Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi sistem saraf.[1] Ia umumnya dikategorikan sebagai perubatan pelengkap dan alternatif (CAM),[2] suatu penyifatan yang ditolak oleh banyak pakar kiropraktik.[3] Walaupun pakar kiropraktik mempunyai banyak sifat pembekal rawatan asas, mereka mempunyai lebih banyak sifat bidang perubatan seperti bidang pergigian dan podiatri.[4] Teknik rawatan kiropraktik utama melibatkan terapi insani, termasuk pemanipulasian tulang belakang, sendi, dan tisu lembut. Rawatan juga termasuk senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup.[5] Kiropraktik tradisional menganggap bahawa subluksasi ruas tulang belakang atau disfungsi sendi tulang belakang akan mengganggu fungsi tubuh dan kecerdasan semula jadi,[6] suatu anggapan vitalistik yang mengakibatkan ejekan daripada sains dan perubatan aliran utama.[7]

D.D. Palmer mengasaskan kiropraktik pada 1890-an lalu anaknya, B.J. Palmer, membantu memperluaskannya pada awal abad ke-20.[8] Bidang kiropraktik kini mempunyai dua aliran utama:

Bidang kiropraktik kini sudah mantap di Amerika Syarikat, Kanada, serta Australia [10] dan merupakan profesion kesihatan yang ketiga terbesar, didahului hanya oleh bidang perubatan dan bidang pergigian.[11] Kebanyakan orang yang mencari rawatan kiropraktik berbuat demikian bagi merawat sakit belakang bawah.[12]

RujukanSunting

  1. ^ Nelson CF, Lawrence DJ, Triano JJ; dll. (2005). "Chiropractic as spine care: a model for the profession". Chiropr Osteopat. 13: 9. doi:10.1186/1746-1340-13-9. PMC 1185558. PMID 16000175. Salah guna et al. dalam: |author= (bantuan)Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  2. ^ Chapman-Smith DA, Cleveland CS III (2005). "International status, standards, and education of the chiropractic profession". Dalam Haldeman S, Dagenais S, Budgell B et al. (eds.) (penyunting). Principles and Practice of Chiropractic (ed. 3rd). McGraw-Hill. halaman 111–34. ISBN 0-07-137534-1.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai penyunting (link) Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai penyunting (link)
  3. ^ Redwood D, Hawk C, Cambron J, Vinjamury SP, Bedard J (2008). "Do chiropractors identify with complementary and alternative medicine? results of a survey". J Altern Complement Med. 14 (4): 361–8. doi:10.1089/acm.2007.0766. PMID 18435599.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  4. ^ Meeker WC, Haldeman S (2002). "Chiropractic: a profession at the crossroads of mainstream and alternative medicine" (PDF). Ann Intern Med. 136 (3): 216–27. PMID 11827498.
  5. ^ Mootz RD, Shekelle PG (1997). "Content of practice". Dalam Cherkin DC, Mootz RD (eds.) (penyunting). Chiropractic in the United States: Training, Practice, and Research. Rockville, MD: Agency for Health Care Policy and Research. halaman 67–91. OCLC 39856366. Dicapai pada 2008-10-10.Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai penyunting (link) AHCPR Pub No. 98-N002.
  6. ^ Keating JC Jr (2005). "A brief history of the chiropractic profession". Dalam Haldeman S, Dagenais S, Budgell B et al. (eds.) (penyunting). Principles and Practice of Chiropractic (ed. 3rd). McGraw-Hill. halaman 23–64. ISBN 0-07-137534-1.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai penyunting (link) Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai penyunting (link)
  7. ^ Keating JC Jr, Charlton KH, Grod JP, Perle SM, Sikorski D, Winterstein JF (2005). "Subluxation: dogma or science?". Chiropr Osteopat. 13: 17. doi:10.1186/1746-1340-13-17. PMC 1208927. PMID 16092955.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  8. ^ Martin SC (1993). "Chiropractic and the social context of medical technology, 1895–1925". Technol Cult. 34 (4): 808–34. doi:10.2307/3106416. PMID 11623404.
  9. ^ Kaptchuk TJ, Eisenberg DM (1998). "Chiropractic: origins, controversies, and contributions". Arch Intern Med. 158 (20): 2215–24. doi:10.1001/archinte.158.20.2215. PMID 9818801.
  10. ^ Tetrault M (2004). "Global professional strategy for chiropractic" (PDF). Chiropractic Diplomatic Corps. Dicapai pada 2008-04-18.
  11. ^ Smith M, Morschhauser S. "Establishing a database of U.S. chiropractic health manpower data: furthering the development of research infrastructure". National Library of Medicine. Dicapai pada 2008-05-06.
  12. ^ Lawrence DJ, Meeker WC (2007). "Chiropractic and CAM utilization: a descriptive review". Chiropr Osteopat. 15: 2. doi:10.1186/1746-1340-15-2. PMC 1784103. PMID 17241465.

Pautan luarSunting