rumah Api Wuqiu di Wuqiu, Kinmen

Jajahan ini terdiri daripada banyak pulau dan anak pulau[38][39][19][40] termasuk:

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
198548,846—    
199042,754−12.5%
199547,394+10.9%
200053,832+13.6%
200576,491+42.1%
201097,364+27.3%
2015132,799+36.4%

Kebudayaan sunting

 
Peluru artileri yang ditembakkan oleh Tentera Pembebasan Rakyat ke arah Kinmen pada tahun 1950-an
 
Seekor shisa (dewa singa angin) di Kinmen

Orang-orang Kinmen menganggap diri mereka sebagai orang Kinmen, Mínnánrén / Mǐnnánrén (orang-orang Fujian Selatan), atau warga China, bukan orang Taiwan.[8][49] Identiti China yang kuat terbina sepanjang tempoh konfrontasi ketenteraan antara ROC dan Republik Rakyat China (1949-1992) ketika Kinmen berada di bawah pemerintahan tentera. Pada tahun 1980-an, ketika pemerintahan tentera berakhir di Taiwan, gerakan kemerdekaan Taiwan dan usaha-usaha "penyahcinaan" semakin giat di Taiwan. Perkembangan ini merisaukan penduduk Kinmen kerana dirasakan bahawa "Taiwan jauh dari hati Kinmen." Ramai yang bimbang bahawa kemerdekaan Taiwan secara de jure dari China akan memutuskan hubungan mereka dengan Kinmen. Kebimbangan ini juga memainkan peranan penting dalam politik masyarakat Kinmen.

Bahasa sunting

Sebilangan besar penduduk jajahan bercakap bahasa Hokkien, terutamanya loghat Quanzhou, yang cukup serupa dengan bahasa Hokkien yang dituturkan di Taiwan. Penduduk Mukim Desa Wuchiu bercakap loghat Min Puxian.

Lain-lain sunting

Kinmen terkenal dengan warisan budaya. Oleh sebab bedilan berterusan oleh Tentera Pembebasan Rakyat pada tahun 1950-an, Kinmen terkenal dengan pisau peluru artileri, iaitu pisau bermutu tinggi yang dibuat oleh tukang-tukang tempatan daripada sisa alat letupan, yang menjadi buruan tukang masak dan penggemar. Dari Kinmen juga berasalnya minuman keras "Kinmen Kaoliang" yang mengandungi 38 hingga 63 peratus alkohol, yang sangat dihargai oleh orang Taiwan. Makanan istimewa tempatan yang lain termasuk misua, kacang tumbuk, dan daging lembu salai (bakkwa).

Seperti di Kepulauan Ryukyu, Kinmen terkenal dengan patung shisa (dewa singa angin) (風獅爺).

Ekonomi sunting

Ekonomi Kinmen amat berdasarkan pelancongan dan perkhidmatan kerana letaknya hampir dengan tanah besar China.[50][51]

Pelancongan sunting

Disebabkan peranannya sebagai pangkalan tentera, pembangunan ekonomi di pulau ini sangat terhad. Pada tahun 2003 barulah Kinmen terbuka kepada pelancong dari Fujian di Tanah Besar China.[52] Kini, ia menjadi destinasi pelancongan hujung minggu yang popular bagi orang Taiwan yang terkenal dengan perkampungan yang tenteram, seni bina gaya lama dan pantai-pantainya. Kinmen menjadi tempat persinggahan pelancong antara Tanah Besar China dan Taiwan, di mana pelancong China dan Taiwan menghabiskan waktu singkat untuk menjelajahi pulau tatkala membuat pertukaran antara feri dan lapangan terbang. Sebahagian besar Kinmen dijadikan Taman Negara Kinmen yang mengemukakan kubu-kubu dan binaan ketenteraan, kediaman bersejarah dan pemandangan semula jadi.

Industri sunting

Kinmen terkenal dengan pengeluaran arak Kaoliang yang mengambil sekitar 75% pasaran arak Taiwan dan menjadi tunjang utama ekonomi jajahan. Industri tradisional juga dipelihara dan diperbaiki, baik pertanian, perikanan mahupun penternakan. Kinmen memiliki industri perikanan yang baik juga kerana dikelilingi oleh laut yang tidak tercemar.

Di Kinmen juga terhasilnya pisau Kinmen yang unik, diperbuat daripada sisa peluru tembakan dari Tentera Pembebasan Rakyat pada tahun 1958-1978. Pisau ini pernah dijadikan hadiah kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Taiwan, Zhang Zhijun yang melawat Kinmen pada 23-24 Mei 2015 untuk melambangkan pembaikan hubungan antara kedua-dua belah Selat Taiwan semenjak Perang Saudara China.[53][54]

Pentadbiran sunting

Mukim sunting

 
Pembahagian Wilayah Kinmen
 
Mukim Pekan Jincheng, pusat pentadbiran jajahan Kinmen

Jajahan Kinmen terbahagi kepada tiga mukim pekan dan tiga mukim desa.[55] Pekan Jincheng ialah pusat pentadbiran jajahan yang menempatkan Kerajaan Jajahan Kinmen, Majlis Jajahan Kinmen, dan ibu pejabat Pusat Perkhidmatan Bersama Kinmen-Matsu. Jajahan Kinmen County mempunyai mukim desa paling sedikit di kalangan semua jajahan di Taiwan.

Nama Tulisan Cina Pinyin Wade–Giles Hokkien (Pe̍h-ōe-jī) Makna
Mukim pekan
Pekan Jincheng 金城 Jīnchéng Zhèn Chin¹-ch'eng² Chen⁴ Kim-siâⁿ-tìn 'Bandar Emas'
Pekan Jinhu 金湖 Jīnhú Zhèn Chin¹-hu² Chen⁴ Kim-ô͘-tìn 'Tasik Emas'
Pekan Jinsha 金沙 Jīnshā Zhèn Chin¹-sha¹ Chen⁴ Kim-soa-tìn 'Pasir Emas' [56]
Mukim desa
Desa Jinning 金寧 Jīnníng Xiāng Chin¹-ning² Hsiang¹ Kim-lêng-hiong 'Ketenangan Emas'
Desa Lieyu 烈嶼 Lièyǔ Xiāng Lie⁴-yü³ Hsiang¹ Lia̍t-sū-hiong 'Pulau Terpisah' [57]
Desa Wuqiu 烏坵 Wūqiū Xiāng Wu¹-ch'iu¹ Hsiang¹ O͘-khiu-hiong 'Guar Hitam'

Kesemua mukim di Pulau Kinmen Besar bermula dengan Jin ("emas"). Desa Lieyu merangkumi seluruh Pulau Kinmen Kecil, dan merupakan yang paling dekat dengan Xiamen. Desa Wuqiu terdiri daripada Anak Pulau Qiu Besar (大坵) dan Qiu Kecil (小坵).

Mukim terbesar di Jincheng dan Jinsha. Secara keseluruhan, terdapat 37 kampung di Jajahan Kinmen.

Hubungan rentas selat sunting

Dalam kontroversi mengenai status politik Taiwan, Republik Rakyat China (RRC) secara terus menerus menuntut wilayah Jajahan Kinmen sebagai sebuah daerah di bandaraya Quanzhou dalam Wilayah Fujian.[58][59][20][60] RRC menuntut Kepulauan Wuqiu sebagai sebahagian daripada Daerah Xiuyu di bandaraya Putian.[61] Taiwan (Republik China) menuntut Kepulauan Dadeng (Tateng) di Mukim Dadeng, Daerah Xiang'an, Xiamen, Fujian sebagai bagian dari Jajahan Kinmen.[1][62][40]

Galeri sunting

Catatan sunting

  1. ^ Angka keluasan tidak termasuk Kepulauan Dadeng (Tateng).

Rujukan sunting

  1. ^ a b c 行政面積. 金門縣政府民政處 Civil Affairs Department, Kinmen County Government (dalam bahasa Cina). 29 January 2019. Dicapai pada 9 August 2019. 外圍 島嶼 面積單位: (平方公里) 大嶝 22.7500 小嶝 3.3100 角嶼 2.4400{...}附記 本縣縣境總面積153.011平方公里。 (不含中共管轄之大小嶝、角嶼)
  2. ^ "`The Gibraltar of Asia' and a `park in the ocean'", Taipei Times, Sep 30, 2004.
  3. ^ Jian-Feng Wei. "An Examination of Cultural Identity of Residents of Quemoy (Kinmen)". Diarkibkan 2013-04-29 di Wayback Machine Intercultural Communication Studies. XV:1. 2006. p. 134. Retrieved 20 January 2012.
  4. ^ Postal Romanization, Taipei, Taiwan : Directorate General of Posts, 1961, p. 6. "Kinmen (AF) and Taiwan (9) are both postal romanization."
  5. ^ Postal Romanization, p. 4.
  6. ^ 2019-2020 Taiwan at a glance Diarkibkan 2020-10-23 di Wayback Machine, Ministry of Foreign Affairs, Republic of China (Taiwan), October 2019, pp. 1, 22.
  7. ^ "Quemoy Diarkibkan 2012-03-07 di Wayback Machine", Merriam Webster

    "Quemoy Diarkibkan 2013-07-01 di Wayback Machine", Larousse. (dalam bahasa Perancis)
  8. ^ a b Trista di Genova. "Study explores the 'Kinmen Identity'". Diarkibkan 2011-11-04 di Wayback Machine China Post. 11 July 2007. Retrieved 20 January 2012.
  9. ^ Jian-Feng Wei. "'Quemoy' or 'Kinmen'?: A Translation Strategy for Communication". Diarkibkan 2013-04-29 di Wayback Machine Intercultural Communication Studies. XVIII: 2. 2009. p. 176. Retrieved 20 January 2012.
  10. ^ "Taiwan place names". Pīnyīn.info (dalam bahasa Cina dan Inggeris). Dicapai pada 15 September 2020. Jinmen / Jinmen / Kinmen County
  11. ^ "[https://www.iso.org/standard/13682.html ISO 7098:1982 Documentation — Romanization of Chinese]"
  12. ^ Shih Hsiu-Chuan, "Hanyu Pinyin to be standard system in 2009." Taipei Times, Sept. 18, 2008.
  13. ^ Index to Map of China (ed. 2). Shanghai: Far Eastern Geographical Establishment. 1915. m/s. 31. Kimoi Island (Kinmen) 金門島 Fukien ... ... 福建 ... 24.23N 118.20E
  14. ^ Edward Stanford (1908). Atlas of the Chinese Empire (ed. 1). m/s. 24. Kimoi I. (Kinmen)
  15. ^ "About the park". Kinmen National Park. Dicapai pada 16 September 2020.
  16. ^ a b "History". lonelyplanet.com. Lonely Planet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-20. Dicapai pada 2016-05-24.
  17. ^ Wakeman, Frederic (1986). The Great Enterprise : The Manchu Reconstruction of Imperial Order in Seventeenth-Century China. University of California Press. m/s. 114. ISBN 0-520-04804-0.
  18. ^ a b "kinmen awareness". Kinmen County Government. 8 December 2017. Dicapai pada 10 August 2019. Long belonging to the administration of Tungan Prefecture of Fujian Province, Kinmen had begun its county administration since 1915.{...}In 1937, the County Government was moved to Dadeng for battle and it was later returned to Kinmen after the victory in 1935.{...}The minerals within Kinmen County include china clay and granite.
  19. ^ a b c 辞海第六版. Cihai (Sixth Edition) (dalam bahasa Cina). 上海. Shanghai: 上海辞书出版社. Shanghai Lexicographical Publishing House. September 2009. m/s. 1124. ISBN 9787532628599. 金门 县名。在福建省东南海上、泉州市西南部。现由台湾省管辖。由以金门岛为主的大、小59个岛屿组成。面积149平方千米,人口约6.45万(2004年)。明置金门千户所,清设金门县丞,属同安县。1913年改隶思明县,1914年析置金门县。1928年直属福建省。农产有甘薯、花生等。矿产有玻璃砂、高岭土、铝土、煤。工业有机械、食品等。特产贡糖、高粱酒、金门马等。通公路。名胜古迹有成功洞、鲁王墓、水尾塔等。{...}金门岛 亦称“大金门岛”、“吾洲屿”。在福建省东南部、厦门港口外台湾海峡中。属金门县,现由台湾省管辖。岛形如哑铃,东西宽,南北狭,中多丘陵,沿海多港湾、口岸。东西长约20千米,面积131.7平方千米。其西有小金门岛。名胜古迹有牧马侯(陈渊)祠、鲁王墓、海印寺、古岗湖、中山纪念林等。
  20. ^ a b c d 建治沿革. 泉州市人民政府 [Quanzhou City People's Government] (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 10 August 2019. 民国3年7月,金门自思明县析出置县,隶属厦门道。{...}民国22年(1933){...}12月13日,四省分别更名为闽海、延建、兴泉、龙汀。兴泉省辖莆田、仙游、晋江、南安、安溪、惠安、同安、金门、永春、德化、大田、思明十二县 ,治设晋江(今泉州市区)。{...}民国23年7月,全省设立十个行政督察区,永春、德化、惠安属第四行政督察区(专署驻仙游),晋江、南安、安溪、金门属第五行政督察区(专署驻同安)。民国24年(1935)10月,全省改为7个行政督察区、l市。惠安、晋江、南安、金门、安溪、永春、德化属第四区(专署驻同安)。民国26年4月,南安县治徙溪美。l0月,日本侵略军攻陷金门岛及烈屿,金门县政府迁到大嶝乡。{...}民国27年(1938){...}8月,金门县政务由南安县兼摄。{...}民国32年(1943)9月,全省调整为8个行政督察区、2个市。第四区专署仍驻永春,下辖永春、安溪、金门、南安、晋江、惠安等九县。德化改属第六区(专署驻龙岩)。 {...}1949年8月24日,福建省人民政府(省会福州)成立。8、9月间,南安、永春、惠安、晋江、安溪相继解放。9月, 全省划为八个行政督察区。9月9日,第五行政督察专员公署成立,辖晋江、南安、同安、惠安、安溪、永春、仙游、莆田、金门(待统一)等九县。公署设晋江县城(今泉州市区)。10月9日,金门县大嶝岛、小嶝岛及角屿解放。11月24日,德化解放,归入第七行政督察区(专署驻永安县)。  1950年{...}10月17日,政务院批准德化县划归晋江区专员公署管辖;1951年1月正式接管。至此, 晋江区辖有晋江、南安、同安、安溪、永春、德化、莆田、仙游、惠安、金门(待统一)十县。{...}1955年3月12日,奉省人民委员会令,晋江区专员公署改称晋江专员公署,4月1日正式实行。同年5月,省人民政府宣布成立金门县政府。{...}1970年{...}6月18日,福建省革命委员会决定实行。于是,全区辖有泉州市及晋江、惠安、南安、同安、安溪、永春、德化、金门(待统一)八县。同年12月25日,划金门县大嶝公社归同安县管辖。{...}1992年3月6日,国务院批准,晋江撤县设市,领原晋江县行政区域,由泉州代管。1992年5月1日。晋江市人民政府成立,至此,泉州市计辖l区、2市、6县:鲤城区、石狮市、晋江市、惠安县、南安县、安溪县、永春县、德化县、金门县,(待统一)。
  21. ^ a b 臺灣歷史地圖 增訂版. [Taiwan Historical Maps, Expanded and Revised Edition] (dalam bahasa Cina). Taipei: National Museum of Taiwan History. February 2018. m/s. 154, 158. ISBN 978-986-05-5274-4. 古寧頭戰役地圖1949年10月 大嶝島(原屬金門縣) 1共軍佔領大嶝、小嶝、角嶼10.15 小嶝島(原屬金門縣)角嶼{...}大嶝島 小嶝島 角嶼
  22. ^ a b 05-19 臺灣島嶼面積 [Location and Area of Islands in Taiwan]. Ministry of the Interior (dalam bahasa Cina dan Inggeris). Dicapai pada 20 October 2019. 05-19 金門縣島嶼及面積 Area of Islands in Kinmen County 區域別 Locality 面積(平方公里) Area (K㎡){...}外圍島嶼 Offshore Islet{...}大嶝 Dadeng 22.7500 小嶝 Xiaodeng 3.3100 角嶝 Jiaodeng 2.4400{...}資料來源:金門縣政府。 Source: Kinmen County Government. 附 註: 1.大嶝、小嶝、角嶝目前由中國大陸管轄,烏坵鄉由金門縣政府代管。 2.總面積151.656平方公里(不含大小嶝角嶝,含烏坵1.2平方公里),部分無人島未列入。 Remark: 1.Dadeng, Xiaodeng, Jiaodeng are governed by Mainland China, Wuqiu belongs to other county but mandated by Kinmen County Government. 2.Total Area of Kinmen is 151.656 K㎡(Exclude Dadeng, Xiaodeng, Jiaodeng, Include Wuqiu 1.2 K㎡), some unmanned islands and reefs are not listed.
  23. ^ a b c d 大嶝街道. 厦门市翔安区人民政府 PEOPLE'S GOVERNMENT OF XIANG'AN XIAMEN (dalam bahasa Cina). 12 July 2019. Dicapai pada 10 August 2019. 大嶝街道位于厦门市翔安区东南部,隔海北与南安市石井镇毗邻,南与金门岛相对,西南与厦门岛相望,由大嶝、小嶝、角屿三个岛屿组成,总人口约2.6万人,土地面积13.2平方公里,海岸线25.15公里,{...}一方面加快大嶝战地旅游设施建设,另一方面开辟了“游三岛、登白哈、看金门”的旅游航线,组建了一支豪华舒适的旅游船队。
  24. ^ a b c d 魅力翔安. 厦门市翔安区人民政府PEOPLE'S GOVERNMENT OF XIANG'AN XIAMEN (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 9 August 2019. 翔安区设立于2003年10月19日。陆地总面积420平方公里,海域面积134平方公里,下辖一街(大嶝街道)、四镇(新店、马巷、内厝和新圩),{...}大嶝岛 小嶝岛 角屿 白蛤礁
  25. ^ Hsiao-ting Lin (6 April 2012). "Taiwan's Secret Ally". Hoover Institution. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2019. Dicapai pada 6 September 2019. In early July, Chiang was seriously considering withdrawing from Quemoy and other tiny coastal possessions off Southeast China to bolster Taiwan’s defense and free up 33,000 combat troops for the Korean theater. Even though Cooke fully supported the Nationalist government’s probable participation in the Korean War, he vehemently opposed the evacuation from Quemoy. Cooke was convinced that it would not only look weak to the Chinese Communists but damage morale in Taiwan and the entire free world.
  26. ^ Lin Ma-Teng 林馬騰 (July 2009). 秘島:大二膽的秘境秘史 (dalam bahasa Cina). 林馬騰文史工作室. ISBN 978-957-41-6438-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  27. ^ Fang-shang Lu 呂芳上, penyunting (April 2011). 蔣中正日記與民國史研究 [Chiang Kai-Shek's Diaries and the Study of Republican Chinese History] (dalam bahasa Cina). 2. Taipei: 世界大同出版有限公司. m/s. 643. 其實國府堅守金馬最初是受到美國鼓勵的{...}國府{...}考慮放棄金門,但因東盟總麥克阿瑟將軍(Douglas MacArthur)不贊成{...}韓戰過後到第一次臺海危機(1954年9月至1955年4月)爆發之前,美方也不願中共拿下外島,鼓勵國府增派受美援訓練的部隊駐守外島。CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  28. ^ Wong, Edward; Yang, Xiyun (September 16, 2011). "Once a Redoubt Against China, Taiwan's Outpost Evolves". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2017. Dicapai pada February 27, 2017.
  29. ^ "The Chairmanship of the Joint Chiefs of Staff 1949–2012" (PDF). Official Website of the Joint Chiefs of Staff. Washington, D.C. 2012. m/s. 93. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 May 2017. Dicapai pada 22 August 2019.
  30. ^ Norris, Robert B. (November 29, 2010). "Quemoy and Matsu: a historical footnote revisited". American Diplomacy. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2018. Dicapai pada 2014-04-01.
  31. ^ Richard Nixon (1978). RN: The Memoirs of Richard Nixon. Simon & Schuster. m/s. 272. ISBN 0-446-93259-0 – melalui Internet Archive. Once again I hit hard on the Quemoy-Matsu issue, stating that Kennedy's willingness to surrender the islands to the Communists under threat of war was no different from submitting to blackmail. Shortly after the third debate I learned that one of Kennedy's top foreign policy advisers had telephoned Secretary of State Herter to say that Kennedy did not want to give the Communists the impression that America would not stand united against aggression and was therefore prepared to revise his position in order not to appear to oppose the administration on this issue. I saw this as Kennedy's way of trying to slide away from an unpopular position, and my immediate inclination was not to let him get away with it. But the Quemoy-Matsu situation was so tense, and the importance of America's role in discouraging Communist aggression was so great, that I decided not to press the point if Kennedy modified his stand. I pointed out how his changed attitude reflected his lack of experience, and then let the issue drop.
  32. ^ Victor Lasky (1963). J.F.K. : the man and the myth. New York: Macmillan Company. m/s. 444 – melalui Internet Archive.
  33. ^ 《國軍屠殺越南難民的三七事件》你不知道的台灣. pchome.com.tw. 2008-03-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-08. Dicapai pada 2015-08-11.
  34. ^ "Headline_Taiwan Affairs Office of the State Council PRC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-04.
  35. ^ "Jiang hopeful of Chinese landing visas to islands". Taipei Times. 1 Jul 2014. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2014. Dicapai pada 19 January 2015.
  36. ^ "Annual ridership on Kinmen-Fujian ferry services tops 1.5 million". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-31. Dicapai pada 2015-01-02.
  37. ^ 陳冠霖 (24 August 2019). "Archived copy" 823祭拜先烈 總統蔡英文:勿忘823精神. Kinmen Daily News (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: archived copy as title (link)
  38. ^ "Archived copy" 金門縣行政區域圖 (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2019. Dicapai pada 9 August 2019. 北碇島 母嶼 白巖 草嶼 東割 烽遂角 后嶼 官澳礁 西園嶼 建功嶼 黑巖 大巖嶼 烏礁 桂子礁 獅嶼 牛心礁 小擔 檳榔嶼 烈嶼 復興嶼 猛虎嶼 兔嶼 石山 大膽島 二擔島 三擔島 四擔島 五擔 大坵島 小坵島CS1 maint: archived copy as title (link)
  39. ^ "金門地區限制(禁止)水域圖" (PDF) (dalam bahasa Cina). Mainland Affairs Council. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 August 2019. Dicapai pada 9 August 2019. 二.限制水域範圍:大金門地區低潮線向外延伸東方海面四千至六千公尺,南方海面八千至一萬公尺,北碇以東海面四千公 尺,大、二膽南海面二千公尺一線以內海域 三、禁止水域範圍:大金門地區低潮線向外延伸東方海面四千公尺,南方海面八千公尺,馬山北方一千五百公尺,北碇以東 海面四千公尺,大、二膽北、西、南海面二千公尺,小金門西海面、檳榔嶼、三腳礁、牛心礁、赤角礁一線以內海域
  40. ^ a b Vivien Kim, penyunting (2003). Taiwan. Insight Guides. APA Publications. m/s. 222. ISBN 9789812349668 – melalui Internet Archive. Kinmen is actually an archipelago of 15 islands. Three of them, however, are controlled by China, and only two of the Taiwan-controlled islands - Kinmen main island and Hsiao Kinmen (Little Kinmen) - are open to tourism.
  41. ^ "Geographic environment". Kinmen National Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2018. Dicapai pada 27 July 2019. The 12 islands and islets comprising Kinmen mainland, Lieyu (small Kinmen), Da Dan, Er Dan, Dong Ding, Beiding, Cao islet, Hou islet, Jiangong islet, Fuxing islet, Menghu islet, Shi islet occupy an area of 150 square meters in total.
  42. ^ "IMPLICATIONS OF US-CHICOM GENEVA DEADLOCK". CIA. 29 November 1955. m/s. 6. Dicapai pada 9 August 2019. 2. {redacted}ChiComs are building a causeway to link Tateng Island, the Communist territory nearest Quemoy, to mainland. 3.{redacted}several thousand troops (recently arrived in Amoy from Shanghai) will be garrisoned on Tateng after the causeway is completed (in next two months).
  43. ^ "CENTRAL INTELLIGENCE BULLETIN". CIA. 1 December 1955. m/s. 6. Dicapai pada 9 August 2019. After a lull of several weeks in artillery duels in the Quemoy area, Chinese Nationalist 155mm howitzers on 28 November fired 240 rounds at a causeway which the Chinese Communists are constructing between the mainland and Tateng Island, four to five miles north of Quemoy. Communist artillery responded with 680 rounds. No major damage was reported. {redacted} 2. The Chinese Communists began constructing the 6,300-foot causeway to Tateng apparently in early November. Such a link with the mainland would facilitate supply of Communist military positions on Tateng. Communist artillery now on the island is believed to include only 76mm guns, but 122mm or larger weapons could take any point on Quemoy under fire.{redacted}
  44. ^ 金門縣統計月報 中華民國一Ο六年十二月份 (dalam bahasa Cina). 金門縣政府主計處. m/s. 5, 6, 8. Dicapai pada 10 August 2019. 極 北 大嶝田墘 東 經 118 19 6 北 緯 24 34 16{...}區 域 別 面 積 ( 平方公里 ) 佔 總 面 積 百 分 比(%){...} 外 圍 島 嶼 大 嶝 22.7500 16.92 小 嶝 3.3100 1.82 角 嶼 2.4400 1.34{...}說 眀:1.本縣縣境總面積153.0110平方公里(不含中共管轄之大小嶝、角嶼)。{...}說 眀:外圍島嶼土地面積不含中共管轄之大嶝、小嶝及角嶼。
  45. ^ "CHINESE COMMUNIST ORDER OF BATTLE, EAST CHINA COAST". CIA. 14 August 1950. Dicapai pada 11 August 2019. 2. The 11 Artillery Regiment is at Ningpo. The 12 and 13 Artillery Regiments moved to South Fukien, and are in Tateng (118-20, 24-35) and Hsiaoteng (11825, 2435) Islands and Amoy respectively.
  46. ^ 新辰 陳 (11 July 2016). "1607 金門 馬山觀測所 馬山觀測站 馬山播音站 地下坑道 還我河山 望遠鏡瞭望 金門國家公園 台灣金門旅遊53". Flickr. Dicapai pada 9 May 2020. 小嶝 Siao Deng
  47. ^ WANG WENJIE (12 August 2009). "Letting Go of the Past". Beijing Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2017. Dicapai pada 11 August 2019. Located in the southeast waters of Xiamen's Xiang'an District, the Dadeng Isles are comprised of three islands—Dadeng, Xiaodeng and Jiaoyu. Known as the Three-Hero Islands, they cover an area of 13.2 square kilometers, with a population of approximately 20,000 people.
  48. ^ DeWitt Copp, Marshall Peck (1962). The Odd Day. New York City: William Morrow & Company. m/s. 8 – melalui Internet Archive. Chiao I.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  49. ^ Jian-Feng Wei. "An Examination of Cultural Identity of Residents of Quemoy (Kinmen)". Diarkibkan 2013-04-29 di Wayback Machine Intercultural Communication Studies. XV:1. 2006. p. 136–137. Retrieved 20 January 2012.
  50. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-23. Dicapai pada 2009-01-11.CS1 maint: archived copy as title (link)
  51. ^ "news". Chinataiwan.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-16. Dicapai pada 2012-01-01.
  52. ^ "Taiwan's Kinmen Island visited by Chinese - Taiwan Holidays - Australia's #1 Taiwan Travel Specialist, Taiwan Tour Wholesaler, Escorted Group Tour, Taiwan Holiday Package, Round Taiwan Island Tour, Taiwan Taipei Stopover, Taiwan Hotels, Taiwan Group Tour, Taipei Day Tour". Taiwan Holidays. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Dicapai pada 2014-05-19.
  53. ^ "Invest in Kinmen". Investkinmen.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18. Dicapai pada 2014-05-19.
  54. ^ "Kinmen knives symbolize cross-strait peace: Chinese official". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
  55. ^ "Township characteristics". Kinmen County Government. Dicapai pada 9 May 2019. Theme Publish Date Jinsha Township 2015-10-14 Jincheng Township 2015-10-14 Jinhu Township 2015-10-14 Jinning Township 2015-10-14 Lieyu Township 2015-10-14 Wuqiu Township 2015-10-14
  56. ^ "Archived copy" 歷史沿革. 金門縣金沙鎮公所 Jinsha Township Administration, Kinmen County (dalam bahasa Cina). 28 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2018. Dicapai pada 22 September 2019. 清末民初在原金山港河海交接處發現金沙,因而將港易名為金沙港,在此入海的溪流易名之為金沙溪,行政區以金沙為名。CS1 maint: archived copy as title (link)
  57. ^ "Archived copy" 歷史沿革. 金門縣烈嶼鄉公所 Lieyu Township Village Administration, Kinmen County (dalam bahasa Cina). 28 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2019. Dicapai pada 10 August 2019. 金門民間傳說烈嶼和大金門本是相連,沒有過海,和大金門的水頭有數公尺之土地相連帶。後有一仙人眼見船隻軍要轉來轉去才能轉進港,非常麻煩,就說:「這條港路上的半島,該讓她(離嶼)去,讓出這條港路,好交通船」。金口一開,烈嶼那塊島慢慢裂開,一直開離大金門所以叫「烈嶼」久而久之,就叫成了「烈嶼」。(金門民間傳說)CS1 maint: archived copy as title (link)
  58. ^ 2018年统计用区划代码和城乡划分代码:泉州市 [2018 Statistical Area Numbers and Rural-Urban Area Numbers: Quanzhou City] (dalam bahasa Cina). National Bureau of Statistics of the People's Republic of China. 2018. Dicapai pada 10 August 2019. 统计用区划代码 名称{...}350527000000 金门县{...}
  59. ^ 夏征农; 陈至立, penyunting (September 2009). 辞海:第六版彩图本 [Cihai (Sixth Edition in Color)] (dalam bahasa Cina). 上海. Shanghai: 上海辞书出版社. Shanghai Lexicographical Publishing House. m/s. 1863. ISBN 9787532628599. 泉州{...}辖丰泽、鲤城、洛江、泉港四区和惠安、安溪、永春、德化、金门五县,代管晋江、石狮、南安三市。
  60. ^ 泉州市历史沿革 [Quanzhou City Historical Development] (dalam bahasa Cina). XZQH.org. 14 July 2015. Dicapai pada 10 August 2019. 1949年8月至11月除金门县外各县相继解放,{...}自1949年9月起除续领原辖晋江、惠安、南安、安溪、永泰、德化、莆田、仙游、金门、同安10县外,1951年从晋江县析出城区和近郊建县级泉州市。{...}2003年末,全市总户数1715866户,总人口6626204人,其中非农业人口1696232人(均不包括金门县在内);
  61. ^ "Archived copy" 海岛资源. 莆田市秀屿区人民政府 (dalam bahasa Cina). 7 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2019. Dicapai pada 11 October 2019. (二)海岛分布 境内海岛主要分布在三大海湾内。兴化湾南部(包括埭头半岛)有海岛32个,其中居民岛3个。南日群岛(包括十八列岛)有海岛65个,其中居民岛5个;平海湾有海岛9个,全为无居民岛;湄洲湾有海岛14个,其中居民岛1个;湄洲湾周边(包括湄洲岛、虎狮列岛)有海岛13个,其中居民岛1个;鸬鹚周边(包括鸬鹚岛)有海岛4个,全为无居民岛;乌丘屿周边(包括乌丘屿)有海岛4个,其中居民岛1个。CS1 maint: archived copy as title (link)
  62. ^ 05-19 臺灣島嶼面積 [05-19 Area of Islands in Taiwan]. Ministry of the Interior (dalam bahasa Cina dan Inggeris). Dicapai pada 20 October 2019. 外圍島嶼 小計 Subtotal 29.8550 Offshore 大嶝 Dadeng 22.7500 Islet 小嶝 Xiaodeng 3.3100 角嶝 Jiaodeng 2.4400 附 註: 1.大嶝、小嶝、角嶝目前由中國大陸管轄,烏坵鄉由金門縣政府代管